
Isi Kandungan
ToggleBiskut Susu Bandung yang menggunakan dua bahan ini pernah viral beberapa tahun lepas sebab rasanya sedap ala-ala kuih bangkit dan nak godek pun mudah.
Jadi bagi mak-mak yang masih tak ada idea nak buat biskut dan nak cuba buat biskut ini, boleh rujuk resepi yang dikongsi Puan Ain Kamis ini.
Bahan-bahan:
1 tin susu Bandung cap saji Rm3.70
1 bungkus tepung jagung Rm1.40 (tepung kena agak sendiri. Agak-agak uli jadi doh cantik, tak melekat kat tangan)
Cara Buat Biskut Susu Bandung
Bakar suhu 150, lebih kurang 20min. Agak-agak bawah dah kuning, dah masak la tu.
Kos nak buat biskut ini sangat ciput, tetapi hasil pulangan lumayan. 1 telap besar boleh dapat lebih 150pcs. Jimat sangat.
Haaa… rasanya malam raya pun boleh lagi nak pulun buat dan tengok gaya macam laku keras kalau hidang pada budak-budak. Comel dan sedap!
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Fungsi Baking Soda & Baking Powder, Ini Cara Sebenar Penggunaannya Barulah Resipi Menjadi!

Isi Kandungan
ToggleRamai yang keliru dengan fungsi Baking Soda dan Baking Powder, serta tidak tahu cara sebenar penggunaannya. Lebih-lebih lagi, jika jarang-jarang membuat kek mahupun mengadun biskut, serta tak biasa dengan bahan ini silap pilih ia mengakibatkan kek atau biskut yang diadun tidak menjadi.
Mungkin warna serbuknya putih kelihatan sama tapi sebenarnya kedua-dua bahan ini mempunyai peranan dan fungsi yang berbeza. Kedua-dua baking soda dan baking powder adalah agen penaik yang bermaksud apabila keduanya ditambah ke dalam bahan-bahan untuk dibakar, ia akan menghasilkan karbon dioksida dan menyebabkan doh naik.
Baking Soda
Nama kimia baking soda adalah sodium bikarbonat. Apabila bahan ini dicampur dengan kelembapan dan bahan berasid, tindak balas kimia yang berlaku akan menghasilkan buih-buih karbon dioksida yang akan mengembang dalam suhu oven, menyebabkan hasil bakeri turut mengembang atau naik.
Contoh bahan berasid termasuklah yogurt, coklat, buttermilk, madu dan sebagainya. TIndak balas kimia antara baking soda dan bahan-bahan lain berlaku sebaik sahaja ianya dicampur, jadi anda perlu membakarnya serta merta, atau produk bakeri/pastri anda tidak akan naik.
Baking Powder
Baking powder mengandungi sodium bikarbonat dan juga bahan-bahan lain seperti agen pengasid (krim tartar) serta agen pengering (selalunya kanji).
Terdapat 2 jenis baking powder, iaitu single-acting dan double-acting.
Jenis single-acting diaktifkan oleh kelembapan, jadi resipi yang menggunakan bahan ini perlu dibakar sejurus ia dicampur. Baking powder jenis double-acting mempunyai tindak balas kimia dalam 2 fasa, dan boleh dibiarkan sebentar sebelum dibakar.
Penggunaan double-acting baking powder akan membebaskan gas tertentu pada suhu bilik, namun sebahagian besar gas berkenaan terbebas selepas suhu doh di dalam oven meningkat.
Menentukan Penggunaan Baking Powder Atau Baking Soda Dalam Resipi
Sesetengah resipi menggunakan baking soda, sesetengah resipi yang lain menggunakan baking powder. Bahan mana yang perlu digunakan bergantung kepada bahan-bahan lain yang digunakan di dalam resipi.
Matlamat utama adalah untuk menghasilkan produk berkualiti yang sedap dan mempunyai tekstur yang enak. Baking soda adalah sejenis alkali (basic), jadi produk hasil penggunaana bahan ini sedikit pahit kecuali terdapat bahan berasid lain yang digunakan. Baking soda selalunya digunakan dalam resipi cookies.
Baking powder pula mengandungi kedua-dua bahan berasid dan beralkali, dan atas sebab ini, rasa hasil bakar secara keseluruhan adalah lebih neutral.Resipi yang menggunakan baking powder selalunya memerlukan bahan yang neutral rasanya, seperti susu. Baking powder adalah bahan asas dalam pembuatan kek dan biskut.
Pengganti Kedua Bahan Ini Dalam Resipi
Baking soda boleh digantikan dengan baking powder, namun kuantiti yang digunakan adalah lebih banyak dan akan memberi kesan terhadap rasa. Sebaliknya, baking powder tidak boleh digantikan dengan baking soda.
Baking soda itu sendiri kurang dari segi tahap asidnya untuk membuatkan sebiji kek kembang mahupun naik. Namun, anda boleh membuat baking powder anda sendiri sekiranya anda mempunyai baking soda dan krim tartar.
Caranya, campurkan 2 bahagian krim tartar untuk setiap bahagian baking soda (Kadar 2:1 untuk krim tartar:baking soda).
Jadi tunggu apa lagi, jom ke dapur untuk membakar kek, biskut dan cookies!
Semoga bermanfaat, kongsiakan juga buat wanita lain yang gemar membuat kek & biskut!
Rujukan: realsimple.com, thoughtco.com via iluminasi
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cara Masak Nasi Lemak Sukat Air Pakai Jari, Tak Lembik, Mudah Mesti Jadi!

