Bob Lokman meninggal dunia “terimalah segala amalannya, letakkanlah arwah dalam golongan Syuhada dan Siddiqin”. Salam takziah diucapkan buat keluarga pelakon, pelawak dan penulis lirik, Mohd Hakim @ Bob Lokman yang dilaporkan meninggal dunia di kediamannya di Kubang Kerian, Kota Bharu di Kelantan pada Jumaat pada usia 58 tahun.
Komen Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Berita sedih mengenai pemergian Allahyarham Bob Lokman itu disahkan oleh anak lelakinya, Ahmad Sufian.
Katanya arwah mengalami sesak nafas sejak Khamis malam sebelum menghembuskan nafas terakhir di rumah mereka sekitar pukul 2 petang, Jumaat.
“Semasa arwah ayah sesah nafas, abang dan ibu tiri saya berada di sisinya. Namun tidak lama kemudian ketika ahli keluarga berehat mereka dikejutkan dengan kematian arwah,’ katanya.
Untuk rekod, pada Jun lalu kesihatan Bob dilaporkan kurang baik di mana tahap penggunaan jantungnya kini hanya tinggal 10 peratus.
Arwah ketika itu bergantung pada alat bantuan jantung, Implantable Automatic Cardioverter Defibrilator (IADC).
Sejak beberapa tahun lalu, arwah Bob juga pernah menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, Kedah, akibat daripada masalah jantung.
Arwah juga pernah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), Pusat Rawatn Sultan Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (Sasmec@IIUM) di Kuantan, Pahang ekoran kesihatannya kembali menyusut akibat masalah buah pinggang.
Allahyarham dilahirkan pada tahun 1964 di Kubang Kerian Kelantan, beliau merupakan pelakon & penyanyi sejak tahun 1988.
Antara filem & drama lakonan beliau adalah Pi Mai Pi Mai Tang Tu, 2+1.com.my, Tentang Bulan Series, filem pertama beliau adalah Yes Tuan pada tahun 1996, Iskandar 2003, Jin Notti, Santau 2009, Zoo, Mantra 2010 dan Sekali Lagi 2011.
Bob Lokman juga adalah antara komposer dan penulis lirik hebat dan pernah menghasilkan lirik lagu popular Isabella.
Beliau meninggalkan seorang balu Puan Relawati Daud dan 8 orang anak (1 meninggal dunia)
Seperti mana diberitahu oleh Setiausaha Agung Seniman, Hafiz Nafiah, jenazah Allahyarham Bob Lokman kini berada di rumah arwah di Kubang Kerian Kelantan, Jenazah akan dibawa ke Hospital Kubang Kerian jam 6 petang untuk urusan seterusnya.
Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Balik Pulau Kubang Kerian Kelantan selepas solat Isyak hari ini.
Baca Disini : Andai Pergi Bob Lokman Mohon Maaf Pada Semua, “Ustaz Saya Nak Reda Allah”
Kongsi, Pemuda PAS Kawasan Dungun, menerima perkhabaran yang menyedihkan berkenaan kematian seorang artis yang cukup profilik, pendakwah yang sangat berjasa serta pejuang yang tidak putus-putus usaha dakwahnya iaitu abang Bob Lokman.
Pemuda PAS Kawasan Dungun antara pemuda kawasan yang banyak mendapat sentuhan dakwah daripada Abang Bob Lokman. Bayangkan sejak tahun 2011 lagi abang Bob telah turun berceramah di Dungun, Terengganu.
Susuk tubuh ini sanggup meninggalkan kemasyhuran dunia, hidup yang popular dan duit yang berlimpah ruah semata-mata untuk menginfakkan dirinya pada dakwah islam.
Ketika hidupnya dalam kemasyhuran bajunya berkilau-kilau, namun apabila tinggalkan kecanduan duniawi, bajunya simple dan biasanya hanya memakai baju pagoda.
Ketika hidupnya dalam kemasyhuran bajunya berkilau-kilau, namun apabila tinggalkan kecanduan duniawi, bajunya simple dan biasanya hanya memakai baju pagoda.
Teringat kisah seorang sahabat nabi S.A.W Hazrat Musaab Bin Umair, apabila syahid di medan Uhud, menangis Rasulullah S.A.W apabila melihat jasad Hazrat Musaab tidak cukup kain untuk menutup jasadnya.
Apbila ditutup mukanya terbuka kakinya dan apabila ditutup kakinya terbuka mukanya. Sedangkan ketika belum Islam Hazrat Musaab Bin Umair lah jejaka tampan paling mewah baju dan minyak wanginya.
Ya Allah kau damaikanlah Abang Bob Lokman di alam barzakh. Sesungguhnya kami bersaksi dia seorang yang istiqamah dalam perjuangan, mengorbankan segala-galanya untuk agamamu.
Malah, dia adalah insan yang ikhlas dalam perjuangan. Terimalah segala amalannya dan letakkanlah dia dalam golongan syuhada dan siddiqin.
Mingguan Wanita : Salam takziah buat keluarga Allahyarham Bob Lokman.
Sumber / Sumber Foto : SENIMAN
JEANS BURUK JANGAN BUANG, SERTAI KELAS JAHITAN MW & EPAL
Jom daftar sekarang!!! KELAS JAHITAN KREATIF
Klik link untuk daftar: https://toko.ideaktiv.com/product/kelas-jahitan-kreatif/
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif
#sewingworldgallery