Ustaz Mujahidin Al Banjari dari Pusat Perubatan Islam Al-Mujahidin berkongsi manfaat mandi ais. Beliau sudah dua tiga hari belakangan ini tubuhnya tak berapa sihat. Biar pun dah makan ubat, sakit pinggang tak juga hilang.
Urutan pun dah cuba dibuat. Tetap sakitnya masih sama. Itu tandanya bisa dalam badan mungkin dah banyak sangat.
Jadi, ustaz ikhtiarkan terapi mandi ais. Dengan bantuan isteri, ustaz sediakan perkakasan dan tunjukkan cara. Berguna juga untuk sesiapa yang mahu mencuba.
“Suruh wife ambil limau nipis 9 biji, potong-potong.
Campurkan sedikit air kolah masjid.
Last sekali letak 1 pek ais. Lagi sejuk lagi bagus, ikut kemampuan sendiri.”
Kemudian, lanjutkan dengan bacaan mudah ini :
Al Fatihah 3x
Al ikhlas 3x
Selawat 3x
√ Selesai baca, mandilah. Lebihkan siram di belakang tengkuk dan tempat yang selalu sakit.
√ Bagus buat seminggu 3 kali.
Kalau lepas mandi anda muntah, itu tanda gangguan anda kronik. Jika hanya sedawa angin, badan anda ada angin yang tak elok dalam badan mengakibatkan bisa seluruh badan. Jika lepas mandi rasa lesu dan lemah, itu dalam proses pemulihan.
Sebelum ini banyak kali dah saya share tentang mandi Ais ini.
Amalkan selalu insyaAllah badan sihat.
Apa pun semua atas izin Allah.
Doakan kesihatan saya sembuh seperti sediakala, Ya Aamiin.
Semoga bermanfaat.
Baca sini :
Selepas dirugyah ‘gangguan’ itu, syukurlah pesakit ustaz tak perlu jalani pembedahan buang rahim.
Air garam dan lada hitam, penawar sakit kulit 3 hari kering sembuh
Sumber/Foto : Pusat Perubatan Islam Al-Mujahidin