Bimbang Tangisan Anak Ganggu Penumpang Lain. ‘Ibu Buat Permohonan Maaf ‘AWAL’, Sediakan Sampul Plastik.’

Share

Bimbang tangisan anak ganggu penumpang lain. ‘Ibu buat permohonan maaf ‘awal’, sediakan sampul plastik yang berisi gula-gula agar semua orang dapat menerima maafnya.

Begitulah kasihnya seorang ibu. Bimbang anaknya tidak mampu sesuaikan diri dalam penerbangan, dia sedari awal menyiapkan pek kemaafan atau sampul plastik untuk semua penumpang yang bersama-sama mereka.

Artikel Berkaitan: Anak Menangis Jangan Suruh Berhenti Segera, Emosi Mereka Boleh Terbantut

Bimbang Tangisan Anak

“Kuasa kasih sayang seorang ibu yang beradab dan menghormati penumpang lain.”

Itu antara pujian yang diberikan kepada seorang penumpang sebuah syarikat penerbangan yang membawa bersamanya bayi berusia empat bulan.

Seperti yang dilaporkan oleh portal Backpackers, seorang ibu telah menyediakan lebih 200 sampul plastik kepada penumpang lain kerana satu alasan.


Ganggu Penumpang Lain

Dirinya bimbang para penumpang di dalam kapal terbang dari Korea Selatan ke Amerika Syarikat yang mengambil masa tempoh 10 jam terganggu dengan tangisan anaknya.

Justeru, beliau menyediakan sampul plastik yang berisi gula-gula, gula-gula getah termasuk penyumbat telinga sebagai permintaan maaf awal.

Ibu Buat Permohonan Maaf ‘AWAL’

Malah pada masa sama, dia menulis sekeping nota yang berbunyi:

“Hello, saya Jun Woo. Saya berusia empat bulan dan saya ingin ke Amerika Syarikat pada hari ini bersama ibu dan nenek saya.
Saya sedikit gugup dan takut. Penerbangan pertama dalam hidup saya.”
“Saya takut tangisan saya akan menyebabkan gangguan kepada orang lain. Saya akan cuba untuk tetap tenang, tapi saya tidak boleh berjanji pada anda semua.
Sila gunakan jika suara saya terlalu kuat. Nikmati perjalanan anda. Terima kasih.’


Sediakan Sampul Plastik

Pemberian hadiah berkenaan yang disertakan dengan pesanan meraih perhatian ramai.

Rata-rata melahirkan rasa terharu dan memuji cara wanita tersebut yang disifatkan tinggi budi bahasa dan menghormati hak orang lain.


‘LOVE THE ATTITUDE’

Ini antara pujian yang diberi warga maya buat ibu ini.

Ingat, sebelum meminta orang memahami kita, kita harus memahami orang terlebih dahulu. ‘Love the attitude’.

Begitu berbahasa sang ibu. Semoga anak wanita berkenaan sentiasa menjadi insan yang baik dan tinggi adabnya.

Hidup di dalam tamadun yang tinggi. Simple, tetapi lihat betapa mahal perbuatan beliau.

Hebat ibu bayi ini. Respek! Berdasarkan pengalaman, kalau di dalam penerbangan kita, anak meraung dua jam, ibu hanya buat muka bangga. Tiada usaha langsung untuk pujuk si kecil.

Baca Juga Di Sini:

Anak Menangis Jangan Terus Jerit, Suruh Diam! Mungkin Anak Ingin Perhatian

Bila Mak-mak Mula Marah, Susah Senyum, Rasa Nak Pukul Anak Menangis, Mintalah Suami Time Off Sebab Itu Tanda Jiwa Kacau

Ikhtiar Untuk Anak Menangis Tengah Malam, Kembung Perut Dan Susah Tidur

Mingguan Wanita : Kadang-kadang karenah anak memang sukar diramal apatah lagi melibatkan perjalanan yang jauh dan berada di dalam kapal terbang. Sikap ibu memang patut dipuji kerana sedari awal dia mengambil langkah untuk memenangi hati semua orang. Terbaik!

Sumber : SinarPlus, BackPackerz

Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :
https://t.me/bangkitwanitaMW

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Published by
Nur Syazwani Mehat