Kalau anak-anak yang kecil nak puasa memang cukup bagus tetapi jangan sampai mak ayah janjikan upah atau belikan hadiah semata-mata nak anak puasa penuh. Ini boleh menjadi penyebab ibu bapa menjatuhkan nilai puasa itu sendiri.
Jadi sebolehnya mak ayah kena fahamkan konsep puasa itu pada anak-anak atau lebih dekat di hati anda boleh menggambarkan kesusahan orang yang tak mudah mendapat makanan.
Atau nak lagi mudah mak ayah ikutlah cara ibu anak dua ini, Puan Siti Aminah Sulaiman yang mana dia sendiri sudah menggunakan tip yang sangat berkesan dalam mendidik anak-anaknya berpuasa dengan lebih ikhlas.
Didik Anak Puasa Tanpa Dipaksa
InshaAllah kali ini saya bakal kongsikan TIPS bagaimana nak ajar anak kecil berpuasa sendiri tanpa perlu dipaksa atau diupah hadiah (dengan Izin Allah)
Apa yang saya bakal kongsikan adalah berdasarkan pengalaman saya mengajar anakanda Muiz berpuasa sejak dia berusia 5 tahun.
Saya melihat bahawa ibu bapa perlu berusaha dalam buat ‘persiapan’ rapi mendidik anak menjalani ibadat puasa
Jika kena caranya, anak sanggup berpuasa tanpa perlu disuruh atau dijanjikan hadiah.
Persiapan perlu bermula…
1) SEBELUM RAMADHAN
Serius? sebelum Ramadhan dah kena ajar?
Ya..
Sungguh saya terkesan dengan kata-kata Syeikh Hussain Yaqoob
“Matahati yang merindui Ramadhan akan dapat menciumi bau bulan ramadhan. Seperti Yaakob telah terbau baju anaknya Yusuf”
Ini yang kita perlu tanamkan dalam diri anak-anak..Sentiasa merindui kedatangan bulan Ramadhan
Anak saya hingga pernah beritahu yang dia nak bina sebuah mesin masa (macam dalam kartun Doraemon) untuk dia kembalikan masa supaya setiap hari ialah bulan Ramadhan dalam hidupnya
Tapi bagaiman kita nak terapkan keRINDUAN pada bulan Ramadhan dalam hati anak?
Semua perlu bermula dari kita sebagai ibu bapa. Dari awal tahun saya dah ajar anak supaya BACA DOA ini selalu
اَللّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِى رَجَبَ وَ شَعْبَانَ وَ بَلِّغْنَا رَمَضَان
“Ya Allah..Rahmatilah kami pada bulan Rejab dan Sya’ban..dan sampaikanlah kami pada bulan Ramadhan”
Ads
Anak selalu ulang-ulang baca doa ni. Anak tidak akan mampu merindui Ramadhan kecuali jika kita tunjukkan caranya..
Kita sebagai IBU BAPA perlu jadi PERINDU ramadhan dulu.
Ibu-ibu nanti bila ganti puasa..boleh beritahu pada anak yang kita sedang berusaha yang terbaik untuk bersedia dengan kedatangan Ramadhan
Anak-anak perlu nampak ibu bapa ‘EXPRESS” perasaan tak sabar menanti kedatangan bulan mulia, dari situ anak akan belajar menyambut Ramadhan..
Saya sering ajak anak berdoa sama-sama supaya dipanjangkan umur untuk berjumpa Ramadhan.
Anak menyaksikan ibunya berdebar menanti datangnya Ramadhan..dan inshaAllah mereka akan membesar menjadi PERINDU Ramadhan.
2) SEMINGGU SEBELUM RAMADHAN
Debaran semakin memuncak walaupun mendekati bulan yang ditunggu-tunggu..tetapi tiada jaminan umur melainkan Allah izinkan semakin gigih anak berdoa dipertemukan Ramadhan.
Saya ajak anak -anak untuk bantu sy KEMAS rumah mereka dapat rasakan ada ‘tetamu’ istimewa yang akan tiba tak lama lagi. Saya bisikkan ‘rumah perlu bersih’ supaya kita senang nak solat dan baca al Quran bila tiba Ramadhan.
3) MENJELANG SENJA 1 RAMADHAN
Tiba masa yang ditunggu. Pandang mata anak, dakap mereka. Beritahu anak Allah PILIH kita kali ni untuk terima hadiah istimewa iaitu RAMADHAN.
Berapa ramai orang didalalam kubur yang minta dihidupkan semula demi beribadat pada bulan Ramadhan
Ads
Saya bisik lagi pada anak..“Ramadhan kali ni kita mesti buat betul-betul..kita mesti buat yang terbaik..”
3) CARA MOTIVASI ANAK
Motivasi anak untuk berpuasa bukan melalui kaedah reward fizikal sahaja. Anda pasti terkejut yang anak kecil juga mampu termotivasi dengan JANJI Allah.
Jangan ‘under estimate’ kemampuan anak untuk faham hadith dan ayat Al Quran berkaitan puasa. Pengalaman saya dalam mendidik anak berpuasa… selalunya ransangan datang dari hadith dan ayat Al Quran.
Ada banyak hadith sahih yang boleh diceritakan kepada anak. Ceritakan secara santai.. macam storytelling session. Simplify dan beri contoh yang anak mudah faham melalui Hadith. Antara KOLEKSI HADITH yang anak mudah faham:
Pintu Ar Rayyan untuk Hamba yang Ikhlas berpuasa:
“Sesungguhnya di dalam syurga terdapat satu pintu yang dinamakan pintu ‘Ar-Rayyan’ yang hanya dimasuki oleh orang-orang yang berpuasa.
Ditanya (oleh pintu tersebut): “Di manakah orang-orang yang berpuasa?” Maka mereka pun masuk dari pintu tersebut. Setelah semua orang yang berpuasa memasukinya, pintu itu pun ditutup dan tak ada lagi yang masuk melaluinya.” (Hadis Riwayat Muslim, dari Sahl Ibn Sa’ad).
Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan
“Apabila tiba Ramadhan, akan dibuka pintu-pintu syurga, akan ditutup pintu-pintu neraka dan syaitan-syaitan akan dirantai.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Penduduk Langit Menyambut Ramadhan
Langit akan dibuka sepanjang bulan Ramadhan. “Apabila tiba malam pertama Ramadhan, akan dibuka semua pintu langit. Ia tidak akan ditutup walau pun satu pintu sehinggalah ke malam terakhir Ramadhan.” (Riwayat Baihaqi)
(Ajak anak keluar rumah dan tengok langit.. saya selalu minta anak berdoa apa sahaja yang dia hajati pada Allah sepanjang Ramadhan kerana pintu langit terbuka, maka doa sampai pada Allah tanpa hijab.
Ads
Nak pergi Lego Land ke..nak beli kasut roda ke..terus minta pada Allah)
4) JANGAN PAKSA ANAK BERPUASA
Jika anak belum bersedia, jangan paksa kerana nanti akan berlaku macam-macam perkara dibelakang kita:
Boleh jadi anak curi minum air masa mandi atau curi-curi makan masa mak tak nampak.
Anak yang tidak nampak “keindahan puasa” mustahil untuk puasa dengan jujur.
5) BE FLEXIBLE, PLEASE!
Anak nak puasa setengah hari, benarkan mereka. Itu tanda mereka jujur dengan kita kerana masih minta kebenaran untuk berbuka puasa.
Itu lebih baik dari curi-curi makan dan masih berpura-pura puasa.
5) SISTEM GANJARAN/REWARD
Mungkin kaedah ini berkesan untuk sesetengah anak. Jika berkesan, teruskan.
Ada yang minta mainan jika puasa penuh. Tapi sentiasa bisikkan pada anak berulang kali.
Ingatkan semula TUJUAN mereka berpuasa. Puasa ini untuk Allah… bukan untuk mainan atau apa-apa reward yang mereka minta. Kita nak melahirkan anak yang IKHLAS berpuasa kerana Allah.
Fahamkan mereka yang NIAT puasa ini semata-mata kerana Allah, bukan reward material sahaja
6) SABAR ITU PENTING
Ibu ayah perlu SABAR. Biarpun anak saya sudah masuk tahun ke 3 berpuasa, telinga saya masih lagi dengar anak merengek LAPAR dan HAUS. Itu normal..kerana anak kita masih kecil.
Bagaimana kita handle EMOSI kita untuk melayan karenah mereka lebih penting!
Berbalik semula pada point atas, saya lebih selesa gunakan hadith dan ayat Al Quran sebagai cara untuk redakan rengekan anak saya.
Tapi ikut kemampuan kita, berpuasa ini ialah proses ‘DELAYED GRATIFICATION’ (‘delayed gratification = melatih anak sabar untuk dapatkan sesuatu ganjaran yang lebih besar)
Ada anak cepat “sejuk” lepas dengar hadith ganjaran Allah… ada anak sejuk lepas dijanjikan reward. Saya doakan Allah mudahkan urusan kita untuk didik anak berpuasa nanti.
Silakan SHARE untuk manfaat yang berpanjangan dan TAG pasangan untuk sama-sama didik anak berpuasa nanti.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Ipar duai berkumpul. Perkara yang paling mengujakan dan seronok bila dapat berkumpul dengan ahli keluarga. Maklumlah lama tak jumpa dan sudah tentu masa hari raya atau kenduri pasti akan lengkap.
Berkumpul dengan adik beradik, anak buah, iapar duai dan sebagainya, memang sehari pun belum tentu habis ceritanya. Dari satu topik ke satu topik. Seronok sangat ‘membawang’, ipar duai pula satu kepala.
Namun, dalam ipar duai berkumpul, pasti ada juga yang akan berkecil hati dan terasa hati tanpa kita sedar. Walaupun rasa cerita itu anggap biasa saja. Inilah yang ingin dijelaskan oleh Kak Tam dalam video perkongsiannya bila ipar duai berkumpul.
Doa anak istimewa Puan Ainizal Abdul Latif ini awalnya mengundang rasa geram di hati ibunya. Bila mana anak ini memohon pertolongan Allah agar diberi kemenangan untuk dia melepasi game level 7.
Boleh urut dada ibu yang mendengar. Namun, ibu yang baik takkan cepat melatah. Berfikir dengan tenang itu kunci kekuatannya. Pengarah Akademi Genius Wold Solution ini akhirnya tersedar dan bersyukur dengan peristiwa itu.
Kerana dia percaya, anak autismenya itu dilahirkan, dibesarkan dan dididik untuk syurga bukan untuk dunia. Hayati perkongsian Puan Ainizal.
Semoga April ini lebih ramai lagi sedar dengan pentingnya untuk mengasihi dan menyayangi anak-anak autisme yang ada di sekeliling kita.
Kau Untuk Syurga, Bukan Dunia
“Ya Allah, tolonglah abang. Abang nak main game xxx ni, level 7. Tolong bagi bantuan supaya abang menang ya Allah. Allah kan baik, tolonglah abang. Abang mesti menang game ni. Kalau tidak habis semua senjata dan duit yang abang dah beli dan kumpul..Amin..”
Mama curi dengar bait-bait doa mu dari belakang. Mula-mula dengar rasa geram. Geram kerana mama rasa, kau menggunakan doa mu untuk memohon sesuatu yang tidak datangkan manfaat untuk mu.
Tapi bila fikir semula, mama rasa insaf dan kurang bersyukur pula. Bukan kah untuk 7 tahun belakangan ini, inilah perjuangan yang selalu mama minta pada Allah supaya di perkenan dan dipermudahkan?
Ya, mama berjuang sungguh mengajarkan anak autisme mama ini, agar pandai berdoa kepada Allah. Agar kau pandai mengangkat tangan merayu dan mengadukan walau sekecil masalah mu pada Allah.
Agar kau tahu, tiada kuasa lain dapat membantu mu kecuali Allah. Kau sudah mampu buktikannya apabila kau sudah pandai mengangkat tangan sendirian memohon doa diperkenankan walaupun hanya untuk kemenangan mu bermain game.
Sepuluh Tahun Lagi, Kau Akan Tahu Sayang
Hari ini mungkin keterujaan untuk memenangi level game itu menjadi cabaran utama mu. 10 tahun lagi, kau akan tahu sayang, ada terlalu banyak cabaran, ujian dan kekejaman dalam dunia sebenar yang kau akan hadapi di luar sana.
Mama hanya mahu kau percaya, dengan manusia kau akan sering kecewa. Tetapi untuk setiap satu kesukaranmu, kau perlu yakin dan tahu, kau bakal mendapat pertolongan Allah melalui doa mu.
Seperti bait-bait lagu Arjuna Beta, berdoalah sayang, kerana mama tak kan ada sentiasa. Satu masa jodoh kita di dunia pastinya sampai ke garis terakhir jua. Hari itu, mama mahu kau sedar bahawa kau hidup bukan kerana adanya mama.
Sebaliknya kau hidup atas rahmat dan kasih sayang tuhan mu. Percayalah, selama kau merasa tuhan mu ada, selama itu kau tidak akan pernah merasa hidup mu terkesan dengan celaan manusia.
Kau, yang sering di lihat kurang oleh manusia, namun sudah tentu syurga buat mu sudah siap ada. Jika perlu di hisab atas sedikit kesedaran yang Allah kurniakan, mungkin tidak akan di hisab seteruk kami yang nampak sempurna, tetapi hakikatnya penuh dengan cela dan dosa.
Hadir Mu Untuk Menghilangkan Sifat Keakuan Dalam Diri
Kau dikurniakan untuk mengajar kami menghilangkan sifat ke ‘aku’ an dalam diri. Yang mengatakan anak-anak itu dari kami, ibu bapa mu sendiri. Nasib mu boleh dibeli dengan ego dan nafsu kami.
Sebaliknya kau menyuburkan sifat ke ‘hamba’ an kami. Supaya kami sedar kau adalah amanah yang Allah titipkan bagi menguji samada nikmat ini kami lalui dengan sabar dan syukur, atau ingkar dan kufur.
Bagi menguji kami cukupkah sandaran kami pada tuhan saat tiada satu makhluk pun dapat menjadi jaminan dalam menentukan nasib dan perubahan. Kerana tuhan bukan melihat pada keputusan, sebaliknya usaha dan ketakwaan kami ketika mendepani ujian.
Mungkin di dunia ini penuh pedih, kerana kau bukan di hadirkan untuk menikmati dunia, sebaliknya tempat mu adalah syurga. Dunia ini di lihat orang sebagai ujian bagi mu.
Amanah Untuk Kami Santuni
Namun hakikatnya ia adalah menjadi ujian bagi kami yang di amanahkan untuk menyantuni mu. Bagi semua masyarakat yang mampu atau tidak memahami perbezaan mu.
Untukmu dan semua kawan-kawan syurga mu yang dipilih Allah, samada kalian sudah mampu mengangkat doa, atau yang masih Allah simpan suara-suara kalian di syurga, bertahan lah untuk segala kesusahan dan ketidakfahaman yang kau terima sementara di dunia ini.
Kerana kau untuk syurga..bukan untuk dunia yang penuh prejudis dan segala macam ketidak adilan yang menyesakkan deria.
Selamat Hari Kesedaran Autisme untuk semua bunga-bunga syurga pilihan Allah.
Memang ada benarnya kerja-kerja di rumah takkan pernah habis. Isteri akan mudah ‘burnout’ apabila kepenatan dalam menguruskan rumahtangga dan anak-anak. Sebenarnya suami yang baik dan bertanggungjawab, akan turut sama membantu isteri melakukan kerja rumah disamping membelikan gajet yang bersesuaian dalam menyenangkan lagi urusan rumahtangga.
Burnout isteri boleh mencetuskan gelombang kehancuran. Suami kena tolong kawal.
Si suami bukan tak mengalami burnout, ada tapi threshold lelaki agak tinggi. Susah nak trigger burnout.
Saya pernah tengok isteri kemurungan satu hari sebab baju yang disidai ditimpa hujan. Burnout. Padahal benda biasalah tu. Hujan nak buat macam mana.
Cara Suami Bantu Kurangkan Penat Isteri
Bila diperhatikan, isteri mudah burnout ketika penat.
Cara saya untuk mengurangkan kepenatan isteri ialah dengan belikan gadjet yang memudahkan kerja-kerja rumah.
Walaupun dulu saya tak banyak income, tapi tetap megutamakan perbelanjaan yang dapat memudahkan urusan rumahtangga. Perbelanjaan untuk diri sendiri dikurangkan demi perbelanjaan rumah.
Saya sanggup bersusah-payah berjimat naik motor untuk urusan bisnes supaya dapat kurangkan kos minyak dan tol.
Bila cukup duit, saya belikan dryer supaya tak perlu sidai baju. Dah tak risau hujan.
Belikan steam iron supaya tak penat iron baju. Cepat siap. Tak ada risiko baju terbakar.
Belikan cordless vacuum, sangat menyenangkan kerja. Kami beli masa cordless vacuum masih belum ramai orang guna.
Belikan Thermomix supaya boleh masak secara santai. Tak penat.
Kalau dia minta izin nak beli apa-apa peralatan rumah, saya selalu setuju dan bagi kad bank saya. Dia memang buat research dulu kalau nak beli apa-apa.
Dulu dia bekerja sebagai pensyarah dan menghadapi sedikit burnout di tempat kerja. Masa balik kerja selalu menangis dalam kereta. Tahun 2016 dia nak berhenti kerja, saya menyokong keputusan yang dipilih. Keputusan yang berat baginya tapi terpaksa sebab beberapa faktor.
Sampai sekarang dia jadi surirumah sambil buat bisnes.
Belanjakan Duit Untuk Keluarga
Alhamdulillah saya yakin duit yang dibelanjakan untuk keluarga akan dapat ganjaran yang besar dan akan dimurahkan rezeki. Rasulullah ﷺ bersabda:
“Duit yang kamu belanjakan di jalan Allah dan duit yang kamu berikan kepada hamba (untuk membebaskan) dan duit yang kamu sedekahkan kepada orang miskin serta duit yang kamu sedekahkan kepada keluargamu. Maka yang paling besar ganjaran pahalanya adalah yang kamu sedekahkan kepada keluargamu”.[Riwayat Muslim (995)]
Ada sesetengah suami agak berkira dengan isteri dan anak. Hanya selesaikan apa yang wajib. Duit yang lebih dihabiskan untuk diri sendiri, hobi dan kawan-kawan. Kononnya untuk reward diri. Rugi hidup lelaki macam ni sebab tak ambil lebih banyak peluang untuk dapatkan ganjaran yang besar bila berbelanja untuk keluarga.
Mingguan Wanita: Ada benarnya, isteri mudah burnout bila penat. Suami yang bertanggungjawab dapat bantu kurangkan kepenatan isteri dalam menguruskan kerja-kerja rumah dengan membelikan gajet yang mampu memudahkan urusan rumahtangga.
“Ida Selalu Cakap Dia Segan Saya Layan Dia Sangat Baik, Sayang Ida” itulah antara luahan daripada Bonda Rozita terhadap menantunya Datin Seri Shahida Mohd...