Program bual bicara terbaharu, Borak SeeNI kini mula bersiaran secara langsung di Astro Prima setiap Selasa hingga Jumaat jam 11 pagi bagi membincangkan topik kekeluargaan, isu semasa dan gaya hidup.
Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv, Ketua Pegawai Eksekutif Ideaktiv, Syamil Fahim Mohamed Fahim berkata, selaku rakan penghasil kandungan bersama Astro Prima, program Borak SeeNI diolah daripada aplikasi SeeNI yang memuatkan 17 kandungan digital bagi menyampaikan maklumat kepada masyarakat.
Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv, Ketua Pegawai Eksekutif Ideaktiv, Syamil Fahim Mohamed Fahim bersama Naib Presiden Pembangunan Pengiklanan (Nu Ideaktiv dan PKS), Datin Norashikin Habibur Rahman.
“Saya amat teruja dengan program bual bicara secara langsung antara Astro Prima dan Nu Ideaktiv ini.
“Hasil kerjasama yang memberangsangkan daripada kedua-dua pihak ini, saya percaya akan berjalan lancar.
“Selain itu, diharapkan usaha ini mampu memantapkan lanskap digital bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk mempromosi serta memperkukuhkan jenama masing-masing,” katanya.
Ads
Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas siaran langsung Borak SeeNI di Studio 1 Astro Bukit Jalil, di sini semalam.
Gandingan Pengacara Hebat Baru & Lama
Antara hos program yang menghiasi kaca televisyen terdiri pelakon, Erra Fazira; penyampai radio, Faizal Ismail, Haziq Hussni dan Hunny Madu; penyanyi, Nana Mahazan serta personaliti media, Dahlia Shazwan dan Keanu Azman.
Ads
Borak SeeNI turut mengetengahkan perkongsian pakar serta individu penyumbang inspirasi dalam bidang masing-masing.
Dengan penggunaan teknologi ‘Extended Reality’ (XR) dan ‘Augmented Reality’ (AR) yang moden, Borak SeeNI mampu menampilkan visual terkini bagi mengetengahkan produk serta perkhidmatan secara dinamik demi menyokong PKS.
Tayangan ulang Borak SeeNI boleh ditonton pada hari sama, jam 5 petang di saluran Astro Prima, On Demand Astro Ultra atau Ulti Box, aplikasi SeeNI, Astro Gempak, Astro GO dan Sooka untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Ads
Sementara itu, ditanya mengenai kriteria pemilihan hos, Naib Presiden Pembangunan Pengiklanan (Nu Ideaktiv dan PKS), Datin Norashikin Habibur Rahman memaklumkan, kesemua artis ternama berkenaan mempunyai personaliti unik meskipun hadir daripada latar belakang berbeza.
Tambah beliau, kepelbagaian personaliti mampu memberikan keharmonian sepanjang bekerja agar dapat mencapai objektif program iaitu menyasarkan semua lapisan masyarakat sebagai penonton utama.
“Kami percaya mereka mempunyai personaliti atau karakter menarik yang boleh menyumbang input istimewa kepada penonton berdasarkan pengalaman masing-masing,” ujarnya.
Bahang sambutan Aidilfitri sememangnya sudah dapat dirasai apabila gedung membeli-belah mula mempamerkan koleksi pakaian Raya untuk seisi keluarga. Begitu juga gedung beli belah terkemuka, AEON yang memperkenalkan koleksi fesyennya melalui acara Pratonton Fesyen AEON yang berlangsung 3 kali setahun atau lebih dikenali sebagai
AEON Fashion Preview (AFP).
AFP Edisi Februari 2024 melakar naratif baharu dalam cita rasa fesyen gaya hidup
kali ini. Sentiasa tampil rare dan berani tidak mengikut kelaziman bagi memberi nafas baru dalam pertunjukan fesyen, setiap acara AFP mencipta kelainan dan memiliki keunikan tersendiri. Mana tidaknya, ruang parkir atas bumbung Pusat Beli-belah AEON Taman Maluri menjadi medan runway untuk memperkenalkan koleksi terbaharu AFP Edisi Februari 2024.
Bukan sekadar pakaian, fesyen mempengaruhi gaya hidup dan ekspresi diri, AEON
beraspirasi mengetengahkan nilai kontemporari dan inklusif dalam berfesyen bagi
memperkasakan keperibadian setiap individu untuk menyatakan secara autentik diri mereka sendiri.
Koleksi Lebaran Sedondon
Menampilkan 3 koleksi utama baharu, AFP Feb24 membawakan Koleksi Lebaran Sedondon
dan Kunjung Lebaran dibawah Koleksi Raya AEON 2024, Lebarankan Lebaran oleh jenama-jenama house brand AEON yang tidak asing lagi iaitu Puteri, PlusCollection, Guys’ Vision,
ARCADIA dan JKids.
Koleksi raya ini masih mengekalkan elemen reka bentuk tradisional yang diberikan nafas moden untuk tampak lebih elegan dan terkini. Setiap helaian dipilih dengan teliti, bersesuaian dengan pelbagai cita rasa setiap individu, untuk setiap peringkat umur dan reka bentuk. Bersifat menyeluruh, AEON pastikan ekslusiviti dan inklusiviti dalam
koleksinya.
Selain koleksi Aidilfitri, sorotan utama di AFPFeb24, AEON memperkenalkan jenama house brand baharu, stads yang menampilkan fesyen outdoor. Kolaborasi bersama pereka fesyen Indonesia, Miptah Alfarizhi merupakan koleksi istimewa sempena sambutan Ulang Tahun AEON ke-40 tahun ini.
stads meraikan gaya hidup outdoor dan active bagi mereka yang mencari functionality dan practicality dalam berfesyen, namun kekal bergaya, tampak minimalis dan lasak. stads direka dengan fabrik berkualiti tinggi untuk memberi keselesaan optimum dan keyakinan untuk bergerak bebas. stads akan berada di pasaran AEON terpilih bermula 18 Mac 2024.
Selain itu, AEON SELECT juga membawakan koleksi eksklusif kolaborasi bersama siri manga Jepun, Spy X Family yang dikaryakan oleh Tatsuya Endo khusus buat peminat manga. Setiap gaya menggambarkan kepelbagaian karakter perisik dalam manga tersebut, yang boleh disuaipakai harian. Serlahkan identiti perisik anda dengan koleksi ini!
Jadi, dapatkan koleksi istimewa ini hanya di AEON seluruh Malaysia!
Sejarah tercipta apabila penyanyi nasyid yang juga ahli perniagaan, Dr Idzu, melalui firma kejuruteraan tisunya, Cell Tissue Technology Sdn. Bhd. (Cell Tissue) menyerahkan dua unit mesin 3D Bioprinter bernilai RM450,000 kepada Pusat Kajian Kejuruteraan Tisu & Perubatan Regenaratif (CTERM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Penyerahan mesin pencetak canggih LUMEN X Gen 3 dan Bio X Gen 3 ini mencetus satu era baharu dalam penyelidikan perubatan di Malaysia di mana UKM menjadi universiti tempatan pertama yang dilengkapi kemudahan 3D bioprinting terkini.
Menurutnya, pemberian ini adalah sebagai menyokong visi kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai peneraju utama dalam penyelidikan perubatan maju di rantau ini.
“Sebagai pelopor kejuruteraan tisu di dalam negara, saya merasakan amat pentingnya untuk penyelidik tempatan didedahkan dengan teknologi terkini supaya dapat memperkayakan penemuan dan penciptaan ilmu baharu yang bermanfaat kepada masyarakat.
“Saya berharap sumbangan hampir setengah juta ringgit ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh UKM melalui penemuan yang memberi impak tinggi yang bakal memberi manfaat kepada Malaysia dan seluruh dunia,” katanya.
