‘Biskut Kuarantin’ Namanya, Resipi Campak-Campak Campur Je Semua Kacau Guna Senduk!

Share

Bila seharian duduk rumah, buntu juga dibuatnya. Anak-anak pula jenis kejap-kejap nak minta makanan. Mak-mak boleh buat resipi biskut mudah ni. Main campak-campak je, campur je semua bahan-bahan dan kacau guna senduk. Senang sangat.

Ini resipi yang dikongsikan oleh Puan Nazura Hamidi
sebagai rujukan.

“Biskut kuarantin namanye. Duduk umah tak tak de buat apa..tengok cite Korea dari pagi ke petang pun bosan jugak.Resepi campak-campak cikdu jula hahaha.”

Bahan-Bahan:

1 ¹/² cawan tepung gandum
¹/² sudu kecil soda bikabonat
¹/² buku buttercup
Secubit garam
1 biji telur
1 cawan Choc chip
Esen vanila
1 cawan gula perang

Cara Membuat:

1.Campur je semua bahan-bahan tu guna senduk je.

2. Ambil sedikit dan letak pada dulang pembakar.

3. Bakar 160° (api atas bawah) 20 ke 25 minit.

Siap! Selamat Mencuba!

Baca Lagi Di Sini:
Samperit Cheese Unicorn, Tak Pakai Mixer Kacau Dengan Senduk Boleh Jadi

MW: Cuti di rumah, boleh cuba resipi ni buat dengan anak-anak. Mudah je, anak-anak mesti suka!

Sumber: Nazura Hamidi

Published by
Suhaidah Abd Wahab