Biskut Buah Kana ‘legend’ ramai PM minta resipi,dihalalkan buat meniaga. Bagi penggemar biskut-biskut lama, Biskut Buah Kana ini antara biskut nostalgia yang cukup popular zaman mak-mak dan nenek-nenek kita dahulu.
Rasanya memang sedap, rangup berlemak dan manis dengan inti jem. Malah bahan-bahan yang digunakan tak banyak, sesuai sangat jika nak buat makan sendiri, atau dijadikan sumber pendapatan untuk meniaga.
Boleh cuba resipi Biskut Buah Kana seperti yang dikongsikan oleh Puan Mashitah Aminini.
Resepi Biskut Buah Kana legend ramai yang pm saya nak resepi biskut ni. Resepi nya di bawah ye.
Bahan-Bahan:
1 ketul butter (saya guna pure butter)
Dua cawan tepung gandum (tambah Jika doh masih lembik)
Satu cawan gula aising
Satu cawan tepung custard
Satu cawan tepung jagung
Satu biji kuning telur
Satu sudu kecil esen vanilla
Cara Membuat:
1. Mix butter+gula aising+telur+asen vanilla .
2. Masukkan tepung gandum dan jagung. Uli sampai jdi doh ye.
3. Sapukan tepung gandum dekat acuan supaya senang nak keluarkan adunan yang dimasukkan dalam acuan tadi.
4. Kemudian bakar, suhu ikut oven masing2 (15-25minit).
5. Keluarkan dari oven dan biarkan sehingga sejuk, baru sapu inti kegemaran masing-masing. (Saya guna jem strawberry, saya halal kan resepi ini untuk dibuat meniaga ye.)
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif #sewingworldgallery
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Resipi pizza homemade. Selalunya hidangan ini menjadi kegemaran anak-anak. Mak kalau nak mudah pesan saja. Tapi kalau jenis rajin, boleh saja buat sendiri.
Rupanya, mak-mak boleh saja buat snediri resipi pizza homemade, tak perlu pun nak ke kedai makanan segera. Lagipun, kita ‘modified’ dari guna doh, kita pakai saja roti gardenia.
Rasanya pun tak adalah jauh beza dan mungkin juga resipi pizza homemade yang kita buat ini lebih sedap dari beli kat kedai.
Apa kata buat sendiri resipi ini di rumah. Jimat dan semestinya wajib cuba untuk hidangan keluarga.
Keenakan Nasi lemak selain pada nasinya yang berlemak, sambalnya juga perlu sedap merah berkilat dan pedas secukup rasa.
Ada pelbagai cara dan resipi untuk menghasilkan sambal tumis Nasi Lemak. Namun kalau nak dapatkan sambal Nasi Lemak yang cantik warna, merah berkilat dan sedap secukup rasa, cuba masukkan sedikit gula melaka.
Boleh cuba resipi Sambal Nasi Lemak yang dikongsikan oleh Nurul Shima ini.
Sambal nasi lemak, resepi turun temurun:
Bahan-Bahan:
3 sudu besar bawang merah kisar
3 sudu besar ikan bilis (mentah) kisar halus
7 sudu besar cili kering kisar
3 sudu besar gula melaka
5 sudu kecil garam
7 sudu besar air asam jawa
2 sudu besar gula putih
2 helai daun pandan
Cara Membuat:
1. Tumis bawang merah sampai naik bau wangi.
2. Masukkan ikan bilis yang dah dikisar. Kacau bagi sebati, jangan hangit.
3. Masukkan cili kering kisar. Kalau nak pedas, masukkan lagi cili kisar tu. Saya tak nak pedas sangat.
4. Masukkan gula melaka yang dah dihancurkan. Kacau sebati dan biarkan ia masak. Api tu jangan besar dan jangan kecik, just nice.
5. Dah nampak sambal tu merah berkilat, masukkan garam dan air asam jawa. Kacau dan biar ia mereneh.
6. Apabila sambal dah mula pekat, masukkan gula putih dan daun pandan. Kacau dan biarkan ia masak lagi.
Setelah 20 minit ia masak, dah boleh tutup api dan hidangkan.
InsyaAllah sambal nasi lemak cara saya ni tahan untuk beberapa hari dengan suhu bilik.
Info Ekstra!
Gula melaka tu main peranan bagi warna cantik.Gula melaka yang buat warna sambal jadi agak berkilat dibandingkan dengan gula putih.
Gula putih pun boleh tapi warna sambal tak berkilat cantik.
Saya Tak guna bawang putih. Saya tak nak sambal tu rasa tajam selepas masak.
Tak perlu letak air sebab nanti sambal tu pecah minyak, dah berair pun. Lagipun ada air asam jawa kan (bukan pes asam jawa yer).
Sambal nasi lemak, resepi turun temurun:
– Tumis 3 sudu bawang merah kisar sampai naik bau wangi.
– Masukkan 3 sudu besar ikan bilis yang dah dikisar. Kacau bagi sebati, jangan hangit.
– Masukkan 7 sudu besar cili kering kisar. Kalau nak pedas, masukkan lagi cili kisar tu.… pic.twitter.com/QkL5l3PTJ2
Mingguan Wanita: Cantik berkilat warna sambal nasi lemak ni, masam, manis pedas secukup rasa. Boleh cuba ikut resipi yang dikongsikan, sambal memang tahan lama walaupun letak pada suhu bilik.
Setiap kali memesan nasi kerabu, mahupun menyediakan sendiri hidangan itu, mesti ada solok lada. Ia menjadi penyedap dan penambah selera serta wajib ada dalam hidangan nasi kerabu.
Tidak semestinya solok lada ini menjadi kegemaran orang Kelantan sahaja, tetapi orang luar dari negeri Che Siti Wan Kembang ini pun ada yang suka dengan hidangan ini. Malah, ia tidaklah menjadi kewajipan untuk dihidangkan dengan asi kerabu kerana ia juga sedap dimakan dengan nasi putih bersama lauk pauk yang lain.
Ada sesetengah orang tertanya-tanya bagaimana untuk membuat solok lada. Bahan yang digunakan itu, lada mesti sama atau tidak dan tidak kurang juga kandungan yang perlu ada di dalamnya.
Jadi, bagi yang gemar makan nasi kerabu dengan solok lada. Perkongsian daripada Aishah Toke Kek ini boleh membantu untuk mak-mak buat sendiri. Bahan yang digunakan pun cukup mudah dan cilinya tak semestinya cili dari Siam, boleh juga guna cili hijau yang biasa dijual di pasar, Cuma mungkin kenikmatan cili itu kurang ummpp sikit.
Bahan-bahan: 20 biji lada solok 12 ekor ikan selayang 5 ulas bawang merah Kelapa parut putih 150ml santan untuk merebus
Cara Membuat:
1. Ambil isi ikan mentah yang di buang tulang
2. Belah memanjang lada dan buang biji.
3. Tumbuk bawang, bila sudah lumat masakan isi ikan mentah tumbuk lagi, masukkan kelapa parut. Tumbuk sehingga lumat.
5.Perasakan dengan garam dan gula.
6. Sumbat bahan inti ke dalam lada.
7. Rebus solok lada dengan sedikit santan. Bahagian dasar periuk jangan lupa alas dengan kubis/kacang panjang (nak elakkan solok hangit)
8. Rebus sehingga santan kering. Dah siap.
Selamat mencuba.
MW: Senang sangat kan. Bolehlah mak-mak cuba buat nanti. Tak semestinya kena makan dengan nasi kerabu. Makan dengan nasi putih bersama hidangan lain pun best jugak
Kanak-kanak tercekik gula-gula kritikal, ibu bapa pilu."Fahmi sedang berjuang untuk hidup. Seorang kanak-kanak lelaki yang tercekik gula-gula Gummy, dilaporkan dalam keadaan kritikal. Air matanya...