Dr Idzu kongsi rezeki.
Menyedari hakikat bahawa misinya sebagai pembangun, pendukung dan pemain utama dalam bidang Kejuruteraan Tisu & Perubatan Regeneratif ini begitu besar, Dr. Idzu berharap agar kerjasama erat antara industri dan institusi pengajian tinggi dapat memastikan kedudukan Malaysia terus setanding atau malah mendahului negara lain di Asia dan dunia.
“Dengan penyerahan 3D Bioprinter ini, penyelidik UKM kini berpeluang untuk mengoptimumkan potensi peralatan berteknologi tinggi ini bagi membantu penyelidikan dan inovasi dalam bidang perubatan regenerative,” katanya.
Dr. Idzu turut mengumumkan penawaran program Diploma in Regenerative Medicine hasil kerjasama Cell Tissue dengan American Board of Regenerative Medicine (ABRM) dan UKM melalui Pusat Kajian Kejuruteraan Tisu & Perubatan Regenaratif (CTERM) bermula tahun hadapan.
Hadiahkan UKM mesin 3D Bioprinter bernilai RM450,000
Selain itu, beliau turut menawarkan Biasiswa Dr. Idzu Baharin High Impact Innovation khusus untuk penyelidikan peringkat Ijazah Sarjana (Master) dan Doktor Falsafah (Phd) yang mensasarkan untuk melahirkan generasi penyelidik akan datang yang seterusnya dapat membawa nama Malaysia ke persada antarabangsa.
Turut hadir pada majlis penyerahan itu ialah Timbalan Dekan HEJIM Prof. Dr. Marina Mat Baki, Timbalan Dekan Penyelidikan dan Siswazah Prof. Dr. Mohamad Nasir Shafiee, Ketua Jabatan CTERM Prof. Madya Dr. Mohd Fauzi Mh Busra, Pegawai Saintifik Utama CELLINK Dr. Itedele Namro dan Ketua CELLINK Asia Pasifik Ms. Tomoko Bylund.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Lima penghantar makanan yang tular dalam kejadian pukul dan ikat seorang pemandu kereta minggu lalu didakwa di Mahkamah Majistret atas satu tuduhan membunuh.
Tertuduh, Mohd Yuree Ranoff Mohd Bachuri, 41, Azharul Azuan Mohd Azan, 34, Tengku Izham Tengku Hamid, 22, Mahazir Nordin, 43, dan Syamsul Qamar Ayob, 40. Kesemua lelaki itu mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Nurdiyanah Mohd Nawawi.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan kerana kes itu berada bawah bidang kuasa mahkamah tinggi.
Mengikut pertuduhan, mereka didakwa membunuh seorang pekerja sendiri, Shahril Samad, 41, di Jalan TPS 2/3 Taman Pelangi Semenyih 2, Beranang di sini pada jam 9.54 malam, 20 Februari lalu. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Nur Liyana Mohd Sulaiman manakala semua tertuduh diwakili peguam, Mohd Hafiz.
Tiada jaminan diberikan dan mahkamah menetapkan 25 April depan untuk serahan status forensik, laporan kimia dan bedah siasat.
Sebelum ini media melaporkan, seorang lelaki bukan sahaja ditarik keluar dari kereta oleh orang awam selepas kemalangan, bahkan tangannya diikat dan dia dipukul hingga maut.
Kejadian tragis itu berlaku selepas lelaki terbabit yang memandu kereta jenis Proton Saga terbabit kemalangan dengan penghantar makanan.
Sejurus kemalangan itu, mangsa dikejar orang awam hingga ke Taman Pelangi Semenyih 2 sebelum keretanya terbabas dan melanggar pagar kawasan perumahan.
Selebriti wanita popular, Yana Samsudin rupanya bukanlah berasal dari keluarga senang. Mengimbau kembali perjalanan hidup dari zaman kecil yang penuh kepayahan, ibu kepada tiga...