Tahniah buat penyanyi rap yang juga anggota K-Clique, Tuju, yang telah berkongsi nama anak sulungnya Bintang Aiko bersama isteri, Loca B yang baru sahaja dilahirkan baru-baru ini.
Tuju dan Loca B pada Oktober lalu mendedahkan mereka sudah mendirikan rumah tangga, bagaimanapun memilih untuk tidak berkongsi tarikh sebenar perkahwinan mereka kerana lebih selesa bercakap soal kerjaya sahaja.
Perkhabaran itu dibuat oleh Tuju ketika temubual secara virtual dalam program MeleTOP bersama Nabil dan hos jemputan, Uyaina Arshad.
“Nama anak saya Bintang Aiko.
“Alhamdulillah, Loca B sekarang sedang berpantang di rumah. Bagaimanapun, selama dua minggu ini saya tidak dapat bersama anak yang baru lahir itu kerana kuarantin,” kongsi Tuju.
Difahamkan ketika ini, Tuju sedang dalam proses kuarantin diri selama 14 hari, meskipun ujian swab yang dilakukan Ahad lalu menunjukkan keputusan negatif.
“Selama 14 hari ini saya hanya kuarantin diri di rumah. Sepanjang tempoh itu saya akan meluangkan masa dengan buat lagu.
“Buat masa ini, fokus utama pada kesihatan saya dan keluarga,” katanya.
Baca Disini Juga:
“Allah SWT Makbulkan Doa Kalian Semua,” Alif Satar Umum Isteri, Anak Negatif COVID-19
Tuju merupakan antara penyanyi yang terlibat dengan program Muzik Muzik Separuh Akhir 35 baru-baru ini telah menjalani ujian swab dan proses kuarantin sebagai langkah berjaga-jaga selepas penyanyi Alif Satar yang turut serta dalam program sama disahkan positif Covid-19.
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
Sumber: Sinar Plus
Sumber Foto: Instagram Tuju & Loca B