Bisnes Ayam Kipuk Viral Akhirnya Tumbang, Pemilik Akur DBKL Arah Kosongkan Rumah

Share

Bisnes ayam kipuk viral akhirnya tumbang, pemilik akur DBKL arah kosongkan rumah. Selepas viral rider “berkampung” dan beratur panjang mengambil order pelanggan di tingkat 15, Taman Danau Kota Setapak, Kuala Lumpur, akhirnya pemilik perniagaan Ayam Kipuk Viral berkongsi, mereka diarahkan mengosongkan rumah sewaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)  segera.

Menurut Mawaddah Abu Bakar, dia akur apabila diarahkan mengosongkan rumah sewaan ini selepas pihak DBKL memaklumkan ada orang membuat aduan mengenai perniagaan yang diusahakan dari rumah itu.

Bisnes Ayam Kipuk Viral Akhirnya Tumbang

Dalam penjelasan Mawaddah di Grup B40 Buat Perangai Apa Hari Ini, akhirnya Ayam Kipuk tumbang dan dirinya juga sudah mengosongkan rumah flat tersebut.

“DBKL datang cakap ada orang report selepas viral. Tapi mungkin ini Allah mahu mengajar saya erti kesabaran dan ketabahan di atas dosa saya berniaga di rumah. Saya redha,” tulisnya.

Kata pengusahanya, Mawaddah Saya register dengan Grabfood dan Foodpanda under homechef, bukan under kedai. Saya tak jual di rumah kalau orang nak beli, bila orang lain buat homebased jual roti dan kek, saya cuba lah nasib jual nasi,” katanya.
Premis rumah sewaan dari DBKL ini sudah kosong selepas perniaannya viral di media sosial. Dia diarahkan mengosongkan kediamanya kerana ada orang buat aduan
Rumah kediamannya sudah dikosongkan sepenuhnya

Pemilik Akur DBKL Arah Kosongkan Rumah

Dalam pada itu, jelas Mawaddah, dia akan membawa ibu dan adiknya, seorang OKU balik ke kampung dahulu selain turut berkongsi rumah flat itu sudah pun kosong sepenuhnya.

“Saya akan bawa ibu dan adik OKU saya balik kampung dulu. Sabar yer mak, sabar yer dik, ujian hidup ini hanya sementara.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Wanita Warga Emas Ditahan Simbah Asid Pada Suami Isteri, Angkara Dengki Kedai Makan Laris

Dengki Bila Menantu Jaga Mentua Dengan Baik, Adik Beradik Sanggup SIHIR Supaya Bercerai Berai!

Isteri Tak Perlu ‘Dengki’ Suami, Jangan Mengungkit Sebab Masing-Masing Ada Tanggungjawab Tersendiri

Walau menerima ujian selepas bisnesnya ini diviralkan di media sosial, jelas Mawaddah, dirinya akan bangkit semula dengan memilih rumah kedai sebagai tempat penyediaan makanan.

“Kami akan pindah. InsyaAllah tempat yang lagi baik (shoplot atas tingkat 3). Saya akan suruh abang saya yang manage. Tq Abg rider, customer dan jiran-jiran semua yang selalu support kami.  Minggu depan kami akan bangkit,” katanya dalam perkongsian tersebut.

Perniagaan ayam kipuknya mula viral selepas ia di kongsikan dalam grup berkenaan sambal memaparkan ramai rider-rider beratur menunggu di luar rumah. Tulis seseorang, “Dasyat, tingkat 15 buat kedai jual nasi ayam gepuk, rider collect order, kena lift rosak rider rela naik tangga order banyak masuk,” tulis seorang netizen di Grup Facebook B40 Buat Perangai Apa Harini.

Sebelum ini, Mawaddah pernah memberi penjelasan bahawa dia  mendaftarkan perniagaannya sebagai homechef iaitu peniaga makanan dari rumah dalam aplikasi p-hailing.

“Saya register dengan Grabfood dan Foodpanda under homechef, bukan under kedai. Saya tak jual di rumah kalau orang nak beli, bila orang lain buat homebased jual roti dan kek, saya cuba lah nasib jual nasi,” katanya.

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Figura watak mak-mak dalam drama mahupun filem Malaysia.

 

 

 

 

 

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros