Biskut Raya Gergasi Cornflakes 15 Kg Tarik Perhatian Pengunjung FIESTA HOMEBAKERS USHA USHA BISKUT RAYA.
Fiesta Homebakers Usha-usha Biskut Raya anjuran Mingguan Wanita bersama penaja utama Central Sugars Refinery Sdn. Bhd (Gula CSR) serta penaja bersama marjerin Adela dan rakan kerjasama lain Fruttose, Ever Miracle Solutions (barangan Tupperware Brand, Cadbury dan penaja belon dekorasi, Omeiluth Party Expert berlangsung penuh meriah di Setia City Mall semalam.
Biarpun hanya sehari sahaja, namun fiesta yang dirasmikan oleh Yang Berhormat Hajjah Aiman Athirah Sabu, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) hadir bersama CEO NU Ideaktif, Syamil Fahim dan CFO Gula CSR iaitu Mohd Azahar Mohd Salleh bersama isteri memberi kenangan manis buat semua peserta.
Menghimpunkan 40 vendor usahawan biskut raya dengan hampir 10 ribu kupon sampel biskut raya diberikan secara percuma kepada pengunjung, dalam ucapan perasmian YB Hajjah Aiman Athirah berkata, usaha dilakukan Mingguan Wanita ini sangat disokong kerana membantu golongan wanita menerusi kempen Bangkit Wanita.
“Golongan B40 dan M40 antara yang terkesan dengan pandemik sebelum ini. Jadi usaha menghimpunkan golongan wanita dalam fiesta begini dengan bermula dari rumah menghasilkan biskut, ternyata ia satu usaha sangat baik kerana ia selari dengan usaha KPWKM yang turut mempunyai kempen Wanita Bangkit.
“Negara kita menyediakan banyak dana dalam membantu golongan wanita berpotensi untuk mencapai kejayaan dari segi ekonomi dan golongan wanita boleh merebut peluang memajukan diri dalam perniagaan menerusi dana disediakan,” katanya yang turut mengalu-alukan Mingguan Wanita datang ke Kementerian berbincang untuk program Bangkit Wanita.
Ads
Sementara itu, CEO Nu Ideaktiv, Syamil Fahim memaklumkan, selama lebih 40 tahun Mingguan Wanita berada di pasaran dengan jualan majalah dahulunya mencecah 160 ribu seminggu serta lebih 4 juta pembaca setia untuk media sosialnya terkini berjaya membawa suara wanita ke persada gemilang.
“Kempen Bangkit Wanita yang kita usahakan sejak 3 tahun lalu, dijayakan dengan pelbagai aktiviti menghimpunkan 40 pengusaha biskut raya dan moga usaha begini berterusan,” katanya semasa ucapan alu-aluan.
Dalam fiesta sehari semalam, selain promosi jualan dan tempahan biskut raya, banyak aktiviti pentas interaktif bersama pengunjung telah diadakan.
Menampilkan Hanif sebagai pengacara yang penuh lincah, penaja utama CSR turut memberikan pelbagai hadiah menarik di booth mereka. Dengan hanya follow laman sosial mereka, pengunjung menerima beg hadiah menarik di mana pelbagai produk Gula CSR diberikan secara percuma buat pengunjung bertuah.
Ads
Persembahan fiesta semalam dihangatkan dengan persembahan bertenaga dari Marsha Milan Londoh yang menyampaikan dua buah lagu iaitu Girls On Fire selain lagu popularnya, Kembali Terang.
Selain persembahan pentas dari Marsha, ada banyak aktiviti pentas berlangsung seperti demo bancuhan topping dekorasi biskut bersama pengasas Gula Cakery, Nor Arieni Adriena, pertandingan tekan-tekan semperit biskut raya, demo biskut raya kurang manis oleh pengasas Easy Bake Lab iaitu Cik Dayang, pertandingan susun-susun biskut raya, pertandingan tekan biskut semperit raya bersama Puan Hanani yang datang jauh dari Terengganu, happy hour dan banyak lagi di mana pengunjung selain membeli kuih raya dan membuat tempahan, mereka juga membawa pulang hadiah lumayan dan banyak disediakan pihak penganjur.
Turut diadakan, acara biskut raya terbesar oleh para pelajar kulinari dalam Pertandingan Biskut Raya Gergasi.
Sebanyak tiga universiti / kolej memasuki pertandingan ini terdiri dari Food Institute Of Malaysia (FIM), Saito University dan Institut Kemahiran Belia Negara Kemasek Kemaman Terengganu. 9 kumpulan telah bertanding melibatkan 36 penyertaan pelajar.
Kumpulan juri yang diketuai oleh Puan Norhayati dari Taylor Universiti, Puan Nor Arieni Adriena dari Gula Cakery dan Marsha sepakat memilih kumpulan Zucchero dari IKBN yang menghasilkan biskut Giant Golden Flakes seberat 15 kg.
Ads
Kumpulan Zucchero memenangi hadiah utama sebanyak RM700 serta nilaian RM10,000 bagi artikel mengenai sekolah masakan terbaik, hadiah iringan serta sijil penyertaan.
Pemenang kedua dan ketiga dimenangi oleh pelajar dari Food Institute Of Malaysia yang menerima wang tunai RM500 dan RM300. Bagi saguhati, hadiah sampingan dan sijil disediakan buat kesemua pelajar yang bertanding.
Fiesta diteruskan dengan pelbagai aktiviti bermula seawal jam 10 pagi dan menghampiri kemuncak acara pada jam 9 malam bila mana penganjur utama Gula CSR menawarkan hadiah lumayan sebanyak 36 kg gula Better Brown kepada vendor yang memenangi tiga kategori yang dipertandingkan iaitu vendor Paling Aktif Promosi Di Sosial Media, vendor Sampel Biskut Paling Laris dan vendor Booth Tercantik.
Yums Delicacies telah memenangi vendor paling aktif promosi di media sosial, diikuti Ayu Bakery bagi kategori sampel biskut paling laris sementara pemenang vendor booth tercantik jatuh kepada The Kelopak Bakes. Masing-masing teruja membawa 36 kg gula Better Brown yang sememangnya digunakan dalam pembuatan biskut raya untuk menambah rasa enak pada biskut.
Fiesta yang penuh kemetiahan dan warna-warni ini dijangka akan dianjurkan sekali lagi dengan tema yang berbeza pula. Hingga jumpa lagi di fiesta akan datang.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sekarang ni takkan jumpa telefon pintar dengan harga RM559 yang dilengkapi kelebihan skrin, bateri malah gaya lebih besar. Tawaran sebegini cuma ada pada telefon pintar, Huawei Y6p saja.
Selain talian internet yang lancar, kita pun perlukan telefon pintar yang ada bateri TAHAN LAMA, skrin telefon yang BESAR malah menawarkan gaya HEBAT.
HUAWEI Y6p ini ada semua itu. Dari kajian sebelum ini pun, bateri 4000mAh siri HUAWEI Y (HUAWEI Y9s) membolehkan anda melayari internet selama 10 jam, bermain permainan video untuk 9 jam malah boleh ‘on’ muzik seharian. Bayangkan lah ketahanan bateri siri HUAWEI Y9s ini dengan 5000mAh.
Bermakna, bila anda sedang membuat panggilan video, tak perlulah susah hati nak cari pengecas. Boleh saja ber’video call’ lama-lama. Lepas bercakap dengan atuk nenek di Hari Raya nanti boleh terus hubungi pula kawan-kawan di kampung.
Menariknya, HUAWEI Y6p ini didatangkan dengan tiga warna; Emerald Green, Phantom Purple dan the Midnight Black menjadikannya punya tarikan tersendiri. Konsep layar Dewdrop Display 6.3” dengan screen-to-body ratio mencapai 88.4%. Bermakna kuranglah gangguan ketika anda sedang menonton filem di telefon.
Rekaan pada belakang telefon pintar pun unik. Malah sesuai untuk apa saja gaya anda.
Gambar Yang Lebih Jelas Lagi Cantik
HUAWEI Y6p ini juga didatangkan dengan 13MP kamera belakang, termasuklah kamera wide-angle yang membolehkan anda mengambil gambar keseluruhan ahli keluarga. Tanpa bimbang ada yang terkeluar dari frame.
8MP yang dibangunkan dalam kamera depan membolehkan panggilan video menjadi lebih jelas dilihat oleh pihak lain. Haa.. lagi menarik video TikTok anda pun jadi lebih baik dan menyeronokkan. Sebab setiap gerakan kecil pun, boleh dirakam dengan baik.
Paling penting simpanan memori 64GB membolehkan sebanyak-banyak gambar dan video disimpan dengan baik. Ditambah pula dengan 15GB storan Cloud PERCUMA selama 12 bulan.
AppGallery Yang Lebih Selamat, Lebih Storan, Lebih Ganjaran
Terkini, AppGallery Huawei sudah pun dilengkapi dengan pelbagai aplikasi yang anda perlukan. Antaranya, Maybank2U, RHB Bank, PB Engage, Touch n go e-wallet, shoppe, lazada, Facbook, Whatsapp, Astro Go, Here WeGo dan lain-lain.
Dilengkapi dengan ciri 4 tahap keselamatan yang melindungi pelayar daripada malware ketika menggunakan aplikasi yang dimuat naik daripada AppGallery.
Mudahlah nak kirim duit Hari Raya untuk mak ayah di kampung, boleh juga sedekah pada anak-anak buah yang lain. Nak belikan baju raya online untuk mak ayah pun boleh dengan telefon pintar saja.
Ini Kelebihan AppGallery HUAWEI
√ Pelbagai faedah dan ganjaran yang boleh ditebus dari AppGallery √ Boleh gunakan aplikasi tanpa sekatan. Misalnya Google menyekat sesetengah aplikasi di sesetengah negara. Tetapi tidak di AppGallery Huawei. √ Jaminan lebih SELAMAT, lebih STORAN, lebih GANJARAN.
Apabila anda memuatnaik FindApps dari AppGallery, ia berfungsi sebagai hub untuk anda mencari aplikasi yang diinginkan dengan mudah. Misalnya, Grab, Facebook, Telegram, Facebook lite dapat dimuatnaik secara terus dari sumbernya.
Cara Beli Telefon Pintar HUAWEI Y6p Dengan Lebih Berbaloi
Dapatkan Huawei Y6p beserta Huawei Matepad T, Huawei Band 4 pro dengan harga RM3.69 sehari di sini
Matepad T membolehkan anda menonton file dengan lebih menyeronokkan, begitu juga Band 4 Pro ini membantu anda jalani kehidupan dengan lebih baik.
Nikmati 15GB storan Cloud PERCUMA selama 12 bulan, 1 bulan langganan PERCUMA untuk video HUAWEI dan penebusan VIU (penebusan boleh dibuat selepas 25 Mei – tertakluk pada siapa cepat, dia dapat)
Huawei juga menawarkan telefon pintar Y5p dengan harga RM359.
Ramadan ini, Huawei memberi tawaran harga menarik untuk produk terkini yang akan ada di pasaran mulai 16 Mei 2020. Ini termasuklah telefon pintar, tablet, komputer riba dan alat pembesar suara. Layari siniuntuk maklumat lanjut.
Dapatkan Huawei Y6p hari ini dengan harga cuma RM559 di sini
Untuk maklumat lanjut berkaitan Huawei AppGallery, layari sini
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Setiap wanita pasti ingin memiliki kulit yang cantik, gebu dan mulus. Jika anda perasan, semenjak dulu lagi, ramai wanita di luar sana yang mencemburui kecantikan wajah yang dimiliki oleh wanita Jepun.
Malah ramai yang tertanya-tanya bagaimanakah mereka kelihatan begitu sempurna, memiliki kulit yang cantik, lembut dan muda tidak kira usia mereka!
Bagi wanita di luar sana yang kagumi kecantikan wanita Jepun terdapat beberapa rahsia tentang mereka yang boleh anda cuba sendiri. Ini mudah diikuti dan hasilnya agak serupa.
Paling penting individu Jepun mempunyai kesedaran yang sangat tinggi dalam pengunaan produk kecantikan dan memilih jenama Hada Labo sebagai jenama penjagaan kulit. Malah Hada Labo Hydrating Lotion pula merupakan pilihan losyen nombor 1 di Jepun selama 16 tahun berturut-turut.
4 Rahsia Awet Muda Wanita Jepun!
Kebanyakkan wanita Jepun memiliki kulit yang halus, licin dan bersih. Mereka sangat memelihara kecantikan walau sudah berusia namun kelihatan muda dan berpenampilan sangat menawan. Antara rahsia kecantikan wanita Jepun yang menjadi inspirasi ramai;
Memberi Penghidratan Yang Mendalam Pada Kulit
Kekalkan Cara Yang Lebih Minimal
Gunakan Bahan Yang Terbukti Berkualiti
Gunakan Produk Yang Berkualiti
Jadi tidak hairanlah jika wanita Jepun sangat cantik walau mereka tidak bersolek tebal namun tetap berseri!
Wajib Ada Losyen Pelembap
Losyen pelembap juga adalah salah satu kemestian dalam rutin rejimen penjagaan kulit wajah wanita Jepun. Malah ia juga sebagai langkah pertama selepas mencuci muka.
Bagi wanita di luar sana anda tidak perlu risau jika ada masalah kulit wajah kusam dan tak bermaya sebabnya Hada Labo Hydrating Lotion ada penyelesaiannya!
Aplikasikan Hada Labo Hydrating Lotion bagi mencapai kulit yang cantik dan sempurna. Sebenarnya tak susahpun untuk mendapatkan kulit cantik yang lembap dan sihat. Penghidratan adalah kunci! Apabila kulit terhidrat, seseorang boleh mencapai cahaya semula jadi yang sihat, tidak berminyak, pori-pori menjadi lebih kecil, kulit lebih licin dan menggalakkan solekan tahan lebih lama.
Hidrasi Menyeluruh Kelembapan Berpanjangan
Gunakan Hada Labo Hydrating Lotion selepas mencuci wajah. Dapat membantu mempercepat penyerapan produk seterusnya.
Produk ini mengandungi 5 jenis Hyaluronic Acid, kulit akan dilengkapi dengan hidrasi menyeluruh dan bagi kelembapan berpanjangan. Ia juga mengandungi HA yang difermentasi pertama di dunia untuk memperkuat lapisan perlindungan kulit. Pastinya kulit anda akan kelihatan lebih bersinar.
Dengan mengamalkan produk ini membantu merawat masalah kulit seperti kekeringan, kusam, garis halus, jeragat dan masalah kulit yang lain. Malah kulit anda akan nampak ‘glowing’ dan pastinya mencapai kulit yang cantik dan sempurna.
Kecilkan Liang Pori
Hada Labo Hydrating juga mampu mengecilkan liang pori. Bukan itu saja malah mampu mengawal minyak dan mengecilkan liang pori sekaligus menjadikan kulit lebih lembut dan licin bak kulit bayi.
Hydrating Lotion juga merupakan langkah yang pertama untuk dapatkan kulit yang flawless dan glowing sebab ia mampu menyerap kelembapan untuk jadikan kulit kita lebih sihat. Jika kulit sudah sihat nak pakai apapun bukannya satu masalah. Selepas menggunakan produk jenama ini kulit memang terasa lebih licin lembap. Masalah kulit berminyak pun makin berkurang dan liang pori juga sudah semakin mengecil.
Mekap Tak Bercapuk
Penggunaan Hydrating Lotion ini juga merupakan asas penjagaan kulit wajah dengan memberikan kelembapan sekaligus membuatkan kulit wajah kita lebih sihat dan glowing ala-ala wanita Jepun. Paling penting sebelum menggunakan mekap pastikan anda sapukan losyen ini dan pastinya tidak akan bercapuk. Mekap pun akan kekal di wajah dan menarikkan aura kejelitaan anda!
Pastinya ibu-ibu pernah melalui saat kesukaran untuk memilih susu terbaik untuk anak mereka. Ditambah pula sekiranya anak-anak kurang menggemari susu tanpa perisa, makin sukar ibu untuk membuat pilihan memastikan anak-anak mendapat bekalan nutrien yang secukupnya untuk menyokong perkembangan otak dan tumbesaran Si Manja.
Ibu-ibu usah bimbang lagi!. Kini, Dugro Madu dengan resipi baharu lebih sedap dan memikat! Dugro Madu mempunyai rasa yang lazat, sesuai dengan cita rasa kanak-kanak. Ini memberi ketenangan kepada ibu bapa apabila Si Manja menikmati susu yang bukan sahaja lazat, tetapi juga berkhasiat.
Dengan aroma Madu yang lebih harum dan formulasi yang lebih berkrim, Dugro madu menjadi pilihan terbaik untuk Si Manja yang cerewet dengan rasa susu, menjadikan waktu makan lebih dinanti-nantikan.
Dugro Madu dengan Zat Besi Aktif
*1/3 kanak-kanak di Malaysia berisiko menghidap Anemia. Kekurangan Zat Besi (IDA) merupakan penyebab anemia yang paling kerap terjadi. Jika ibu bapa perasan anak sentiasa susah fokus atau kerap lesu, dia mungkin kekurangan Zat Besi. Namun kebanyakan kanak-kanak tidak menunjukkan apa-apa simptom IDA pada tahap awal.
Susu Dugro Zat Besi Aktif menyokong 3X Penyerapan Zat besi**, mengandungi DHA DHA dan memberi 21 vitamin & mineral untuk perkembangan 360° Si Manja. ^Berikan 3 gelas Dugro Madu sehari kepada Si Manja dengan Zat Besi Aktif untuk 100% keperluan Zat Besi.
Kombinasi pelbagai nutrien penting ini menjadikan Dugro Madu sebagai pilihan tepat ibu-ibu yang ingin memastikan Si Manja mendapat nutrien penting untuk menyokong perkembangan otak dan fizikal.
Dugro Madu dirumus melalui proses penyelidikan saintifik yang teliti, untuk memastikan setiap gelas susu yang dinikmati anak-anak mengandungi nutrisi terbaik yang menepati piawai antarabangsa.
Cubalah Resipi Dugro Madu Baharu hari ini – gabungan rasa hebat dan khasiat untuk Si Manja anda!
Berminat mendapatkan Dugro Madu Baharu?
Jangan lupa kunjungi Facebook Rasmi Dugro untuk jadual wet sampling Dugro Madu – Kini anda boleh bawa Si Manja mencubanya di kedai-kedai terpilih! Tawaran eksklusif menanti anda di dalam kedai, untuk masa terhad sahaja.
Anda juga boleh mendapatkan Dugro Madu Baharu di laman Shopee Rasmi Dugro –[https://bit.ly/3BieI0x] .
*Jalaludin MY et al. (2023). 38th Nutrition Society of Malaysia Scientific Conference, Kuala Lumpur, Malaysia.
**Dengan kombinasi optimum nisbah Vitamin C:Zat Besi antara 3 dan 4, dalam lingkungan yang disyorkan oleh WHO untuk meningkatkan penyerapan Zat Besi. ^3 gelas susu Dugro Madu 3 memberi 100% pengambilan zat harian Zat Besi (RNI Malaysia 2017) untuk kanak-kanak 1-3 tahun.
Sekeluarga dirempuh treler pemandu microsleep, ibu belum tahu anak meninggal kerap tanya mana anak sulung. Sebuah keluarga yang menaiki kereta proton saga mengalami detik...