Nampak gaya, biskut pisang montel ini mampu mencuri perhatian penggemar kacang sebab intinya memang ada kacang tanah campur gula.
Bukan sahaja comel, tapi kalau mak-mak nak buat memang mudah. Ikut sahaja cara yang Puan Zaimah Zakaria kongsikan ini.
170 gm butter
60 gm gula halus
2 biji kuning telur
1 sudu kecil esen pisang
Kacau dengan senduk saja semua bahan-bahan
300 gm tepung gandum
20 gm tepung jagung
20 gm susu tepung
Ayak semua bahan, masukkan ke dalam bahan A.
Uli sampai jadi doh, kalau nak sama besar timbang doh 10@15 gm.
Masukkan inti kacang tanah yang dicampur dengan gula.
Bentukkan doh jadi pisang.
Bakar pada suhu 170° selama 30 minit.
Coklat putih + pewarna lemon yellow
Dark coklat
Masak coklat guna kaedah double boil.
Celup biskut satu-satu ke dalam coklat. Coklat dah keras baru sapu dark coklat.