Kecantikan

Bonda Rozita Kongsi Petua Kurangkan Gatal Demam Campak & Rawat Bengkak Susu Dengan Daun Pisang

Share

Daun pisang memang mempunyai banyak kelebihannya. Selain banyak digunakan untuk buat kuih-muih tradisional dan masakan, sebenarnya mak-mak juga boleh gunakan daun pisang ni sebagai petua dan penawar kesihatan. Antaranya bagi kurangkan rasa gatal jika kena demam campak, sejukkan badan bila kena demam panas mahupun kurangkan sakit ketika alami bengkak susu.

Bonda Rozita Ibrahim yang juga pengasas produk Jamu Ratu Malaya (JRM), banyak berkongsi berkenaan ilmu herba, perawatan tradisonal serta penjagaan dalaman wanita menerusi laman instagram miliknya. Antara yang menarik, beliau ada berkongsi petua dan kegunaan lain bagi daun pisang.

Menurut ibu kandung kepada usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman ini, daun pisang ini sifatnya sejuk. Ia sangat sesuai diletakkan pada badan orang yang mengalami demam campak bagi mengurangkan rasa gatal dan menyejukkan badan yang panas.

Bagi wanita yang sedang menyusukan bayi dan memgalami masalah bengkak susu, daun pisang juga dipercayai dapat membantu merawat rasa sakit tersebut. Sekaligus mampu mencantikkan bahagian payudara tersebut.

Bahan-Bahan:

2 helai Daun Pisang

Cara-Caranya:

1.Layurkan daun pisang.
2.Lipat empat daun pisang yang telah dilayur tersebut ketika masih suam dan tekap pada bahagian payudara yang bengkak.
3.Buat 2 bahagian atas dan bawah namun pastikan tidak terkena bahagian aerola.
4.Pakai bra seperti biasa.

Selamat Mencuba!

Jadi bila anak-anak mengalami demam panas, demam campak mahupun jika mak-mak mengalami bengkak susu, bolehlah cuba petua dengan daun pisang yang dikongsikan oleh Bonda Rozita ini.

Semoga perkongsian ini bermanfaat.

Sumber: Bonda Rozita Ibrahim

Published by
Suhaidah Abd Wahab