Boleh Berangan, Tapi Susuli Dengan Usaha Dan Berdoa, Jangan Sampai Stres!

Boleh je kalau nak berangan. Bahkan rasanya semua orang ada angan-angan yang mereka idamkan dalam hidup. Kalau boleh lalui hidup secara mudah dan bahagia.

Yang selalu menjadi masalah, anda terlalu hendakkan macam-macam dalam hidup, hingga yang mustahil pun tertanam jauh ke dalam hati. Misalnya, anda hendak menjadi kaya tetapi langsung tiada minda usahawan apalagi hendak berusaha. Itu hanya akan berlegar sebagai angan-angan.

Angan Yang Tak Berasas

Berangan itu tidak salah kerana ia salah satu aktiviti minda manusia, tetapi seandainya terlalu berangan-angan sedang tiada sebarang usaha yang diandalkan, ia bolehlah dianggap sia-sia dan juga membuang masa. Apabila tersentak didapati usianya sudah semakin tua sedang tiada langsung pencapaian yang boleh dibanggakan.

Samalah, mustahil akan dikahwini jutawan sedangkan jutawan itu tidak pernah mengenali anda. Bagaimana beliau hendak mengenali anda seandainya beliau langsung tidak melihat anda? Bagaimana beliau hendak melihat anda kalau anda pun langsung tidak berusaha menampakkan diri di hadapan beliau?

Memang ada orang yang terlalu menyimpan angan-angan terlampau tinggi di awan, hujungnya stres sendiri sebab angan-angan itu mustahil menjadi kenyataan.

 Rezeki andai Dapat Capai Angan-Angan

Sebenarnya kita semua harus mengenali apa yang dinamakan rezeki. Biar sesuatu itu kelihatan tidak seperti apa yang diharap-harapkan, mungkin ia sedikit memberi cacat dalam kehidupan, ia tetap rezeki. Rezeki dalam erti katanya yang luas tidak hanya bermaksud untung sahaja, bahkan yang sebaliknya juga adalah rezeki.

Bak kata Hamka, “Rezeki itu bukan bermakna kau dapat apa yang kau nak, tapi bila kau terima apa yang Tuhan beri. Kau belajar tentang sirah, tahu Mariam tak berkahwin tapi dapat anak, itu rezeki. Kau tengok pula sirah Aishah, kahwin tapi tak dapat anak, itu pula rezeki dia. Allah hantar Nabi Nuh AS untuk menyelamatkan kaumnya tapi anak isterinya sendiri derhaka dan enggan terima dakwah baginda.

Rezeki Tak Sama

Pelajari sesuatu dari kisah-kisah seperti itu. Sungguh, rezeki masing-masing tidak sama. Semua ada pro dan kontranya. Orang yang ada suami, ada isteri, ada anak bermakna ada tanggungjawab juga, mudah dapat pahala tapi mudah juga mendapat dosa.

Yang tak bertemu jodoh, yang tak dikurniai zuriat pun satu rezeki juga, iaitu rezeki terlepas dari tanggungjawab dan risiko terpaksa menjawab di hadapan ALLAH nanti.

IKLAN

Jadi, sebelum kau terus mengeluh tentang itu ini, kena faham dulu konsep rezeki. Ada tak semestinya untung, tak ada tak semestinya rugi. Kau dapat apa kau nak, tak semestinya kau boleh terus bergembira. Kau tak dapat apa kau nak, tak semestinya kau tak boleh bahagia.

Baca artikel lain di sini:

Rezeki YouTuber Sugu Pavithra Jumpa PM, Punyalah Tergamam Sampai Tersekat Kata-kata

Jangan BERKIRA Dengan Anak Isteri Sebab Rezeki Itulah Hasil DOA Tanpa Henti Mereka

Boleh follow intagram Mingguan Wanta

https://www.instagram.com/mingguanwanita/

IKLAN

 

Boleh Berangan, Tapi Susuli Dengan Usaha Dan Berdoa, Jangan Sampai Stres!

Boleh Terima Dengan Reda

Takdir Allah itu misteri, entah-entah air mata reda yang kau titiskan dalam mengharung kecewa itulah yang menghanyutkan anda ke syurga.

Jadi ingatlah, rezeki itu bukan bermakna kau dapat apa yang kau nak tapi bila kau terima apa yang Tuhan beri. Kau akan bahagia kalau kau terima. Di samping kau berusaha, tawakal dan redalah dengan apa yang ada.

Jika kita memahami hakikat begini, mudahlah hidup dan berbahagialah kerana tiada apa yang hendak dirunsingkan; ada kita ucapkan syukur jika tiada kita bersabar. Jika mahukan sesuatu kita panjatkan dengan usaha tetapi jika tetap gagal kita tahu itu juga adalah rezeki. Sesuatu yang nampaknya untung tidak semestinya begitu selamanya. Ada kalanya yang kelihatan untung hari ini adalah petaka pada hari muka.

IKLAN

Tetap Boleh Bahagia Dalam Kekurangan

Lihat sahaja berapa ramai orang yang memiliki kereta mewah tetapi di dalam kereta mewah itulah ajal mereka sampai. Begitu juga orang yang tinggal dalam rumah yang besar serba cukup tetapi di dalam rumah itulah mereka rentung oleh kebakaran. Sedang ada orang yang hanya memiliki motosikal buruk tetapi oleh motosikal itulah dia mencari rezeki tanpa menghadapi apa-apa masalah pun. Meskipun tinggal dalam rumah hampir rebah di situlah terbentuk sebuah keluarga bahagia.

Yakin Pada Yang Esa

Hidup ini menjadi begitu indah andainya kita mengizinkan diri kita menjadi hamba yang sebenar-benarnya memahami kuasa Allah dalam menentukan segala-galanya. Apabila kita yakin Allah sentiasa bersama orang yang sabar dan syukur, kita akan berusaha menjadi manusia yang lunak untuk menerima apa-apa juga halangan yang mendatang dengan menyantuninya, seadanya.

Berbeza jika bersikap terlalu rakus, bukan sahaja otak sakit, badan pun penat, wajah pula cepat kerepot dan fizikal mudah terdedah pada penyakit.

Artikel: HM TUAH ISKANDAR al-Haj

 

 

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI