Biskut Cornflakes Nestum Rangup Paling Simple, Tak Guna Tepung Langsung!

Share

Hujung minggu atau musim cuti sekolah, bila anak-anak ada di rumah, mak-mak memang kena sediakan macam-macam makanan. Sebab anak selalu lapar minta macam-macam makanan. Selain hidangan makan berat, kena ada juga kudapan sampingan macam Biskut Cornflakes Nestum ni. Anak-anak gerenti suka lebih-lebih lagi sebab guna cornflakes dan nestum.

Cara nak buat biskut ni pun cukup mudah dan bahan-bahannya pun tak banyak.Lebih menarik, biskut ni rangup dan tak menggunakan tepung langsung seperti dalam kebanyakkan resipi.

Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Nor Zahidah Kamal ini sebagai rujukan.

“Biskut paling simple dan sedap,tak dapat banyak pun sebab baru keluar oven 2 hero dah amik seorang dekat 3 keping. Resepi dekat bawah ya saya share resepi biskut nya. Saya panggil biskut conflakes nestum or biskut diet,sebab kalau lapar makan biskut ini jadi kenyang.”

Bahan-Bahan:

300g Cornflakes (beli dekat bakery je,kalau nak guna yang kotak pun boleh terpulang)
500g atau 1 peket nestum
6 sudu makan madu
250g atau 1 cawan majerin cap Pelangai (nak guna butter cup ke apa tak kisah)
1/4 cawan gula aising (kalau suka manis boleh tambah,ini sebab mak dan abah tak makan manis kena kurangkan)

Cara Membuat:

1. Ramas conflakes sehingga hancur (ramas manja-manja je) selepas itu masukkan nestum.
2. Gaul madu, gula dan majerin sehingga sebati (guna senduk je)
3. Kemudian masukkan majerin, madu dan gula yang dah sebati ke dalam conflakes dan nestum tadi.
4. Gaul sehingga kelihatan melekat dan basah-basah sikit.
5. Masukkan ke dalam acuan mini muffin dan padatkan dengan cawan.

6. Bakar pada suhu 200°c selama 10 minit.Bergantung pada oven masing-masing (panaskan oven selama 10 minit sebelum tu ye).

Siap! Selamat Mencuba.

Baca Lagi Di Sini: Puding Biskut Cream Crackers Sedap 3 Bahan, Lembut & Lemak Manis!

MW: Mudahnya nak buat biskut Cornflakes Nestum ni. Tak kira anak-anak atau mak-mak pun mesti suka.

Sumber :Nor Zahidah Kamal

Published by
Suhaidah Abd Wahab