Dapur berkonsep ‘modern heritage’ ini diilhamkan pemiliknya, Nashzelima Ngadmin yang punya pengalaman pengajian di Fakulti Senibina, Perancang & Ukur, UiTM. Tenang sungguh mata bila tengok ruang dapur yang kemas tapi masih mengekalkan unsur-unsur ‘tropical resort’ ini.
Sebab itulah, mata kita rasa macam cuti hari-hari. Inilah kata pemiliknya yang berkongsi pengalaman mereka bentuk ruang dapur idamannya dalam grup Kelab Kaki Deko.
“Berkonsepkan ‘Modern Heritage’. Saya banyak menggunakan kayu veneer yang dicer hiram dan warna semula jadi. Moden dari segi detail yang simple dan elemen heritage boleh dilihat dari sudut dekorasi lain.
“Misalnya pada pinggan-pinggan lama, rotan, barang antik dan lain-lain. Bekerja lebih masa dan stress membuatkan saya memilih rekabentuk yang tenang serta mempunyai sedikit unsur-unsur ‘tropical resort’ seolah-olah sedang bercuti setiap hari.”
Rujuk Panduan Bergambar Pengubahsuaian Dapur ‘Modern Heritage’
Sumber/Foto : Nashzelima Ngadmin
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
11 Jam Melalui Pembedahan, Bayi Kembar Siam Selamat Dipisahkan
Tiada apa yang lebih membahagiakan buat mak ayah apabila melihat anak-anak sihat dan dapat menjalani kehidupan normal seperti kanak-kanak lain.Selepas melalui pembedahan selama 11 jam, sepasang kembar siam perempuan yang bercantum di bahagian dada di Michigan, Amerika Syarikat akhirnya dipisahkan.
Sarabeth dan Amelia yang berusia setahun dianggap melalui keajaiban kedua dalam hidup mereka.Ia memandangkan pakar perubatan tidak menyangka mereka akan selamat ketika dilahirkan.
Karakter & Personaliti Berbeza
Portal Mirror melaporkan, ketika dilahirkan, kembar perempuan itu mempunyai dua pasang tangan, dua pasang kaki, namun berkongsi hati.
Bapanya, Phil memberitahu sebuah blog dia tidak percaya kedua-dua anaknya itu tidak lagi bercantum dan tidur di katil yang berbeza.
“Sarabeth dan Amelia adalah dua budak berbeza, dengan karakter serta personaliti sendiri,” katanya.
24 Doktor Terlibat
Dalam pada itu, prosedur berkenaan membabitkan lebih 24 doktor daripada pelbagai bidang kepakaran dan jururawat.Mereka mengambil masa dua jam hanya untuk mempersiap kembar itu bagi menjalani pembedahan.
Selain itu, mereka menggunakan model tiga dimensi dan kod warna untuk membezakan bahagian tubuh Sarabeth serta Amelia.Untuk membolehkan kembar itu dibedah, pakar bedah plastik turut memasukkan alat khas bagi mengembangkan tisu.
Pakar kardiologi kemudian mengasingkan struktur di bahagian dada, sementara pakar paediatrik membahagikan hati dikongsi oleh pasangan kembar itu.
Pasukan sama turut menggunakan pewarna bagi memastikan bahagian hujung hati terbabit.
Sementara itu, ibu kembar berkenaan, Alyson berkata, dia tidak sabar untuk menyaksikan kedua-dua anaknya itu membesar.
“Saya tidak sabar melihat mereka merangkak dan berjalan,” katanya.
Tiada apa yang lebih membahagiakan buat mak ayah apabila melihat anak-anak sihat dan dapat menjalani kehidupan normal seperti kanak-kanak lain.Selepas melalui pembedahan selama 11 jam, sepasang kembar siam perempuan yang bercantum di bahagian dada di Michigan, Amerika Syarikat akhirnya dipisahkan.
Baca Lagi DiSini:
Hamil Kembar 4 Sebaik Ambil Anak Angkat 4 Beradik, Bertuah Sungguh!
MW: Tahniah atas kejayaan pembedahan ini. Semoga pasangan kembar ini, membesar dengan sempurna dan kembali sihat menjalani kehidupan normal seperti kanak-kanak lain.
Sumber: Hmetro
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Putus Punca Pendapatan, Ibu Tunggal Rayu Sumbangan Yuran Universiti Anak
Menjadi impian setiap mak ayah inginkan anak cemerlang dalam pelajaran sekaligus dapat menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi demi mengejar cita-cita untuk berjaya dalam kehidupan.
Gara-gara pandemik COVID-19, tak dinafikan ramai yang terkesan dan buntu apabila kehilangan sumber pendapatan. Sedangkan banyak urusan yang perlu dilunaskan termasuklah perbelanjaan harian mahupun yuran pengajian anak untuk sambung belajar di universiti.
Putus Punca Pendapatan
Ibu tunggal yang putus punca pendapatan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kini buntu memikirkan nasib anaknya yang ditawar melanjutkan pengajian di Universiti Malaya.
Siti Katijah Md Tahir, 38, berkata, dia buntu untuk mencari wang bagi membiayai kos pengajian selain keperluan anaknya, Putri Najiha Azni, 18, yang ditawar mengikuti pengajian Asasi Sains Fizikal di Universiti berkenaan.
Menurutnya, dia memerlukan RM1,950 untuk membolehkan anaknya itu melanjutkan pengajian.
“Saya resah untuk cari wang bagi biayai kos meliputi yuran penggajian, kolej kediaman, serta yuran perkhidmatan berjumlah RM1,950 sebelum tarikh kemasukan ke universiti berkenaan pada 27 Jun depan,” katanya.
Katanya, dia yang berpisah dengan bekas suami sejak setahun lalu menghidap penyakit lelah.
“Sebab itu saya terpaksa berhenti kerja sebagai pengemas bilik di sebuah motel pada Februari lalu dan mengambil keputusan berniaga sendiri dengan menjual nasi lemak.
“Bagaimanapun, pelaksanaan PKP sejak 18 Mac lalu menyebabkan dia yang kini menumpang di rumah ibu angkatnya putus punca rezeki dan kini mengambil upah membuat bantal kekabu yang hanya cukup untuk perbelanjaan harian.
“Sebelum berpisah dengan suami lagi kami sekeluarga hidup susah. Ketiga-tiga anak termasuk seorang lagi yang masih bersekolah di bawah jagaan saya manakala anak sulung berusia 21 tahun bekerja sebagai pembantu kedai makan dengan pendapatan RM40 sehari,” katanya.
Risau Gagal Jelaskan Yuran
Siti Katijah berkata, dia bimbang jika gagal menjelaskan yuran yang dikehendaki, anaknya terlepas peluang menyambung pengajian dalam bidang diminatinya.
“Ini sekali gus membantutkan harapan kami kepadanya bagi mengubah nasib keluarga,” katanya ketika ditemui di kediaman ibu angkatnya di Kampung Basong, di Kuala Kangsar, hari ini.
Peluang Ubah Nasib Keluarga
Sementara itu, Putri Najiha yang memperoleh keputusan 8A 2B dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu berkata, guru-guru di sekolahnya turut meletakkan harapan tinggi kepadanya supaya dapat menyambung pelajaran sehingga bergelar jurutera.
Katanya, RM1,950 yang diperlukan hanya untuk yuran pada semester pertama, belum termasuk perbelanjaan lain seperti keperluan serta kelengkapan harian, makan-minum, caj pemeriksaan kesihatan, komputer riba, dan sebagainya.
“Saya bimbang jika tidak sempat menjelaskan bayaran pada tarikh ditetapkan masa depan saya musnah, tambahan pula ini sebagai suatu peluang untuk saya mengubah nasib keluarga yang selama ini hidup susah.
“Dalam tempoh sesingkat ini, agak susah bagi kami mengumpul wang termasuk mendapatkan bantuan dari mana-mana agensi kerajaan memandangkan perlu melalui proses yang panjang,” katanya yang sebelum ini bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Jana, Kamunting, Taiping.
Orang ramai yang ingin membantu keluarga ini boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Bank Islam 08040020776585.
MW: Ramai yang terkesan kehilangan sumber pendapatan sewaktu PKP ini. Jika berkemampuan, tak banyak walaupun sedikit semoga dapat membantu ibu tunggal dan anaknya yang cemerlang dalam pelajaran untuk meneruskan pengajiannya ke peringkat lebih tinggi.
Sumber: Hmetro
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Dayah Sedih, Tak Keruan “Pohon Doakan Kesembuhan Abah Di ICU, Mak Juga Positif Covid”
Wabak Covid-19 kini semakin hari semakin menakutkan, terbaru pengacara Dayah Bakar memaklumkan dia berasa sangat sedih apabila ibu dan ayahnya dijangkiti dan positif Covid-19.
Dayah yang kini mengikut suaminya, Kapten Muhammad Hanif bertugas di Australia bersama cahaya mata sulung mereka, Achbar Muhammad Fahri berasa sangat bimbang, tidak keruan dan sedih dengan nasib yang menimpa kedua ibu bapanya.
Dayah Sedih & Tak Keruan “Pohon Doakan Kesembuhan Abah & Mak”
Sudahlah berada jauh di Australia, Dayah seperti mana yang dikongsi menerusi entri di akaun Instagramnya menerangkan ayahnya kini sedang menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) di sebuah hospital.
“Pohon semua untuk mendoakan kesembuhan abah saya, Abu bakar Johari, yang kini berada di ICU. Juga, doakan mak saya, Halimatul Kamaliah Abdul Rahim, untuk sembuh sepenuhnya.
“Doa anda semua sangat bermakna buat saya dan keluarga. Semoga Allah merahmati kebaikan anda. Terima kasih,” tulisnya.
Baca Disini Juga:
Air Mata Kesyukuran, Dayah, Suami & Fahri Akhirnya Bersatu “Terima Kasih Atas Doa Kalian”
Anak 8 Bulan Sudah Bersekolah “Fahri Boleh Jumpa Kawan-Kawan, 2 Jam Saja” Dayah Bakar
Dayah Bakar Bersalin Tanpa Suami Di Sisi, “Macam Dalam Mimpi, Syukur Alhamdulillah”
Sekeluarga Sembuh COVID-19, Mawar Rashid Tunai Nazar Sumbangkan Keperluan Hospital
Didie Alias Kehilangan 5 Ahli Keluarga “Ya Allah Kuatkanlah Kami Sekeluarga Dugaan Covid”
Niat Dayah Berkongsi Mohon Kalian Semua Mendoakan Kesembuhan Ibu & Ayah
Beberapa hari lalu, Dayah telah memaklumkan ibu bapanya positif virus yang merbahaya itu. Dek kerana itu juga, Dayah akui dirinya tidak keruan beberapa hari lepas, ekoran penyakit yang dialami ibu bapanya itu.
“Dengan hati yang berat, Dayah nak kongsi berita, dimana ibu bapa saya disahkan positif Covid.
“Memang rasa sedih sangat, dan buat Dayah tak keruan untuk beberapa harini . Honestly I’m not feeling okay , but I’m trying my best to smile and give moral support to my parents.
“Jadi, niat Dayah berkongsi adalah untuk memohon kepada kalian semua yang membaca post ini agar mendoakan kesembuhan sepenuhnya untuk mereka dan juga sekalian rakyat Malaysia yang terkesan dengan wabak ini,” luah Dayah yang berdoa agar ibu dan ayahnya terus kuat dan bersemangat dalam melawan virus Covid-19.
Mingguan Wanita : Kami doakan agar diberikan kesembuhan buat ibu dan ayah Dayah.
Sumber / Sumber Foto: Instagram Dayah Bakar
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI