
Isi Kandungan
ToggleBonda Rozita Bidas Datuk Aliff “Sudah Jangan Mengundang Bala, Tak Payah Joget Laga Punggung Pun Dapat Rezeki” itulah luahan seorang ibu buat anaknya.
Menerusi perkongsian terbaru menerusi akaun rasmi Instagram Datuk Aliff Syukri telah memuat naik sedutan video klip terbaru sebuah lagu duet dendangan dirinya dan penyanyi Baby Shima.
Video klip tersebut ternyata mengundang kontroversi apabila aksi tarian Baby Shima yang kelihatan keterlaluan dan agak menghairahkan.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Bonda Rozita Bidas Datuk Aliff
Bukan sahaja ditegur netizen malah ibu tercinta Datuk Aliff Syukri iaitu Bonda Rozita Ibrahim turut mencoretkan sebuah komen yang membidas kelakuan Aliff yang dianggap keterlaluan dan mengundang bala.
“Wallahi benci .. sudah jangan mengundang bala – satu-satu KRI jemput – yakinlah KRI niaga ni tak perlu artis akan berjaya – tak payah joget laga punggung pun dapat rezeki”
“Menyanyilah ia bukan aurat lelaki .. tp bukan bersama wanita begini – letak maruah tertinggi bukan glamer tertinggi – kamu bukan artis – tp usahawan – dah lari fokus”
Ternyata apa yang dinasihatkan oleh Bonda Rozita untuk anak lelakinya itu cukup padu. Diharap Datuk Aliff lebih peka dan tidak terlalu mahu meraih perhatian orang ramai dengan kontroversi sebegini.
Baca Disini : Aliff Syukri Anggap Arwah Nenek Seperti Ibu Sendiri, Sedih Namun Reda “Selamat Jalan Nenek Ku Sayang Ke Negeri Abadi”
Aliff Syukri Buang Ego, Kembali Kepada Keluarga, Lebih Matang Hargai Isteri
“Please Datuk Faham, Dah Banyak Kali Bonda Warning Tu”
Menerusi ruangan komen, netizen menyeru agar Datuk Aliff memahami apa yang dikatakan oleh ibu tercinta.

Mingguan Wanita: Semoga Datuk Aliff menjadi anak yang soleh dan mendengar nasihat ibu tercinta.
Sumber / Sumber Foto : Instagram Bonda Rozita Ibrahim
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Dugaan Hebat Raja Sehari, Pagi Uruskan Pengebumian Jenazah Mak, Petang Halalkan Isteri Tercinta

Isi Kandungan
ToggleDugaan Hebat Raja Sehari, Pagi Uruskan Pengebumian Jenazah Mak, Petang Halalkan Isteri Tercinta. Sungguh hebat ujian yang dilalui oleh raja sehari ini apabila kehilangan ibu tercinta menjelang hari bahagia, sehari sebelum majlis pernikahan berlangsung. Lebih menyayat hati apabila menguruskan pengebumian jenazah ibu dan meneruskan majlis pernikahan pada hari yang sama.
Uruskan Pengebumian & Pernikahan Hari Sama
Keterujaan Muhamad Ikmal Abd Rashid untuk bergelar raja sehari bertukar menjadi episod duka apabila ibunya, Nor Liza Shaari, 57, dijemput Ilahi sehari sebelum majlis pernikahannya dengan isteri, Siti Nur Diana Baharin.
Lebih menyedihkan apabila Muhamad Ikmal, 26, perlu menguruskan pengebumian jenazah ibunya dan meneruskan pernikahan pada sebelah petang hari yang sama.
Mak Tiada Sakit Kronik
Berkongsi kisahnya, Muhamad Ikmal dari Kampung Sungai Semambu, di sini, berkata, hanya Allah sahaja tahu perasaannya apabila diuji dengan pemergian ibu menjelang hari bahagianya, Sabtu lalu.
“Emak tiada sakit kronik, cuma sebelum ini mengadu sakit dada dan kepala.
“Pagi Jumaat lalu, emak sempat sembang dengan saya dan sudah buat tempahan pembelian tanah untuk tambak bagi luaskan halaman rumah menjelang majlis kenduri perkahwinan saya, 17 Jun depan.
“Dalam perbualan itu, emak titipkan beberapa pesanan dan tak sangka emak meninggal dunia jam 6 petang hari sama.
“Saya tahu pun selepas kakak panggil beritahu emak sudah tak bernyawa ketika baring di ruang tamu dan macam tak percaya rasanya,” katanya.
Teruskan Pernikahan Atas Nasihat Keluarga
Ikutkan hati, Muhamad Ikmal mahu menangguhkan majlis pernikahan bersama Siti Nur Diana, 26, kerana masih dalam kesedihan susulan pemergian ibunya.
Bagaimanapun dia meneruskan pernikahan selepas dinasihatkan keluarga.
“Kakak nasihat jangan batalkan dan saya ikut kerana mengenangkan semua persediaan sudah dibuat, jadi tak nak malukan keluarga isteri.
“Sepatutnya nikah jam 11 pagi (Sabtu lalu), tetapi kami anjak ke jam 3 petang kerana perlu uruskan pengebumian jenazah ibu yang selesai jam 10.30 pagi.
“Ketika majlis (akad nikah), fikiran saya kosong dan tak boleh fokus dengan apa tok kadi kata, malah tak henti menangis namun bersyukur dapat sempurnakan akad nikah dengan sekali lafaz,” katanya.
Ibu Tak Sabar Menanti Hari Pernikahan
Menurutnya, apa membuatkannya sedih apabila mengenangkan arwah ibu yang tidak sabar menanti hari pernikahannya.
“Saya anak bongsu dalam keluarga dan satu-satunya anak lelaki, jadi emak paling semangat buat persediaan.

“Macam-macam dirancangnya untuk pastikan majlis perkahwinan saya meriah namun hasratnya tak kesampaian kerana Allah lebih menyayanginya.
“Sedih kenangkan hari perkahwinan saya tanpa orang tua kerana ayah (Abd Rashid Arshad) baru meninggal dunia Januari lalu dan baru-baru ini emak pula, namun itulah ketentuan-Nya,” katanya.
Mesti Baca:KAKAK Meninggal Pada Hari Perkahwinan, ADIK Sendiri Ganti Jadi Pengantin!
Baca Lagi Di Sini:Wanita Umur 40-an Tak Akan Kelihatan Seperti Gadis Muda Belasan Tahun, Cuma Jangan TUA Sebelum Masanya!
Artikel Menarik:Nafkah RM2.1 Juta Sebulan, Wanita Jadi Isteri Ke-5 Bilionair “Hanya Perlu Cantikkan Diri”
Mingguan Wanita: Salam takziah buat pengantin baru ini atas ujian kehilangan ibu tersayang. Bukan mudah untuk menerima ketentuan sebegini, namun bersabarlah dan redhalah dengan takdir yang tertulis.
Sumber: Hmetro
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Berharap Sangat & Berdoa Agar Masih Ada Yang Terselamat,” Adik Mangsa Tragedi Kepala Air

Isi Kandungan
ToggleUmpama mimpi apabila tragedi kepala air melibatkan ahli keluarga sendiri. Adik kepada mangsa tragedi ini akui masih terkejut dengan kejadian yang melibatkan keluarga kakaknya dan berharap semoga masih ada mangsa yang terselamat.
“Saya masih terkejut dan tak percaya dengan kejadian yang berlaku ini.”
Demikian kata Syawalluddin Eiyi, 29, sebaik mengetahui kejadian menimpa keluarga kakaknya, Allahyarham Azizah Eiyi, 40, dalam tragedi kepala air di Jeram Mawar, Air Putih, Kemaman pada Ahad.
Syawalluddin Eiyi bagaimanapun berharap ahli keluarganya yang masih hilang dalam kejadian terbabit ditemui selamat.
Mengulas lanjut, dia memberitahu mengetahui kejadian tersebut setelah tular di media sosial selain usaha pihak polis mengesan keluarga mangsa.
“Saya diberitahu polis datang ke rumah ibu dan ayah saya di Felda Lepar Hilir 3, Gambang, Kuantan untuk mengesan ahli keluarga.
“Kebetulan juga saya ternampak berita tular di Facebook berserta nombor plat kereta yang dinaiki kakak saya sekeluarga,” katanya.
7 Anak Saudara Terlibat Dalam Tragedi
Menurut Syawalluddin, tujuh anak saudaranya termasuk paling kecil berusia lima tahun turut terlibat dalam tragedi itu.
“Kakak saya bersama suami pergi bermalam untuk berkelah ke situ bersama anak dan seorang lagi bakal menantu keluarga kami,” ujarnya.
Syawalluddin yang kini berada di Melaka berkata, kali terakhir dia bertemu kakak dan abang iparnya pada Jumaat lalu.
“Sebelum ini mereka memang pernah bermalam di kawasan itu memandangkan abang ipar saya bekerja di sana (Terengganu).
“Tak sangka pula kali ini tragedi tak diingini berlaku kepada mereka sekeluarga. Saya berharap sangat dan berdoa agar masih ada yang terselamat,” luahnya.
Difahamkan, usaha mencari dan menyelamat kini giat dijalankan pasukan keselamatan di kawasan berkenaan.
8 Identiti Mangsa Dikenal Pasti
Sementara itu, identiti 8 individu termasuk tujuh sekeluarga yang masih hilang dalam tragedi kepala air di Jeram Mawar, Air Putih dekat sini pada Ahad, dikenal pasti.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, tujuh sekeluarga itu ialah Karim Abdullah, 39; Putri Balqis Izzati Abdul Rahman, 18; Putri Alleya Maisarah Karim, 16; Putri Nor Fatin Karim, 14; Putri Nurerina Natasya Karim, 10; Muhammad Haziq Ziqree Karim, 6, dan Putri Aryana Umaira Karim, 4.
Seorang lagi individu yang hilang merupakan tunang kepada Putri Balqis Izzati iaitu Muhammad Fikri Saliman, 24, yang berasal dari Batu Pahat, Johor.
Terdahulu, polis menerima maklumat mengenai penemuan dua mayat tragedi itu iaitu Azizah Eiyi, 40, dan anaknya Muhammad Zulqarnain Haikal Karim, 11, daripada orang awam pada pukul 12.30 tengah hari.
“Identiti dua beranak itu dikenal pasti selepas pengecaman dilakukan ahli keluarga di Bilik Forensik Hospital Kemaman, pada Ahad malam.
“Keluarga berkenaan berasal dari Felda Lepar Hilir, Kuantan, Pahang telah datang ke jeram berkenaan sejak 2 petang (Sabtu) untuk berkelah,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman di sini, malam tadi.
Mayat Ditemui Orang Ramai
Mayat Azizah ditemukan terapung oleh orang ramai, dihanyutkan arus kira-kira 24 kilometer (km) dari tempat kejadian, manakala Muhammad Zulqarnain Haikal tersangkut pada dahan pokok kira-kira 2km dari tempat kejadian.
Beliau berkata, pihaknya percaya Karim yang bekerja sebagai pemandu jengkaut di Hutan Air Putih di sini, mahir dengan laluan di lokasi sehingga mampu untuk masuk ke kawasan itu menggunakan kenderaan yang kurang sesuai.
“Bagaimanapun, mereka mungkin tidak menyedari keadaan kepala air yang datang dengan deras secara tiba-tiba. Kalau tengok keadaan di lokasi tadi, paras air dipercayai meningkat sebanyak lima hingga 10 meter sekali gus, tidak sempat untuk melarikan diri ketika sedang mandi di situ,” katanya.
Hanyan berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) melibatkan kekuatan 50 anggota daripada pasukan polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan orang awam telah dihentikan pada 6 petang Ahad atas faktor cuaca dan akan disambung semula pada 8 pagi ini.
“Setakat pukul 10 malam ini (Ahad), tiada sebarang penemuan baharu di lokasi kejadian. Radius kawasan pencarian kita pula seluas 24 km mengambil kira lokasi penemuan mayat pertama.
“Esok (Isnin) kita akan mula pencarian di tebing kiri dan kanan jeram sejauh 8km. Polis percaya kemungkinan lokasi mangsa boleh berada jauh dari titik awal kejadian kerana dibawa arus kepala air yang deras,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya akan menggunakan khidmat anjing pengesan K9 milik polis dan JBPM, selain akan membuat permohonan menambah kekuatan anggota operasi SAR termasuk bantuan daripada orang luar.
“Malah kalau ada orang awam yang nak bantu pencarian pun kita amat galakkan, bagaimanapun perlu lapor diri terlebih dahulu di Balai Polis Air Putih. Diingatkan agar tidak membuat kerja pencarian tanpa pengetahuan polis,” katanya.
Beliau berkata, operasi SAR pada Isnin akan melibatkan tiga fasa kawasan pencarian mengikut kekuatan dan bantuan sedia ada operasi pasukan pencarian.
Beliau bagaimanapun berkata, maklumat berhubung proses pencarian akan dimaklumkan pada Isnin dan operasi SAR itu bergantung sepenuhnya kepada faktor cuaca.
Dalam pada itu, katanya mayat Azizah dan Muhammad Zulqarnain Haikal akan dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu pada Isnin untuk bedah siasat. – Bernama
Mesti Baca:RISAU ‘Camping’ Kawasan Air Terjun, Panduan Kenalpasti 3 Jenis ‘Kepala Air’!
Baca Lagi Di Sini:Cara Elak Jadi Mangsa Kepala Air, Kena Tahu 5 Tanda Awal Sebelum Kejadian
Mingguan Wanita: Salam takziah buat keluarga mangsa yang terlibat dalam tragedi kepala air ini. Semoga semua mangsa dapat ditemui dengan selamat.
Sumber: Sinar Harian
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Lelaki Ini Kena Pukau Di Pasar, Elak Jadi Mangsa Dengan Amalkan Ayat Pendinding Diri

Isi Kandungan
Toggle
Ini kisah peniaga Nasi Lemak Kampung Pandan, Hamdan Harun yang dikongsikan dalam Facebook isterinya, Cik Non.
Masa suaminya, ke pasar nak beli ayam, dia telah dipukau oleh pasangan dari Timur Tengah. Syukurlah ada orang-orang di pasar itu yang membantunya.
Ini Kisahnya
Salam uolls…kita sekadar nak share kisah yg terjadi kat en hubby saya aka Hamdan Harun smlm. Dia kena PUKAU semasa nak beli ayam 3 ekor kat pasar dekat dgn kedai mak saya jew kot.
Patutlah lama jew dia kat pasar tu..ingat dia tolong budak yg jual ayam tu sembelih ayam.Rupanya lain yg terjadi.
ini lah muka2 org middle east yg saya nak korggggg HATI2 takut terkena mcm hubby saya… (Rujuk Fb Cik Non)
Dia BLUR2 ingat x ingat klu korg tgk muka dia masa d tempat kejadian.
Saya berterima kasih bnyk2 kat Akak yg jual ikan & sulaiman yg jual ayam sebab sedarkan hubby saya yg kebinggunan kena PUKAU dgn dia org tu.
Alasannya
Alasan nak change money USD 100 separuh. korg rasa. tapi puashati dpt tangkap 2 org niii. Sorg dpt lari. Pendek kan cerita. Hubby dah buat report polis polis pun dah bawak dia org ke balai. Mungkin kena lokap ..x pasti …cuma risau dia akan buat kat org lain benda yg sama..
so korggg kena berhati2 ya…dgn org2 yg mcm nii..dia buat u leka2 n rampas duit u semua……HATI2 cuma nak bagitau kat uolls semua…..alhamdulilah hubby dah ok…mlm baru ingatan dia back tu normal….n duit semua dah dpt blk…syukur sangat2 dia x apa2.
tq sekali lagi kat semua yg membantu…org2 pasar & kedai2 depan & akak yg panggil saya & family n nephew2 yg membantu..
Alhamdulilah hubby dah ok..walaupun kadang2 ingat2 lupa tu ada sikit2 lagi….bila kita tanya pasal kes tu….doakan yg baik2 aja tau…inshallah kita sama jaga diri kita bersama2 lah ya.
Tip Elak Pukau
Teknik yang paling kerap digunakan ialah pandangan mata dan sentuhan tangan. Cara lain melalui asap rokok, minyak wangi, melihat sesuatu azimat seperti cincin, besi dan ayat-ayat yang dia minta kita bacakan semula.
Ini panduan elak pukau yang dikongsikan dalam blog Bulan Terang.
1. Banyakkan berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.
2. Hindari daripada berbual dengan orang yang mencurigakan seperti penjual (salesman) yang datang ke rumah.
3. Elakkan merenung mata orang yang tidak dikenali dan mencurigakan.
4. Elakkan berjalan seorang diri di tempat sunyi mahupun di tempat awam. Pukau boleh berlaku di mana-mana sahaja, tak kira jantina mahupun tempat.
Ayat/Doa Pendinding
1. Baca doa

“Dengan nama Allah, tidak akan berlaku kemudaratan di samping nama-Nya itu, sesuatu yang turun dari langit atau dari bumi, dan Dialah Allah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.”
2. Ayatul Kursi
3. Surah al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Naas
4. Berniat mohon Allah menghindari pukau/sihir ketika membaca doa/ayat.
5. Surah Hud ayat 56.
إِنِّي تَوَكَّلْتُ عَلَى اللهِ رَبِّي وَرَبِّكُم مَّا مِن دَابَّةٍ إِلَّا هُوَ آخِذٌ بِنَاصِيَتِهَا إِنَّ رَبِّي عَلَىٰ صِرَاطٍ مُّسْتَقِيم. Baca setiap kali lepas solat.
Sumber: Cik Non & Bulan Terang via Mingguan Wanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI