Biskut Susu ‘Alien’ Viral 4 Bahan Comel & Gebu, Memang Sedap Cair Di Mulut! Mak-Mak Kena Cuba

Share

Hanya dengan 4 bahan yang sedia ada didapur, sebenarnya mak-mak boleh buat Biskut Susu ‘Alien’ Viral ini.Menurut perkongsian MariaKhalisya Khalis di page grup masakan Masak Apa Hari ni (MAHN), resepi ini biasa-biasa sahaja dan dibuat pun untuk hiburkan dan aktiviti dengan anak-anak dirumah. Tapi yang pastinya ia memang sedap, gebu, rangup dan cair dimulut.

Berikut antara perkongsian beliau;

“Inila susah kalau dah ajar anak tengok group masak-masak semua nak suruh mama buat, alasan nak rasa..mama dah nak beranak sabtu ni nak oii. Tak pe layankan Biskut Susu viral. Tapi akak cuba yang 4 bahan.Memang sedap.Cair kat mulut.”

“Buat bentuk coklat Hershey sebab anak-anak suka coklat tu.Tapi kakak saya kata macam muka alien je. Kelakar sebelum bakar semua kurus ramping dah bakar semua kegebuan dan kecomelan.Sampai 2 dari kanan yang depan tu boleh pusing toleh tepi terkejut tengok member-member lain bertukar jadi gebu.

Ni resepi biskut susu 4 bahan.

Bahan-Bahan:

1/2buku Buttercup
1/2tin Susu pekat manis
400g(sepeket) Tepung jagung
4sudu makan Susu tepung (saya guna nespray)

Cara Membuat:

1. Adun semua bahan sampai jadi doh.
2. Kalau keras sangat tambah 2 sudu butter bagi lembut sikit.


3. Bila dah jadi doh bentukkan.Kalau bentuk macam saya, saya tambah coklat cip.

4.Bakar pada suhu 165-170c api bawah, selama 25 minit kalau bentuk macam saya.

Semoga bermanfaat, selamat mencuba!

Sumber: MariaKhalisya Khalis

Published by
Suhaidah Abd Wahab