
Isi Kandungan
ToggleHanya dengan 4 bahan yang sedia ada didapur, sebenarnya mak-mak boleh buat Biskut Susu ‘Alien’ Viral ini.Menurut perkongsian MariaKhalisya Khalis di page grup masakan Masak Apa Hari ni (MAHN), resepi ini biasa-biasa sahaja dan dibuat pun untuk hiburkan dan aktiviti dengan anak-anak dirumah. Tapi yang pastinya ia memang sedap, gebu, rangup dan cair dimulut.
Berikut antara perkongsian beliau;
“Inila susah kalau dah ajar anak tengok group masak-masak semua nak suruh mama buat, alasan nak rasa..mama dah nak beranak sabtu ni nak oii. Tak pe layankan Biskut Susu viral. Tapi akak cuba yang 4 bahan.Memang sedap.Cair kat mulut.”
“Buat bentuk coklat Hershey sebab anak-anak suka coklat tu.Tapi kakak saya kata macam muka alien je. Kelakar sebelum bakar semua kurus ramping dah bakar semua kegebuan dan kecomelan.Sampai 2 dari kanan yang depan tu boleh pusing toleh tepi terkejut tengok member-member lain bertukar jadi gebu.
Ni resepi biskut susu 4 bahan.
Bahan-Bahan:
1/2buku Buttercup
1/2tin Susu pekat manis
400g(sepeket) Tepung jagung
4sudu makan Susu tepung (saya guna nespray)
Cara Membuat:
1. Adun semua bahan sampai jadi doh.
2. Kalau keras sangat tambah 2 sudu butter bagi lembut sikit.
3. Bila dah jadi doh bentukkan.Kalau bentuk macam saya, saya tambah coklat cip.

4.Bakar pada suhu 165-170c api bawah, selama 25 minit kalau bentuk macam saya.
Semoga bermanfaat, selamat mencuba!
Sumber: MariaKhalisya Khalis
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Terbuai, Berombak. Takut, Tuhan Saja Tahu. Semua Berlari Keluar. Cari Tempat Selamat” PU Amin Rasai Gegaran Kedua Gempa Bumi

Isi Kandungan
Toggle“Terbuai, berombak. Takut, tuhan saja tahu. Semua berlari keluar. Cari tempat selamat” PU Amin rasai gegaran kedua gempa bumi. Innalillah semalam Turkiye sekali lagi alami gempa bumi kuat berskala 6.1 magnitud pada jam 1.04 pagi. Moga rahmat Allah sentiasa di bumi Turkiye.
Pendakwah bebas yang juga pemilik nama sebenar Mohamad Amirul Amin Maulana Lokman Hakim, 31 yang ketika itu berada di tempat kejadian akui pengalaman yang dirasai paling menakutkan dalam hidup.
“Terbuai, Berombak. Takut, Tuhan Saja Tahu”
Pu Amin dan pasukan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Iman Care telah berdepan dengan pengalaman menakutkan ketika menjayakan Misi Bantuan Gempa Bumi di Gaziantep, Turkiye.
Menerusi akaun Instagramnya, PU Amin merasai pengalaman tersebut ketika meninjau runtuhan di Gaziantep yang juga lokasi gempa bumi terbesar dalam sejarah.
“Update (perkembangan terkini) semasa buat semua yang bertanya. Tak sangka gegaran ini kembali lagi. Rasa terbuai, rasa berombak. Itulah situasinya.
“Dapat rasa pengalaman gegaran gempa bumi. Rasa takut tu Tuhan je tahu. Semua berlari keluar. Cari tempat selamat,” tulisnya.
“Moga Allah Lindungi Kita Semua”
Menerusi perkongsiannya yang sama, PU Amin memohon doa semua agar dilindungi Allah.
“Team (pasukan) kami sempat selamatkan diri. Moga Allah lindungi kita semua.
“Mohon doa semua agar kejadian ini tak berulang lagi dan semoga Misi Gempa Bumi Iman Care ini berjaya. Pada Allah kita berserah,” tulisnya lagi.
“Tawakal Hanya Pada Allah… Semoga Dipermudahkan Urusan Ustaz dan team” Warganet
Menerusi ruangan komen rakan artis dan juga warganet mendoakan yang terbaik buat PU Amin dan team.
Menyantuni Mangsa Gempa Bumi
PU Amin turut menjalankan misi kemanusiaan di sana. Malah sering berkongsi aktivitinya dan mendoakan agar anak-anak mangsa gempa bumi diberikan kekuatan untuk meneruskan kehidupan.
“Seronok nya dia dapat kasut baru. Kini jiwa nya penuh kesedihan.
“Trauma melanda hidup mereka. Tapi tetap kuat. Moga Syurga buat ahli keluarga mereka yang terkorban. Terima kasih Malaysia. @imancare2.0” luah PU Amin.

Sumber / Sumber Foto : Insatgram PU Amin
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
“Jangan terlampau cemburu, tok laki tak suka” kata Kak Cat. Nak tahu lagi tips yang dikongsikan Kak Cat untuk menarik perhatian encik suami? Apa lagi, jom tengok! Eh tapi, sebelum tu, sakit mata min tengok rantai emas 916 Sin Ter May yang Kak Cat pakai.. cantik betul, berkilau!
Nak rasa sampel biskut raya? Dapatkan KUPON BISKUT RAYA PERCUMA sekarang. Klik untuk kupon percuma: http://shorturl.at/hKOS2 atau imbas QR code pada poster.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
10 Anak Hanya Belajar Di Rumah, Berjaya Masuk Universiti Seawal Usia 13 Tahun!

Isi Kandungan
ToggleMenjadi impian mak ayah agar anak-anak berjaya dalam pelajaran, memasuki universiti dan menyambung peringkat tertinggi. Nmun siapa sangka, anak-anak boleh masuk universiti dengan lebih cepat, seawal usia 13 tahun meskipun hanya belajar di rumah.
Sepasang suami isteri dari Amerika Syarikat yang tidak menghantar kesemua 10 anak mereka ke sekolah formal berjaya menjadikan mereka bergelar pelajar universiti ketika berusia 13 tahun, lapor akhbar Metro UK kelmarin.
Pakar Pembelajaran Di Rumah
Kit Harding dan isterinya, Monalisa, bahkan turut mencipta nama sebagai pakar pembelajaran di rumah selepas anak-anak mereka berjaya menamatkan pengajian di peringkat sekolah dan universiti sebelum berusia 18 tahun.
Anak sulung pasangan itu, Hannah, 34, menjadi pakar matematik selepas memperoleh Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Auburn, Montgomery ketika berusia 17 tahun.
Kit dan Monalisa turut membesarkan ‘peguam termuda’, iaitu anak keenam mereka, Seth, 20, yang menerima kelayakan menerusi peperiksaan universiti dan profesional pada usia 19 tahun.
Anak Bukan Genius
Menurut Monalisa, anak-anaknya bukanlah genius, namun menegaskan bahawa kejayaan itu dicapai daripada keberkesanan pembelajaran dari rumah serta usaha keras mereka sendiri.
“Asas pembelajaran di rumah adalah amat berkesan dan sesiapa sahaja boleh melakukannya.
“Apabila anda membesarkan anak-anak dalam persekitaran di mana persekolahan di rumah dan kerja keras adalah normal, apabila mereka membesar, mereka secara semula jadi akan menyesuaikan diri dengan perkara itu,” katanya.
Pasangan itu turut mengembara ke beberapa buah negara untuk berkongsi pengalaman mereka dengan ibu bapa lain.
Baca Lagi Di Sini:
Nak Anak Bijak, Biasakan Bagi Makan Ikan 2 Kali Seminggu Berbanding Ayam Goreng
Mingguan wanita: Hebat sungguh, walupun hanya belajar secara tidak formal di rumah, kesemua anak-anak berjaya masuk ke universiti.
Sumber:Kosmo
SERTAI & DAFTAR SEKARANG KURSUS KEMAHIRAN ASAS BANGKIT WANITA:
Yuran murah dan berbaloi-baloi. Klik link di bawah ini:
Jahit Baju Kurung Pesak : https://toko.ideaktiv.com/product/jom-jahit-baju-kurung-buat-duit-jahit-di-rumah/
Cookies Viral : https://toko.ideaktiv.com/product/cookies-viral-buat-sampai-jadi/
Kuih Frozen : https://toko.ideaktiv.com/product/aneka-kuih-frozen/
Roti & Bun : https://toko.ideaktiv.com/product/asas-bakeri/
Untuk pertanyaan hubungi : 019632875
Mingguan Wanita boleh diikuti di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
Telegram Bangkit Wanita: https://t.me/bangkitwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ratu Rizky Nabila Minta Cerai Selepas 2 Hari Nikah, Tak Boleh Terus Hidup Dengan Suami Penipu

