Biskut Lejen Almond London, 10 Tahun Guna Resipi Sama, Rupanya Ini Rahsia Badam Rangup & Sedap

Share

Setiap kali raya, Biskut Almond London selalunya memang jadi pilihan ramai. Baik mak-mak mahupun anak-anak sukakan biskut badam bersalut coklat ini. Almond London yang sedap dan menjadi apabila biskut dan badamnya rangup sempurna. Menerusi perkongsian oleh Rose Eatie Sofian, biskut Almond London ini dibuat jual dan telah 10 tahun gunakan resipi yang sama.Malah selalu ada permintaan terutama ketika raya.

“Cukup 10 tahun menggunakan resepi yang sama, sentiasa ada permintaan menjelang raya walaupun takde ribu-ribu keuntungan, rezeki selalu ada alhamdulillah.Malam tadi buat biskutnya pagi ni mencelup.”

Almond London

Bahan-Bahan:

250 gram buttercup
1/2 cawan gula
3 sudu besar susu tepung (takde takpe)
2 1/2 cawan tepung gandum
2 1/2 cawan tepung jagung
1 biji telur
1 sudu teh Esen vanilla
Badam biji secukupnya
Badam cincang secukupnya, (bakar 5 minit)
Untuk salut-coklat masakan secukupnya dan coco butter untuk cairkan

Cara Membuat:

1.Dalam 1 bekas masukkan mentega dan gula, kacau pakai senduk je. 2.Masukkn esen vanilla dan telur kacau rata.
3.Masukkan semua jenis tepung dan sebatikan.Kalau rasa lembik tambah tepung kalau rasa keras tambah butter.
4.Bakar suhu 180 selama 20 minit.

Untuk coklat gunakan teknik double boiler.

 

Tip Ekstra!

Badam digoreng dengan api yang kecil sampai ada bunyi meletup 3 kali ,toskan dan lap minyaknya kemudian bakar lebih kurang 20 minit, kalu tak nak buat cara ni nak bakar terus pun boleh, terpulang ya.

Macam senang je kan buat ikut resipi ni. Mak-mak boleh cuba sendiri buat kuih raya ni di rumah nanti.Senang je bahan-bahan pun tak banyak mana, malah lebih jimat dan puas hati buat sendiri.

Selamat Mencuba!

Sumber: Rose Eatie Sofian

Published by
Suhaidah Abd Wahab