Setelah beberapa minggu pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sidang media petang tadi mengumumkan kerajaan membuat keputusan membenarkan pelanggan makan di premis makanan mulai esok.Bagaimanapun, kebenaran itu terhad hanya dua orang untuk satu meja dan perlu mematuhi penjarakan fizikal satu meter.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata tempoh operasi premis makanan pula adalah antara jam 6 pagi hingga 10 malam.
“Kerajaan bersetuju membenarkan restoran menyediakan perkhidmatan makan di dalam premis kepada pelanggan berkuat kuasa esok, namun perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
“Kebenaran itu adalah tambahan kepada SOP sebelum ini yang hanya membolehkan restoran beroperasi secara bawa pulang, pandu lalu atau penghantaran.
“Jumlah pelanggan dihadkan hanya dua orang untuk satu meja dengan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya satu meter.
Ads
“Masyarakat masih perlu mematuhi SOP yang ditetapkan walaupun diberi kebenaran ini,” katanya pada sidang media, hari ini.
Sektor Industri Kreatif Dibenarkan Beroperasi
Ismail Sabri turut berkata, sektor industri kreatif akan dibenarkan untuk kembali beroperasi dengan SOP yang ketat, bermula esok.
Beliau berkata, senarai yang dibenarkan beroperasi adalah produksi animasi dan muzik, pasca-produksi di studio, pembangunan muzik secara digital dan rakaman lagu di studio.
“Turut dibenarkan adalah pra-produksi penggambaran serta penggambaran di studio merangkumi drama, telemovie, iklan, dokumentari, sitkom, siaran langsung, rakaman kebudayaan, seni dan warisan tanpa penonton,” katanya.
Ads
Perniagaan Sektor Peruncitan Juga Dibenarkan
Selain itu, Kerajaan memutuskan untuk membenarkan semua perniagaan dalam sektor peruncitan untuk kembali beroperasi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), bermula esok.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata perkara itu diputuskan dalam mesyuarat khas Kabinet semalam, bagi memastikan kelangsungan ekonomi peniaga kecil.
Antara sektor peruncitan yang dibenarkan kembali beroperasi termasuklah kedai pakaian dan fesyen, aksesori, kasut, barangan dan perkhidmatan fotografi, barangan terpakai, kedai bunga, alat permainan, permaidani, alatan sukan, kosmetik, peralatan dapur, aksesori kenderaan, Ar-Rahnu.
Ads
“Senarai penuh sektor runcit yang dibenarkan beroperasi ini boleh didapati dalam laman sesawang Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP),” katanya pada sidang media hari ini.
Sebelum ini kerajaan sudah membenarkan beberapa segmen peruncitan tertentu beroperasi dalam PKP dan pengumuman hari ini adalah baki yang belum dibenarkan.
Baca Lagi Di Sini:
PKP: Murid Sekolah Rendah, Tingkatan Satu Hingga Empat Belajar Secara (PdPR)
MW: Semoga kebenaran untuk beroperasi kembali ini memberi kelegaan buat para peniaga yang terjejas. Sama-sama kita patuhi SOP mengikut arahan yang ditetapkan oleh pihak kerajaan.
Ecah rindu.. Anak sulung Mohammad Ashraf Hassan, 29 atau Acap merindui bapanya. Umur Ecah setahun setengah. Dia amat rapat dengan daddy dia.
Setiap malam, setiap kali nak tidur, Ecah akan cari daddy dia. Ini yang dimaklumkan oleh abang Acap, Mohd Zahiruddin, 35 (Denny Lang) kepada pemberita.
Begitulah budak-budak yang rapat dengan bapa. Akan merengek. Barangkali dia rindu sebab lama tak berjumpa daddy dia. Masuk hari ini sudah 2 minggu Acap hilang.
Selepas menyertai larian anjuran Gopeng Ultra Trail di Gua Tempurung, Perak.
Pelbagai cara digunakan untuk mengesan Acap, namun petunjuk ke arah penemuannya masih belum menampakkan hasil. Semoga sukarelawan tidak patah semangat dalam misi mencari Acap.
Kerana anak, isteri, ibu, ayah malah ahli keluarga begitu merindui saat kepulangan Acap.
Ketika ini, isteri Acap sudah kembali ke Kuala Lumpur selepas beberapa hari menyertai misi mencari suaminya.
Acap Bukan Gemar Bermusuh Dengan Sesiapa
Kata abang Acap, adiknya itu memiliki sikap dan keperibadian yang mulia. Dikenali di kalangan rakan-rakan sebagai seorang yang tidak suka mencari musuh.
“Kalau kita tanya 20 kawan dia, rata-rata semua suka sebab dia bukan gemar bermusuh dengan sesiapa. Dia jenis tak banyak cakap. Memang kawan-kawan suka berkawan dengan dia.”
Aktiviti sukan outdoor dan ekspedisi ini sudah menjadi sebahagian dari diri Acap. Dia juga pernah menyertai ekspedisi di Lombok, Indonesia.
Di tempat Acap bekerja, dia incharge aktiviti outdoor. Bermakna pengetahuannya tentang aktviti outdoor ada padanya.
Tak Pernah Lupa Tanya, ‘Mak Sihat Ke tak? Ubat Mak Cukup Ke?
Akui abangnya lagi, dari kalangan mereka enam beradik Acap lah yang terbaik untuk menjaga mak mereka.
Bergaduh dengan adik-beradik, jauh sekali. Setiap kali jumpa mak, dia akan tanya ‘Mak sihat ke tak? Mak dah pergi check up ke belum? Ubat mak cukup ke?
Dialah yang paling menjaga kebajikan ibunya, Siti Maznah Khamis.
“Adik beradik lain memang tak boleh challenge, kira dialah champion. Memang adik-beradik lain susah nak ambil alih tempat dia.”
Biarpun demikian, ada juga netizen yang membuat dakwaan mengarut tentang anak keempat ini.
Acap dikatakan jahat oleh netizen kerana mengambil batu dan simpan dalam koceknya. “Dia ada niat tak baiklah masa berlari itu. Itu semua tak betul.”
“Kami keluarga dia, jadi kami tahu dia jenis yang macam mana.” Dakwaan netizen itu menimbulkan tanda tanya di hati abang ini. Bagaimana netizen boleh tahu dan cakap macam tu. Sedangkan itu sesuatu yang mereka tak boleh nampak Acap melakukannya.
MW : Mendoakan agar Acap dapat ditemui kembali dalam keadaan selamat dan pulang semula ke pangkuan keluarga.
Memang tak dapat dinafikan wanita, mahupun isteri merupakan ‘pengurus’ terbaik melibatkan kewangan keluarga mahupun perniagaan.Segala urusan kewangan dapat diatur sempurna dan dapat dirancang dengan baik, tanpa perlu risau demi kebaikan keluarga mahupun dalam bisnes.
Wawa Uruskan Semua Duit Perniagaan
Perkara ini diakui sendiri oleh selebriti dan pelakon popular Aeril Zafrel,34 terhadap isterinya Wawa Zainal 31. 10 tahun hidup bersama, mendirikan rumahtangga dan membina empayar perniagaan, Aeril cukup menghargai jasa isterinya yang mampu menguruskan semua duit perniagaan dengan baik sekaligus menjadi salah satu tip kejayaan mereka.
Bukan apa, selain kerja keras, pengurusan kewangan yang betul juga amat penting untuk perniagaan meningkat maju dan berjaya.
“Antara tips kejayaan yang saya amalkan hingga la ke harini ialah saya biarkan Wawa uruskan semua duit perniagaan kami. Malah sampai ke harini saya masih tak tahu lagi nak transfer duit company. Sebab saya percaya kalau wanita yang uruskan duit, inshallah semuanya akan baik-baik saja”
10 Tahun Usia Perkahwinan
Mencecah 10 tahun usia perkahwinan, Aeril juga bersyukur melalui susah senang bersama isteri tersayang dan berusaha melengkapi kekurangan masing-masing.
“Alhamdulillah sudah 10 tahun kami hidup bersama.Banyak dugaan yang telah kami lalui, dari awal perkahwinan hinggalah ke harini. Kami bukanlah pasangan yang sempurna, masih banyak yang kami harus pelajari walaupun sudah 1 dekad sebantal bersama. Kerana saling melengkapi kekurangan masing-masing itu lebih baik daripada mencari kesempurnaan.”
“Alhamdulillah tidak terkira banyaknya nikmat yang tuhan telah pinjamkan sepanjang kami bersama, daripada 4 orang anak hinggalah kejayaan wawacosmetic pada harini ni.”
Terdahulu, Aeril dan Wawa mendirikan rumah tangga pada 2012.Pasangan sama cantik, sama padan ini dikurniakan dengan empat orang cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar,9, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa,7, dan Ayya Soffya,2, dan Muhammad Fahri kini berusia dua bulan.
Mingguan Wanita: Tahniah buat Aeril dan Wawa atas kejayaan dalam perniagaan. Terbaik, Aeril percaya dan serahkan segala urusan kewangan perniagaan pada isteri dan antara tip kejayaan mereka berjaya dalam bisnes juga.
Tak ramai yang tahu cara nak bersihkan air cond, malah mungkin ramai yang guna bertahun sampailah air cond itu ada masalah disebabkan habuk!
Nak tahu bilik kita banyak habuk ke tidak, boleh tengok pada penghawa dingin. Kalau banyak habuk pada penapisnya maka memang banyak lah habuk dalam bilik kita itu.
Tetapi jangan risau, masalah ini boleh diselesaikan dengan mudah!
Mungkin ada yang tak tahu, air cond pun coleh cuci sendiri dan ini adalah salah satu cara berkesan untuk bersihkan aircond. Jom semak
Rupanya hanya gunakan remote jer..
Selepas anda guna aircond waktu malam, JANGAN matikan terus aircond anda sebaliknya anda buat langkah berikut:
1. Tetapkan mode daripada “Cool” ke mod “Fan”, tetapkan Kelajuan Kipas ke tahap paling tinggi.
2. Biarkan ia berjalan selama 15 minit.
3. Kemudian barulah matikan aircond.
Mengapa tetapkan ke mode “Fan” ??
Tujuan kita tetapkan ke Mode “fan” kerana ia tidak akan mengaktifkan pemampat, dengan itu hanya blower kipas fancoil sahaja berjalan dengan normal (tidak sejuk) & udara bertiup. Ini akan mengeringkn kelembapan dalaman unit aircond anda dan membantu mengurangkan pengumpulan kotoran dan kulat (yang disebabkan oleh debu, kotoran + kelembapan)
NOTA:
Jangan lupa untuk menetapkan semula ke mode “Cool” apabila anda menggunakannya lagi pada masa yang akan datang.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!