Isi Kandungan
ToggleBiskut Susu Bandung yang menggunakan dua bahan ini pernah viral beberapa tahun lepas sebab rasanya sedap ala-ala kuih bangkit dan nak godek pun mudah.
Jadi bagi mak-mak yang masih tak ada idea nak buat biskut dan nak cuba buat biskut ini, boleh rujuk resepi yang dikongsi Puan Ain Kamis ini.
Bahan-bahan:
1 tin susu Bandung cap saji Rm3.70
1 bungkus tepung jagung Rm1.40 (tepung kena agak sendiri. Agak-agak uli jadi doh cantik, tak melekat kat tangan)
Cara Buat Biskut Susu Bandung
Bakar suhu 150, lebih kurang 20min. Agak-agak bawah dah kuning, dah masak la tu.
Kos nak buat biskut ini sangat ciput, tetapi hasil pulangan lumayan. 1 telap besar boleh dapat lebih 150pcs. Jimat sangat.
Haaa… rasanya malam raya pun boleh lagi nak pulun buat dan tengok gaya macam laku keras kalau hidang pada budak-budak. Comel dan sedap!
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Dulu Kopi Dalgona, Sekarang Giliran Kek Dalgona pulak Viral, Super Yummy!
Isi Kandungan
ToggleTak lama dulu, viral pasal Dalgona coffee. Boleh baca link ini;https://www.mingguanwanita.my/dalgona-latte-kopi-korea-viral-senang-whisk-pakai-garfu-pun-boleh/. Sekarang timbul pula resipi kek Dalgona yang super sedap.
Pasti kek ini akan menjadikan idaman keluarga kerana rasanya yang sedap dan teksturnya yang lembut. Kredit resipi asal: Azlina Ina, diolah & diadaptasi oleh: Raihatul Wardah @ raihawardah.
Silalah cuba ye, pasti termimpi-mimpi akan kesedapannya!
RESIPI KEK DALGONA
Bahan A (Bahan untuk krim Dalgona):
1 sudu besar Nescafe original
3 sudu besar gula pasir/kastor
3 sudu besar air panas (betul2 panas)
* kesemua bahan A dikacau dengan mixer sehingga kembang. Kacau ketika air masih panas supaya adunan lebih mudah kembang.
Bahan B:
3 biji telur A
1 cawan gula kastor (kurangkan sekiranya tak suka manis)
1/2 cawan susu segar/full cream/santan
1 cawan minyak jagung
Bahan C:
2 cawan tepung naik sendiri/ tepung gandum (perlu tambah satu sudu teh baking powder)
* Sekiranya nak dikukus, perlu letak baking soda.
Cara Membuat:
Bahan A: Satukan Nescafe, gula dan air panas kemudian adun menggunakan hand mixer sehingga kembang. Ketepikan.
Bahan B: Dalam mangkuk lain, masukkan telur dan gula, diikuti minyak jagung dan susu. Putarkan bahan-bahan tadi sehingga sebati dan kembang.
Kemudian masukkan pula Bahan C yang telah diayak ke dalam adunan tadi dan adun lagi. Setelah adunan sebati, masukkan bahan A yang telah diadun kembang tadi. Gunakan cara kaup balik dengan menggunakan senduk.
Panaskan oven selama 10 minit terlebih dahulu sebelum membakar. Alas loyang saiz 7 @ 8 inci, lapik dengan baking paper. Letakkan minyak di atas baking paper supaya tidak melekat. Setelah itu masukkan loyang ke dalam oven dengan suhu 160 darjah Celsius selama 45-50 minit. (Suhu adalah mengikut oven masing-masing). Kalau kukus, masa lebih kurang 40 minit.
Nak pastikan kek betul-betul masak, cucukkan lidi di tengah-tengah kek. Sekiranya lidi tersebut bersih dan tiada sisa kek pada lidi bermakna kek sudah benar-benar masak.
Setelah kek masak dan sejuk, boleh hiaskan dengan snow powder dan juga sos coklat ataupun apa saja yang sesuai dan digemari. Kemudian bolehlah potong..Hmm..lazat tak terkata!
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pizzagardenia Resipi Pizza Paling Mudah Nak Buat, Cepat & Sedap, Guna Kepingan Roti Je
Isi Kandungan
ToggleKalau teringin nak makan ala-ala pizza, mak-mak boleh cuba resipi pizzagardenia ini,mudah sangat. Jika selalu nak buat pizza kena uli dohnya dulu sebagai ‘base’ lapisan bawah, tapi kali ni mak-mak boleh guna kepingan roti je. Jadi kalau ada lebihan roti kat rumah tu, jemu hanya disapu jem atau dibakar begitu sahaja, mak-mak bolehlah cuba resipi ini iya.
Berikut resipi Pizzagardenia oleh Jewel Ecah sebagai panduan;
Bahan-Bahan:
Roti gardenia
Sos tomato / tomato puri
Kepingan keju cheddar
Keju mozarella
Sosej , ayam, tuna (ikut suka)
Lada benggala (k.ecah takda ganti cili biasa)
Cara Membuat:
1.Susun roti atas aluminium foil dan sapu dengan sos tomato.
2.Susunkan kepingan keju cheddar atas sapuan sos tomato tadi.
3.Tabuq la apa-apa yang hampa suka. Ayam, cabai, tuna ka, Lada benggala. Kalau ada cendawan atau nenas lagi sedap.
4.Akhir sekali taboq keju mozarela kalau nak bagi nampak cantik bila tarik.. sedap pulak tu.
5.Tadaaa dah siap.Kak ecah bakaq api bawah dulu 160c dalam 10 minit, lepas tu sambung api atas bawah 10 min.Total 20 minit.
6.Yeay dah boleh makan. Hampa try lah.. Yummieh..
Siap! Selamat Mencuba!
Sumber: Jewel Ecah
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Roti Puri Tak Menang Tangan, Laku Keras Dibuat Niaga!
Isi Kandungan
ToggleResepi roti puri atau nama lainnya roti arab atau roti kembung ini dikongsikan peniaga yang dah 9 tahun berniaga di pasar. Katanya, waktu berniaga dulu boleh terjual sampai 300 ke 400 biji sehari.
“Memang laku keras. Sampai tak menang tangan,” kongsi pemilik resepi, Ustaz Farid Rashidi.
“Boleh cicah dengan Kari Ayam, Daging, Kambing, Kuah Dhal atau Sardin. Part kuah, isteri saya yang buat. Jadi, khas untuk rakan-rakan FB semua saya share. Nak makan sendiri boleh, niaga pun boleh.”
“Mana tahu, nanti ada yang terdesak boleh buat duit, menyara keluarga.”
Resepi Roti Arab/Puri Kembung
Baiklah, sebab ramai nak resepi Roti Arab/Puri/Kembung tu, jadi mehlah saya share resepinya.
Bahan-bahan:
1. Tepung 1kg.
2. Yis setengah paket. Rendam dalam air suam.
3. Mentega 1 senduk nasi tu.
4. Susu pekat 2 sudu, bukan 2 tin. (Tak nak letak pun tak apa)
5. Gula 2 ½ sudu.
6. Garam 1 ½ sudu.
7. Air. Yang ni sukatan suka hati. Ikut sedap time uli.
Cara membuat :
Baca Bismillah. Campur semua bahan kecuali air. Gaul santai, rileks je. Jangan stress muka tu. Senyum sikit.
Tuang air pelan-pelan. Tak payah kalut sangat. Kalut nak pi mana. Uli sampai tak melekat. Tak larat uli, suruh Encik Suami urutkan. Eh, ulikan.
Biar doh nampak licin, gebu kira ok. Tutup dan biarkan sejam dua.
Ok, dah cukup sejam. Tumbuk doh tu macam bertinju. Bulatkan. Leper dan gelekkan macam buat capati tu. Tabur tepung elak melekat.
Panaskan minyak bagi padu. Bila nak goreng, siramkan sikit roti tu sampai kembung. Agak kuning, angkatlah. Kang hangit pula ye.
Nak bakar pun boleh. Jimat minyak.
Ok dah siap! Boleh cicah dengan apa saja termasuk kari semalam tak habis, boleh perangat balik.
Ha, janji share tau. Kongsi sama dengan orang lain.
MW : Bolehlah dicuba waktu Perintah Kawalan Pergerakan ini. Dengarnya roti Gardenia pun dah stop bekalan di pasaran. Bolehlah masing-masing tunjuk skill. Buat roti sendiri.
Sumber/Foto : Farid Rashidi
Cari resepi waktu PKP di sini :
- Patuhi PKP, jadi tak payah keluar beli di kedai, buat sendiri roti jimat belanja
- Dalgona latte kopi Korea viral, senang whisk, pakai garfu pun boleh
- Biskut kuarantin namanya, resepi campak-campak, campur je semua kacau guna senduk
- Resepi roti kerca stail Siti Nurhaliza, menu kesukaan dalam family
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI