Tak kiralah suami atau isteri, bukan semua perkara boleh dikongsikan di media sosial apatah lagi membabitkan hal rumahtangga. Bukan semua bersimpati dengan kita, malah ada yang bertepuk tangan gembira dengan situasi yang dialami.
Meluahkan ketidakpuasan hati dalam rumahtangga dan menceritakan masalah peribadi pasangan secara terbuka di media sosial adalah haram kerana boleh menyebabkan salah faham dan fitnah serta mengeruhkan lagi keadaan.
Pendakwah, Noraini Mat Din atau dikenali Ustazah Nony berkata, tindakan meluahkan perasaan dan memohon pandangan berkenaan rumah tangga di media sosial bukanlah jalan terbaik untuk suami mahupun isteri.
“Ini kerana kemudaratan yang lebih besar bakal berlaku daripada tindakan itu. Misalnya, keaiban pasangan dan ahli keluarga menjadi perbualan ramai. Salah faham dan sangka buruk turut boleh berlaku menyebabkan ramai yang menghukum tanpa mengetahui hal sebenar.
“Bimbang juga jika ada pihak yang mengambil kesempatan dalam situasi ini sekali gus menjadi punca kepada keretakan yang lebih besar, termasuklah boleh menyebabkan kecaman netizen dan menjadi sebab kepada mengumpat serta mencela beramai-ramai,” katanya.
Urus Konflik
Menurutnya, kesan daripada perbuatan itu, ia bukan sahaja memberi persepsi buruk kepada pasangan bahkan ia juga mengundang kepada reaksi negatif pelbagai pihak dan boleh membarah dalam masyarakat.
Justeru katanya, tindakan berkongsi masalah di media sosial berkenaan hal rumah tangga amatlah ditegah.
Ads
“Oleh itu, carilah jalan penyelesaian dan perdamaian dengan cara bersemuka antara satu sama lain dan bukannya melalui atas talian,” katanya.
Mengulas lanjut, beliau berkata, terdapat pelbagai kaedah yang digariskan Islam kepada suami isteri sebagai persediaan menempuhi gerbang perkahwinan, antaranya ialah kematangan dalam kerangka berfikir pasangan berkenaan.
Menurutnya, ia merangkumi cara berfikir, membuat keputusan, perbuatan dan tindakan, komunikasi serta pergaulan.
“Suami dan isteri mestilah matang dalam berbincang, membuat keputusan, menjalankan tanggungjawab dan hak, menguruskan konflik dan menguruskan rumah tangga. Kematangan suami dan isteri ternilai daripada cara mereka menguruskan konflik,” katanya.
Ads
Kekalkan keharmonian rumah tangga
Menurutnya, Islam mengajar umatnya beberapa cara untuk kekal harmoni dan mengatasi masalah dalam rumah tangga.
“Pertamanya, berkomunikasilah. Suami dan isteri mesti memahami pasangan masing-masing.
“Contohnya, apabila suami tidak gemar tindakan isteri maka ajaklah berbincang dan mohon isteri membuat semakan dan tegurlah secara berhemah,” katanya.
Menurutnya, suami dan isteri juga perlu meningkatkan amal ibadat dan sentiasa saling menasihati berkenaan agama.
Ads
“Ibadah sempurna akan memandu rumah tangga sekali gus menjadikan hubungan sentiasa terjaga,” katanya.
TIP BAGI MEREKA YANG BERHADAPAN KONFLIK RUMAH TANGGA
* Suami dan isteri yang mempunyai masalah ataupun tidak, mesti saling berkomunikasi secara berhadapan.
* Komunikasi melalui atas talian tidak mempunyai nada, mimik muka dan sukar untuk dibuat penjelasan maka elakkan meregangkan kekusutan antara pasangan melalui atas talian.
* Suami dan isteri mestilah duduk berbincang terutamanya apabila berhadapan konflik rumah tangga.Melarikan diri, atau mewakilkan orang untuk berbincang dan menyelesaikan masalah sebenarnya tidak membantu meregangkan konflik bahkan boleh menyebabkan ia lebih buruk.
* Sekiranya perlukan orang tengah untuk membantu komunikasi dan perbincangan antara suami isteri maka ajaklah saudara. Sama ada daripada sebelah suami atau sebelah isteri atau kedua-duanya untuk memurnikan dan memberi pendapat, atau suami isteri boleh membawa hal ini berjumpa bahagian kaunseling rumah tangga.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Buat pasangan suami isteri, hati-hati dengan perkara yang dikongsikan di media sosial. Elakkan berkongsi masalah rumahtangga dan keburukan pasangan di laman tersebut, ia boleh menyebabkan salah faham dan fitnah serta mengeruhkan lagi keadaan.
Dalam keadaan ekonomi sekarang, kos hidup setiap bulan bukan satu jumlah yang boleh buat orang bertenang. Perkongsian Professional Engineer, Ir Abdul Rahman Bahasabetapa mak ayah sanggup ketepikan kehendak diri sendiri demi anak adalah satu kiraan yang real.
Betapa struggle nya kehidupan sekarang ya mak ayah. Belanjawan ini adalah milik Puan R yang mana dia suri rumah sepenuh masa, suami bekerja dengan pendapatan bersih RM6000 dengan jumlah 4 orang anak.
DEMI ANAK, SAYA SANGGUP KETEPIKAN KEHENDAK SAYA
Assalamualaikum Tuan. Saya tergerak nak share belanjawan keluarga saya bulan ni. Sekadar nak berkongsi ekonomi keluarga saya dan betapa strugglenya kehidupan sekarang.
Itu DM Puan R kepada saya. Saya go through belanjawan keluarga Puan R.
YA! Memang struggle! Kenapa saya katakan begitu?
Ini latar belakang keluarga Puan R:
Punca pendapatan: Suami sahaja bekerja. Puan R suri rumah sepenuh masa.
Gaji Suami: RM 8,000
Gaji Bersih Suami: RM 6,000 (approx. sahaja. Jumlah tak tentu, bergantung kepada OT untuk pendapatan tambahan)
Jumlah Anggota Keluarga: 6 orang
Jumlah Anak: 4 orang (3 bersekolah, 1 anak masih berumur 4 tahun.
Lokasi tempat tinggal: Lembah Klang
Jenis Rumah: Apartment (Dibeli 18 tahun yang lalu)
Kereta: Proton Exora (Disebabkan keluarga ramai)
Ini Pecahan Belanjawan Bulanan Puan R sekeluarga:
KOS HIDUP UNTUK ANAK & BELANJA ASAS KELUARGA
Kereta: RM850
Rumah: RM600
Barang Dapur Kering: RM450
Barang Dapur Basah (termasuk pampers anak dan susu): RM900
SSPN ANAK: RM200
Van Sekolah ANAK: RM100
Yuran Ngaji ANAK: RM60
Yuran Tusyen ANAK: RM200
Belanja sekolah ANAK: RM624 Total: RM3,984
UTILITI
Coway: RM130
Elektrik: RM80
Air (bayar untuk meter pukal): RM40
Astro: RM90
Petrol: RM200
Unifi: RM150 Total: RM690
BELANJA UNTUK MASA HADAPAN
Duit kutu (simpanan paksa untuk bayar road tax and insuran Exora): RM200
Hibah: RM200 Total: RM400
BAKTI PADA IBU BAPA
Ibu Bapa (Both keluarga sendiri dan mertua): RM400
HUTANG LUAR JANGKA
Pinjam sebab bulan lepas defisit: RM300
LEBIHAN: RM226
Kesimpulannya, dari pendapatan bersih RM6,000 keluarga Puan R: 66.4% digunakan untuk Anak dan Keluarga 11.5% digunakan untuk Utiliti 6.7% digunakan untuk Masa Hadapan 6.7% digunakan untuk Ibu Bapa 5% digunakan untuk Hutang Luar Jangka Lebihan??? Hanya 3.7%.
Total: 100%
Ini Cerita Survival.. Bila Mana Kehendak Diri Ketepikan
Maka saya bertanya kepada Puan R.
Saya: Herm. Nampak nya belanjawan Puan lebih kepada ANAK dan BARANG ASAS keluarga ni Puan. Memang struggle. Lebihan pun tak nampak macam lebihan. Macam mana dengan Tol, Parking, Bill Handphone?
Puan R: Tu lah Tuan..Nak tak nak. Suami kena buat OT. Kalau ada OT ada lah lebihan sedikit. Kalau tak ada? Jawabnya kena meminjam lah macam bulan lepas.
Sambung Puan R lagi..
Ni cerita nak survive je Tuan. Macam mana dengan kehendak saya dan suami? Memang kami kena lupakan… DEMI ANAK, SAYA SANGGUP KETEPIKAN KEHENDAK SAYA
MasyaAllah..Begitulah hakikat kehidupan sekarang.. Zaman kita Zaman Struggle..
Fikir-fikirkanlah…
MW : Boleh bayangkan macam mana pula keluarga B40 meneruskan survival hidup keluarga. Lagi-lagi yang ada anak ramai.
Setiap bulan bila dapat gaji, selain bayar hutang apa mak ayah buat dengan duit gaji itu. Belanja dapur.. beli barang masa jualan murah? Haa.. berapa ramai yang ambil peluang belanja anak makan setiap kali dapat gaji.
Itu pun salah satu cara nak bahagiakan hati anak-anak dan murahkan rezeki yang sedia ada di tangan.
Anak-anak kadangkala tak minta, tapi dia cukup seronok bila mak ayah dapat bawa dia jalan-jalan dan duduk makan satu famili. Seronok dia sampai terpancar di muka.
Okay, ini MW senaraikan apakah jenis belanja makan untuk anak-anak yang mak boleh buat. Dan tak perlu pun keluar modal besar, bawah RM50 pun dah boleh puaskan hati anak-anak.
1. Menu Special Air Tangan Ibu
Bila sebut special, maknanya bukan menu biasa-biasa yang kita makan hari-hari. Mak boleh cuba masakan western yang mudah, ringkas dan tak keluar modal besar. Misalnya, buat homemade pizza dari roti keping, sup cendawan buat sendiri atau spageti bolognese yang tak keluar modal besar pun.
Cuma perlu gigih di dapur saja.
2. Order Makanan Dari Food Panda, Atau Grab Food
Ada anak-anak lebih selesa makan di rumah beramai-ramai, mak ayah tak perlu nak bersusah beli di luar. Buat surprise dekat anak dengan tempah makanan secara online. Wah! Keseronokan dia lain macam. Nanti anak akan ternanti-nanti dan tak sabar tanyakan, ‘Bila abang Food Panda nak sampai’.
3. Belanja Anak Makan Dalam Mall
Waktu bawa anak jalan-jalan, janganlah sampai tak bawa mereka makan. Kesian anak-anak lapar. Boleh saja cari kedai makanan segera yang tak keluar modal besar pun. Asingkan siap-siap 5% duit gaji tu untuk belanja anak makan dalam mall. Kalau tak dapat setiap bulan, dua bulan sekali pun anak-anak dah happy sangat.
4. Sejukkan Hati Anak-anak Belanja Makan Aiskrim Kegemaran
Anak-anak tentu suka bila ibubapa belanja makan ais loli Pinkfong T-Rex yang didatangkan dengan perisa Melon dan Oren. Anak-anak tentu teruja dengan rasa enak dan segar ais loli Pinkfong T-Rex dari perisa semulajadi buah Melon dan Oren ini. Bak menikmati buah-buahan sebenar.
Untuk pengetahuan, ais loli yang enak lagi segar ini sudah pun berada di pasaran. Anda boleh mendapatkannya di kedai serbaneka dan kedai di stesyen minyak berdekatan kediaman.
Ais loli Pinkfong T-Rex ini juga boleh didapati semasa majlis pelancarannya pada 8 hingga 11 Ogos ini di Sunway Pyramid Orange Atrium, Subang Jaya. Mak ayah bolehlah bawa keluarga ke sini dari jam 10 pagi hingga 10 malam.
Menariknya di majlis pelancaran ais loli Pinkfong T-Rex ini, mak ayah boleh juga layan anak-anak menyaksikan konsert mini, permainan yang membolehkan anda membawa pulang aiskrim percuma dan lain-lain hadiah.
Anak-anak berpeluang mengambil gambar bersama maskot Pinkfong, Baby Shark dan T-Rex di ruangan bergambar yang disediakan. Nanti boleh hadiahkan anak-anak dengan cenderahati yang comel-comel di sini.
Ada juga jualan ais loli yang boleh dibawa pulang untuk keluarga menikmatinya di rumah pula. Malah ais loli ini, anda boleh dapatkannya dari peti penyejuk beku #NestleIceCream yang ada di pasaran.
Jumpa anda di sana!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Durjananya perlakuan seorang ayah yang tergamak mencabul anak perempuannya sendiri, lebih menyedihkan bayi tersebut yang baru berumur 12 bulan!.Hinanya seorang ayah yang sepatutnya melindungi anaknya sanggup melakukan tindakan keji lagi terkutuk ini.
Kejadian yang berlaku di Kuala Terenganu,seorang bapa berhati binatang ditahan apabila disyaki sanggup melakukan perbuatan terkutuk dengan mencabul bayi perempuannya berusia 12 bulan.
Anak Kerap Menangis
Tindakan terkutuk suspek berusia 36 tahun terbabit terbongkar apabila ibu mangsa menyedari perubahan anak perempuannya itu yang kerap menangis ketika kemaluannya dicuci, Isnin lalu.
Mengesyaki ada yang tidak kena dengan anaknya, ibu berusia 28 tahun ini membuat laporan di Balai Polis Manir, Kuala Terengganu di sini, sebelum merujuk anaknya ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk pemeriksaan.
Dalam Proses Penceraian
Menurut sumber, bayi terbabit dijaga secara bergilir-gilir oleh pasangan berkenaan yang kini menetap secara berasingan berikutan dalam proses perceraian, sejak November lalu.
“Suspek menghantar pulang anaknya itu ke rumah isterinya di Kampong Manir, di sini, pada jam 12 tengah malam, Isnin lalu, dan bayi itu dalam keadaan baik pada mulanya dari segi fizikal luaran.
“Bagaimanapun, ketika menukar lampin bayi berkenaan, ibunya mendapati terdapat kesan kemerah-merahan di kemaluan anaknya itu selain kerap menangis setiap kali bahagian sulitnya dicuci.
“Curiga dengan keadaan bayinya, ibu mangsa yakin suspek ada melakukan perkara yang tidak baik terhadap mangsa sepanjang menjaganya sebelum ini.Wanita berusia 28 tahun terbabit membuat laporan polis berhubung perkara itu sebelum bayi berkenaan dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk pemeriksaan lanjut,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Idris Abdul Rafar ketika dihubungi mengesahkan penahanan lelaki terbabit dan kes masih dalam siasatan.
Susulan laporan diterima, suspek ditahan dan hari ini, Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Sesyen/ Majistert, Noradila Abd Latiff membenarkan suspek direman empat hari untuk disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul.
Gula-gula gummy bebas dijual di pasaran, jelly berisiko tercekik bagi kanak-kanak. Kejadian tragis melibatkan adik Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, seorang kanak-kanak berusia 10...