Biskut Sampan antara kuih ‘lejen’ dulu-dulu yang selalu disediakan waktu Hari Raya.Memang agak renyah untuk sediakan tapi berbaloi sedap.Kuihnya rangup, manis warna warni dan berbentuk seperti sampan. Mak-mak yang nak cuba buat sendiri untuk jualan atau makan sendiri untuk keluarga di rumah boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Iesya Sofea ini.
Berikut perkongsian tersebut;
Saya pernah post pasal biskut sampan nie. Ramai yang tanya resepi, ni saya ada bagi resepi.Saya halalkan untuk sahabat-sahabat yang nak buat jualan atau makan sendiri. Alhamdulillah setakat nie feedback customer saya tak pernah mengecewakan.
Bahan-Bahan:
Base(bawah) :
250g butter sejuk
2oz susu tepung fernleaf fullcream
16oz biscuit mix
#Kacau semua bahan nie sampai jadi doh
Inti:
3oz conflakes nestle
3oz almond nib
3oz mix fruit
3oz ceri hijau&merah(dadukan)
1.1oz kelapa kering
5sudu besar susu pekat f&n
Cara Membuat:
1. Mix semua bahan untuk base sampai jadi doh.
2. Mix semua bahan inti sampai sekata.Rasa ikut kemanisan yang kita nak.
2. Ambil doh letak dalam acuan. Picit kat tengah bagi jadi lekuk bentuk sampan. Kemudian ratakan dengan pisau buang lebihan doh pada acuan.
3. Selepas itu letak inti banyak mana yang nak.
4. Bakar suhu 170′ api atas bawah off kipas. Kalau nak lebih crunchy, bakar 10-20mnt api bawah sahaja. Nanti base bawah akan agak garing.
Agak renyah tapi berbaloi sedap. Selamat Mencuba!
Info Ekstra!
- 1 oz bersamaan 28.3 gram
Baca Lagi Di Sini:
Guna Kelapa Parut Disangai Keperangan RAHSIA Biskut Kelapa Jadi Wangi!
Tip PENTING Buat Biskut Elok Menjadi, Lebih Rangup & Tahan Lama!
Biskut Almond London Rasa Betul-Betul SEDAP,Resepi MUDAH Belajar Dari Kelas Berbayar
Mingguan Wanita: Teringat makan Biskut Sampan waktu Hari Raya. Biskut ni memang agak renyah nak buat tapi memang berbaloi sedap. Boleh lah kalau nak buat jualan atau makan sendiri di rumah.
Sumber: Iesya Sofea
Mingguan Wanita juga boleh diikuti di
YouTube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita
Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI