Kecantikan

Boleh Buat Stres, Nyahkan Jerawat Guna Masker Lobak Merah Dan Tomato!

Share

Boleh buat stres bila muka tumbuh jerawat! Sejak awal remaja, masalah ini menghantui ramai orang tak kira lelaki atau wanita. Bahkan, ada yang usia 40-an pun muka jerawat masih aktif naik di muka. Antaranya faktor hormon.

Memang merimaskan. Kata orang, kalau pun tak cantik, tapi kulit licin, nampak cantik juga. Sebaliknya kalau raut wajah lawa tapi muka penuh jerawat, hilang cantiknya. Aduh. Jerawat memang boleh buat ramai stres!

Apakah anda sedang dihantui oleh masalah jerawat? Tertekan kerana sudah pelbagai cara dicuba namun belum berhasil. Apa kata anda mencuba mengatasi masalah ini menggunakan bahan alami, yang pastinya lebih selamat.

Hilangkan Jerawat Dengan Masker Lobak Merah Dan Tomato

Lobak merah dan buah tomato sesungguhnya kaya dengan pelbagai khasiat sama ada untuk kesihatan mahu pun kecantikan. Dikongsikan cara menggunakan keduanya sebagai bahan asas sebagai masker untuk mengatasi jerawat di wajah.

Masker Lobak Merah Dan Madu

Lobak merah kaya akan kandungan vitamin A yang bukan hanya baik untuk mata tapi juga kulit. Masker lobak merah mampu meredakan keradangan pada jerawat sekali gus menghilangkannya.

Bahan-bahan:

2-3 batang lobak merah

3-4 sudu teh madu

Cara Membuat:

  1. Rebus lobak merah hingga masak, angkat dan biarkan sejuk.
  2. Penyekkan ia menggunakan garpu hingga halus.
  3. Tuang madu ke dalamnya dan kacau sebati hingga membentuk seperti pes.
  4. Oleskan pada seluruh kulit wajah, biarkan selama 15-20 minit.
  5. Kemudian bilas dengan air suam.

Boleh Juga Buat Masker Tomato:

Bahan-bahan:

1 biji tomato segar

Cara Membuat:

  1. Tomato dibelah dua dan kisar halus.
  2. Setelah itu, oles ke seluruh kulit wajah dan tunggu sekitar 15 minit agar masker mengering.
  3. Kemudian bilas dengan air. Selain membantu menghilangkan jerawat, ia juga membantu menganjalkan kulit. Seeloknya dipakai setiap pagi untuk kesan maksimum.

BOLEH JUGA CUBA CARA INI UNTUK HILANGKAN JERAWAT YE

Selain itu, untuk mengatasi masalah jerawat, anda harus tahu apa yang menyebabkannya dan bagaimana cara terbaik untuk mengatasinya. Dipetik daripada thelist.com, berikut adalah beberapa jenis perawatan jerawat yang masih jarang diketahui.

Ais

Ais mampu membantu meminimumkan keradangan dan kemerahan ketika jerawat sedang aktif. Sekiranya terlalu sejuk, bungkus air batu dengan tuala kecil sebelum ditekan perlahan-lahan pada jerawat.

Kunyit

Kunyit memiliki sifat anti inflamasi yang luar biasa. Masker kunyit juga dapat mengatasi kemerahan dan kulit yang kemerahan.

Madu

Madu boleh digunakan untuk mengurangi kemerahan dan mengurangkan kulit yang teriritasi, terutama madu Manuka, yang memiliki kadar pH yang dapat membantu proses penyembuhan.

Kulit pisang

Kulit pisang memiliki kandungan antioksidan dan potasium yang sangat membantu dalam penyembuhan jerawat. Gosokkan kulit pisang di kawasan yang berjerawat untuk mengurangi kemerahan, bengkak, dan menyembuhkan jerawat dengan lebih cepat.

https://www.mingguanwanita.my/tip-buat-sagu-gula-melaka-3-layer-sedap-cantik-tak-bergumpal-1/

 

Published by
Nurul Azwa