Dengan sesiapa pun kita berurusan, sekalipun dia hanyalah seorang tukang sapu ataupun pemungut sampah…dia berhak mendapat layanan yang baik. Sama juga halnya dengan barisan ‘frontliners’ di pasar raya bertungkus lumus menyiang barang mentah kita untuk memudahkan urusan kita di dapur.

Nak mintak tolong orang, kita pun kena faham situasi orang. Ya itu memang skop tugas mereka. Sekalipun ayam atau ikan kita belum siap disiang, sabarlah…tunggulah. Sampai giliran kita. Tak perlu nak marah-marah tak tentu pasal. Mereka sedaya upaya secepat mungkin menyiapkan bahagian kita. Pernah dengar bukan, kita mudahkan urusan orang…Allah akan permudahkan pula urusan kita. Jaga mulut dan tutur kata. Orang lain pun ada harga diri, jangan fikir amarah kita je.

Perkongsian BroOhsem atau Akhtar Syamir ini nampak biasa-biasa. Tetapi menjentik hati kita untuk bersikap dan berakhlak baik dengan sesiapa sahaja. Berterima kasih lah. Bukan susah pun kan. MW teringat pesan arwah Abam, kita baik ramai sayang. Sentiasalah berbuat baik dan berbaik sangka dengan orang. Insyaallah yang baik-baik juga Allah kirimkan.


Boleh Tak Layan Pemotong Ayam Dan Ikan Ni Baik Sikit? Mereka Pun Manusia
Berbuat baiklah dengan semua orang dan belajarlah mengucapkan terima kasih

Pagi tadi saya yang tertekan tengok ada makcik membebel kat diorang pasal ikan dia tak siap lagi. Dah beratur lama dah katanya. Padahal ramai je lagi yang sedang menunggu.

IKLAN

Kemudian ada lelaki yang marah ayam dia orang lain ambil. Sebabnya, lepas dia timbang dan suruh potong, dia tak tunggu dan pergi tempat lain. Siap cakap “TAK GUNA”. Tak pasti dia cakap kat pemotong tu atau orang yang ambil ayam dia.

Tolong la faham, diorang ni ada berapa orang je. Nak melayan ramai orang dalam masa yang sama. Semua pulak ada banyak permintaan. Potong kecik la besar la, buang kulit, buang perut, potong blok dan macam-macam lagi. Mana la ada masa nak jaga ayam dan ikan orang lain. Kesian tengok diorang geleng-geleng kepala kena marah tadi.

IKLAN

Lepas tu saya perhatikan, sangat-sangat jarang orang ucapkan terima kasih kat mereka ni. Memang la kerja diorang, tapi diorang dah mudahkan kerja kita. Berterima kasihlah. Bukan susah pun. Kalau tak nak terima kasih, diam je dan tunggu. Jangan bagi mereka tertekan dengan perangai anda.

Saya pernah nampak ada yang main baling je ayam suruh diorang timbang. Memang takde adab langsung.

IKLAN

Hormatilah mereka. Mereka tu pun manusia. Bukan kuli anda.

Masa nak bayar tadi nampak makcik yang sama tu tengah kupas habis kulit bawang sebelum masuk dalam plastik dia. Masalah sungguh.

BroOhsem

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI