Oven Rosak, Jangan Risau Bakar Biskut Raya Guna Kuali Saja, MOLEK Kejadiannya!

Share

Oven Rosak Jangan Risau Bakar Biskut Raya Guna Kuali Saja, Molek Kejadiannya! Pernah buat biskut raya bakar guna kuali tak? Ini kes oven tak ada atau mungkin rosak. Haaa… kreatif sungguh mak-mak bila nak dekat raya, apa pun jadi kalau betul caranya.

Nak dekat raya, mak-mak kena pandai berjimat. Kalau semua nak beli hari raya, memang kering lah duit poket. Jadi kalau mak-mak nak jimatkan bajet bab kuih raya, cuba guna idea yang dikongsi Puan Zalina Ina

ini.

Buat Biskut Raya Bakar Guna Kuali

Biskut tak hangus pun, malah elok sangat kejadiannya macam yang dibakar guna pembakar biskut elektrik.

Masa nak bakar biskut itu, mak-mak tak payah masukkan air pun. Biar kuali kosong macam itu dan api jangan kuat sangat.

Pastikan mak-mak letak benda yan boleh tampung tudung periuk atau dulang yang digunakan untuk letak biskut ya. Rujuk gambar.

Api pun perlahan sahaja, dan jangan lupa panaskn dulu macam oven ya.

Pastikan Api Perlahan

Masa untuk masak lama sikit diri oven. Kalau bawah biskut dah perang, boleh dah angkat. Janji api perlahan.

Sebab kuali dah panas, rasanya tak sampai 10 minit pun. Ikut jenis kuih juga ya.

Dan paling penting, jangan lupa tutup masa membakar biskut macam dalam gambar ini.

Nampak tak, tak jadi masalah pun kalau tak ada pembakar biskut rumah. Tetap boleh buat berbalang-balang biskut macam orang lain. Janji ada niat nak buat, selamat mencuba!

Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :
https://t.me/bangkitwanitaMW

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Published by
webadmin