Ratu Rizky Nabila minta cerai selepas 2 hari nikah, tak boleh terus hidup dengan suami penipu. Satu tindakan berani untuk diri sendiri. Bahkan wajar dihargai kerana bukan mudah membuat satu keputusan besar begini. Tak ramai wanita memiliki kekuatan begini, hanya mereka yang miliki hati kental sahaja.
Hari ini, media heboh mengisahkan model terkenal Ratu Rizky Nabila yang menuntut cerai dari suaminya, Ibrahim Alhami berasal dari Libya yang mana mereka baru bernikah 26 November lalu.
Dia menuntut agar diceraikan kerana tidak mahu ada lagi sebarang hubungan dengan lelaki tersebut dan tak mungkin rujuk lagi. Kata Ratu Rizky Nabila, dia tidak boleh hidup dengan suami penipu.
Penipuan yang ramai lelaki di dunia lakukan semata-mata mahu mendapatkan wanita cantik dengan memberitahu dirinya memiliki kerjaya hebat sebagai pakar IT di Libya dan memiliki perniagaan berasaskan kecantikan di Indonesia.
Sedangkan selepas bernikah suaminya itu dilihat bersenang lenang goyang kaki tanpa melakukan sebarang kerja.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Dengki Bila Menantu Jaga Mentua Dengan Baik, Adik Beradik Sanggup SIHIR Supaya Bercerai Berai!
Gara-gara Kesilapan Sendiri, Pasangan Muda Merayu Kes Cerai Talak 3 Di Mahkamah
Jelas Ratu Rizky Nabila yang merupakan ibu tunggal anak tiga hasil perkongsian hidup dengan pemain bola sepak Alfath dari pasukan Persija di mana perkahwinan mereka musnah tahun lalu.
Tambahnya, dirinya memilih Ibrahim selepas seminggu berkenalan di sebuah aplikasi. Bermula dari mesej biasa namun akhirnya mereka terus rapat dan memilih untuk bernikah.
Dalam perkongsian di rancangan Pagi Pagi Ambyar, semalam dihostkan oleh Riam Ibram dan Caren Delano, Ratu Rizky membongkar rahsia perkahwinannya itu dan mengakui kesilapan dilakukanya itu.
“Kami berkahwin selepas seminggu berkenalan di sebuah aplikasi. Bermula dengan mesej biasa, terus kenal rapat dan kemudian nikah.

“Dia mengaku pakar IT di negaranya dan ada bisnes kecantikan di sini tetapi selepas nikah, dirinya dilihat goyang kaki tanpa risau tentang kerjanya,” katanya yang ditanya adakah dia sudah memeriksa latar belakang bekas suaminya itu ketika sesi taaruf.
Kata Ratu Rizky, dia diyakinkan oleh mereka yang ada di sekelilingnya tetapi ternyata semua itu tidak tepat dan dia langsung membuat cerita bahawa dirinya ada kekasih lain sebagai alasan cerai. Sedangkan dirinya tak boleh hidup dengan lelaki penipu,” katanya menjelaskan kisah hidupnya lebih kurang sama dengan dialami oleh Zaskia Gotik dan Vicky Prasetyo.
Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI