Biskut BUAH KANA Legend Ramai PM Minta Resipi, Dihalalkan Buat Meniaga

Share

Biskut Buah Kana ‘legend’ ramai PM minta resipi,dihalalkan buat meniaga. Bagi penggemar biskut-biskut lama, Biskut Buah Kana ini antara biskut nostalgia yang cukup popular zaman mak-mak dan nenek-nenek kita dahulu.

Rasanya memang sedap, rangup berlemak dan manis dengan inti jem. Malah bahan-bahan yang digunakan tak banyak, sesuai sangat jika nak buat makan sendiri, atau dijadikan sumber pendapatan untuk meniaga.

Boleh cuba resipi Biskut Buah Kana seperti yang dikongsikan oleh Puan Mashitah Amin ini.

Resepi Biskut Buah Kana legend ramai yang pm saya nak resepi biskut ni. Resepi nya di bawah ye.

Bahan-Bahan:

1 ketul butter (saya guna pure butter)
Dua cawan tepung gandum (tambah Jika doh masih lembik)
Satu cawan gula aising
Satu cawan tepung custard
Satu cawan tepung jagung
Satu biji kuning telur
Satu sudu kecil esen vanilla

Cara Membuat:

1. Mix butter+gula aising+telur+asen vanilla .
2. Masukkan tepung gandum dan jagung. Uli sampai jdi doh ye.
3. Sapukan tepung gandum dekat acuan supaya senang nak keluarkan adunan yang dimasukkan dalam acuan tadi.

Boleh beli acuan buah kana murah di sini:

4. Kemudian bakar, suhu ikut oven masing2 (15-25minit).

5. Keluarkan dari oven dan biarkan sehingga sejuk, baru sapu inti kegemaran masing-masing. (Saya guna jem strawberry, saya halal kan resepi ini untuk dibuat meniaga ye.)

 

Semoga Bermanfaat, Selamat Mencuba!

Mesti Baca:Ramai Orang Suka, 30 Tahun Lamanya Guna Resipi ‘Chocolate Chip Almond Cookies’
Baca Lagi Di Sini:Wanita Ini Turunkan Resipi 25 Tahun, Royal Pineapple Cheese Tart Gebu & Cair Dalam Mulut Yang Dibuat Niaga
Artikel Menarik:‘BISKUT DATIN’ Rasa Macam Kuih Tart, Buat Lebih Senang Cepat Siap!

Mingguan Wanita: Rindu betul dengan biskut lama-lama macam biskut buah kana ni. Boleh lah buat makan sendiri di rumah nanti.

Sumber:Mashitah Amin

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

JEANS BURUK JANGAN BUANG, SERTAI KELAS JAHITAN MW & EPAL

Jom daftar sekarang!!! KELAS JAHITAN KREATIF

Klik link untuk daftar: https://toko.ideaktiv.com/product/kelas-jahitan-kreatif/

Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.

Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.

Projek 1: Denim Tote Bag

Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.

Projek 2: Shopping Bag

Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.

Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.

#kelasjahitankreatif
#sewingworldgallery

Published by
Suhaidah Abd Wahab