Hidangan paling mudah, cepat dan anak-anak pun suka, tentulah masak nasi lemak. Inilah hidangan yang mungkin menjadi makanan wajib ada atas meja setiap pagi.
Namun, sekarang ini hidangan nasi lemak bukan untuk sarapan saja, tapi boleh dijadikan menu sepanjang hari. Memang tak jemu dimakan, nak-nak bila nasinya yang lemak berkrim dan sambalnya yang menjadi.
Kadang-kadang tak perlu lauk pelbagai pun untuk digandingkan dengan nasi lemak. Cukuplah dengan sambal, ikan bilis goreng, kacang, timun dan telur. Sudah lengkap.
Walau bagaimanapun, tak semua ‘lulus’ untuk masak nasi lemak. Terlebih air boleh jadi lembik dan terkurang akan mentah pula. Macam mana nak dapatkan sukatan yang betul supaya nasi lemak masak elok dan menjadi.
Ada sesetengah mak-mak lebih suka guna sukatan nisbah. Contohnya masak nasi lemak dengan jumlah pot dan sukatan air pun ikut pot yang bersesuaian. Tak kisahlah macam mana sekali pun, asalkan ia masak dan tidak mentah.
Bagi Azy Cullen pula, dia lebih ‘terror’ masak nasi lemak dengan sukat air menggunakan jari saja. Inilah yang paling senang dan mudah. Malah, diaturut kongsikan nasi lemak elok dan cantik berkilat ‘kejadian’nya.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Cendol Versi Tiada Mesin Parut Ais, Bekukan Dulu Santan & Susu!
Cara Mudah Buat Lemon Kering, Nak Minum Rendam Saja Dalam Air
Cara Masak Nasi Lemak Mudah & Menjadi!
“Inilah cara saya masak nasi lemak.
Insya Allah mudah dan senang. Pasti menjadi.
“Saya tak faham cara nak ikut nisbah. Cuma saya biasa ukur air guna jari. Nanti nasi masak elok dan tak mentah.
Cara-caranya:
1. Cuci beras sebersihnya.
2. Ini yang biasa saya buat. Mana bahan yang ada saja kat rumah. Saya pula jenis tak suka letak bawang.
3. Masukkan air dan santan. Selepas tuangkan santan, ukur air menggunakan jari telunjuk. Pastikan isi air sampai ke paras garisan pertama jari telunjuk. Tak boleh lebih dan tak boleh kurang. Kalau terkurang, nasi akan mentah dan terlebih pula akan jadi lembik.
4. Letak minyak masak untuk bagi nasi lemak jadi sebiji-sebiji. Cantik berkilat elok saja bila masak nanti.
5. Dah siap! Kalau tak nak santan berkumpul pada bahagian atas, sebelum nasi masak, gemburkan dulu.
Mingguan Wanita : Sedapnya! Selamat mencuba.
Sumber: Azy Cullen
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ini Rupanya Rahsia Sos Lada Hitam Marvellous, Lemak Berkrim Sesedap Rasa

Isi Kandungan
ToggleSos lada hitam sedap dinikmati bersama kambing bakar, ayam panggang, bebola daging dan sebagainya.Nak buat Sos lada hitam yang pedas, lemak berkrim sesedap rasa ada caranya tersendiri.
Mak-mak yang nak cuba buat sendiri di rumah, boleh cuba resepi Sos Black Pepper Maveloss oleh Puan Afy AL Habibi ini sebagai rujukan. Kelainan dalam resipi ini menggunakan sos spageti keju & Herba serta serbuk keju.Dijamin sos lada hitam tersebut sedap, terangkat!
Bahan-Bahan:
3/4 sudu besar Planta
1 ulas bawang putih (Diracik halus)
1 tin sos spageti keju & Herba
3/4 tin air suam
1 1/2 sudu besar serbuk cheese (Boleh beli di kedai bakery)
1/2 sudip kicap Jalen lemak manis
3/4 sudu besar serbuk lada hitam kisar
Cara Membuat:
1. Panaskan 3/4 sudu besar Planta dalam api kecil sahaja.Masukkan 1 ulas bawang putih yang telah diracik halus.Tumis sehingga naik bau.
2. Masukkan 1 tin sos spageti keju. Rasanya yang tentu power. Pilih yang botol kuning macam Afy tunjuk.Saiz tin paling kecil (250 gram kalau tak silap).Tambahkan air suam 3/4 tin.
3. Masukkan 1 1/2 sudu besar serbuk cheese. Kacau rata.
4. Tambahkan 1/2 sudip kicap Jalen lemak manis. * Jangan guna kicap masin.
5. Masukkan 3/4 sudu besar serbuk lada hitam kisar. Juga masukkan 3/4 sudu kecil gula ( boleh masuk sikit-sikit untuk langkah selamat).Kacau sebati.
6. Tutup api setelah semua rasa sebati.
Siap untuk sos black pepper maveloss! Betul, tak tipu!
Selamat mencuba!
MW: Menarik sungguh sos lada hitam yang dikongsikan ini.Kena cuba buat sendiri nanti. Lebih jimat, sedap & yakin dengan tahap kebersihannya.
Sumber: Afy AL Habibi
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI