Bimbang tangisan anak ganggu penumpang lain. ‘Ibu buat permohonan maaf ‘awal’, sediakan sampul plastik yang berisi gula-gula agar semua orang dapat menerima maafnya.
Begitulah kasihnya seorang ibu. Bimbang anaknya tidak mampu sesuaikan diri dalam penerbangan, dia sedari awal menyiapkan pek kemaafan atau sampul plastik untuk semua penumpang yang bersama-sama mereka.
“Kuasa kasih sayang seorang ibu yang beradab dan menghormati penumpang lain.”
Itu antara pujian yang diberikan kepada seorang penumpang sebuah syarikat penerbangan yang membawa bersamanya bayi berusia empat bulan.
Seperti yang dilaporkan oleh portal Backpackers, seorang ibu telah menyediakan lebih 200 sampul plastik kepada penumpang lain kerana satu alasan.
Ganggu Penumpang Lain
Dirinya bimbang para penumpang di dalam kapal terbang dari Korea Selatan ke Amerika Syarikat yang mengambil masa tempoh 10 jam terganggu dengan tangisan anaknya.
Justeru, beliau menyediakan sampul plastik yang berisi gula-gula, gula-gula getah termasuk penyumbat telinga sebagai permintaan maaf awal.
Ads
Ibu Buat Permohonan Maaf ‘AWAL’
Malah pada masa sama, dia menulis sekeping nota yang berbunyi:
“Hello, saya Jun Woo. Saya berusia empat bulan dan saya ingin ke Amerika Syarikat pada hari ini bersama ibu dan nenek saya. Saya sedikit gugup dan takut. Penerbangan pertama dalam hidup saya.” “Saya takut tangisan saya akan menyebabkan gangguan kepada orang lain. Saya akan cuba untuk tetap tenang, tapi saya tidak boleh berjanji pada anda semua. Sila gunakan jika suara saya terlalu kuat. Nikmati perjalanan anda. Terima kasih.’
Sediakan Sampul Plastik
Pemberian hadiah berkenaan yang disertakan dengan pesanan meraih perhatian ramai.
Rata-rata melahirkan rasa terharu dan memuji cara wanita tersebut yang disifatkan tinggi budi bahasa dan menghormati hak orang lain.
‘LOVE THE ATTITUDE’
Ini antara pujian yang diberi warga maya buat ibu ini.
Ingat, sebelum meminta orang memahami kita, kita harus memahami orang terlebih dahulu. ‘Love the attitude’.
Ads
Begitu berbahasa sang ibu. Semoga anak wanita berkenaan sentiasa menjadi insan yang baik dan tinggi adabnya.
Hidup di dalam tamadun yang tinggi. Simple, tetapi lihat betapa mahal perbuatan beliau.
Hebat ibu bayi ini. Respek! Berdasarkan pengalaman, kalau di dalam penerbangan kita, anak meraung dua jam, ibu hanya buat muka bangga. Tiada usaha langsung untuk pujuk si kecil.
Mingguan Wanita : Kadang-kadang karenah anak memang sukar diramal apatah lagi melibatkan perjalanan yang jauh dan berada di dalam kapal terbang. Sikap ibu memang patut dipuji kerana sedari awal dia mengambil langkah untuk memenangi hati semua orang. Terbaik!
Wahai suami isteri, berhati-hatilah ketika upload content di media sosial. Bukan semua perkara boleh dijadikan content di media sosial. Lagi-lagi melibatkan content ‘unboxing isteri’ apatah lagi ‘unboxing by husband.
Ustaz Farid Rashidi mengulas akan isu yang sedang trending ketika ini isteri diunboxing oleh suami sendiri atau pun ‘Unboxing Isteri’ di Tik Tok. Istilah yang selalu digunakan apabila membeli barang.
Sedih, bila isteri itu dah jadi macam barang. Isteri pula, jangan lah terlalu ‘lurus’ hingga hilang malu. Sebenarnya, ada perkara yang tak perlu pun nak beritahu orang lain.
Muncul trend Unboxing by Husband di TikTok. Entahlah, rasa kecewa, sedih semua ada. Saya tak ada akaun Tiktok pun, tapi bila viral di FB jadi terbacalah apa yang viral di sana.
Katanya trend pasangan pengantin muda baru nikah kemudian di unboxing oleh suami sendiri. Yang rakam isteri sendiri pula tu. Aduhai.
Selalu istilah ni orang guna bila beli barang. Tapi ini suami sendiri buat kat isteri. Seolah-olah isteri diperlakukan semacam barang pula. Astaghfirullahal Azim.
Demi sebuah content, malu dan maruah diri diselak sesuka hati. Ya benar hubungan suami isteri itu halal, tapi halal bukan bererti boleh mempertontonkan aksi intim suami isteri sebegitu. Hatta di depan anak-anak sekali pun. Rahsia dan aib rumahtangga perlu disimpan rapi.
Tugas Suami Jaga Isteri Dan Maruah Diri
Tugas suami ialah menjaga isteri dan maruahnya, mendidik serta memberi pengajaran berguna agar menjadi pembantu terbaik saat pelayaran bahtera rumahtangga. Bukan mengajar sesuatu yang pelik bercanggah dengan syariat Islam serta menjatuhkan maruah diri sebegitu.
Hati-hati, semua itu akan diperhitungkan. Ingat, amanah itu berat. Jenuh nak menanggungnya. Dan hidup bukan sekadar untuk suka-suka setiap masa. Ada batasnya ya.
Bukan batas ubi kentang, tapi batas syariat Islam.
#UFR
Mingguan Wanita : Biar pun ada yang kata sekadar buka jarum peniti, perlu difahamkan konsep ‘unboxing’ itu sendiri yang dengan kata mudahnya selak, buka satu persatu. Jangan mudah terikut-ikut. Berhati-hatilah bila berkongsi di media sosial wahai suami isteri.
‘Sleep divorce’ makin popular. Terbaru menerusi perkongsian doktor selebriti yang juga pempengaruh media sosial Dr Say Shazril berkongsi pendapat mengenai isu ‘sleep Divorce’.
Rupanya isu ‘sleep divorce’ atau tidur cerai ini popular dek kerana kesedaran orang ramai mengenai kepentingan tidur yang berkualiti. Jika tidak cukup tidur seseorang itu oleh mendapat pelbagai penyakit seperti sakit jantung, depression, imuniti merudum dan lain-lain.
‘Sleep Divorce’ Makin Popular
Seperti mana di kongsikan Dr Say Shazril dirinya juga baru saja belajar mengenai cerai tidur ini.
“Semalam masa tengah shoot dengan Dato Chef Wan, saya didedahkan dengan SLEEP DIVORCE. Macam mana boleh sampai ke topik ni adalah sebab growth rate kat Malaysia semakin merudum.
“Kadar kelahiran kat Malaysia bagi suku ketiga in 2024 jatuh 12% berbanding suku yang sama in 2023. Jadi kami bincang why. Selain daripada married couples opt for child free, salah satu yg baru saya belajar adalah Sleep Divorce. Walaupun sleep divorce ni tak directly membuatkan kadar kelahiran berkurangan tapi bagi saya macam ada kaitan. Pagi tadi bila saya buat poll pun 88% tak tahu apa itu SLEEP DIVORCE.
Pasangan Tidur Berasingan
“Sleep divorce ni maksudnya PASANGAN SUAMI ISTERI TIDUR BERASINGAN KATIL ATAU BILIK UNTUK MENINGKATKAN KUALITI TIDUR. Sebab apa ia makin popular? Pertama orang makin sedar kepentingan tidur yg berkualiti sebab poor sleep boleh buat macam-macam penyakit like sakit jantung, depression, imuniti merudum dan lain-lain.
“Selain tu normalisasi by public figures dan high level of stres antara penyumbang popularitinya. Penyebab utama couples buat cerai tidur ni? Pasangan berdengkur kuat, perbezaan pilihan suhu bilik, co-sleep dengan anak-anak yang menggangu tidur adalah antara sebab-sebab utama.
“Ikut kajian ada banyak kebaikan sleep divorce ni antaranya deeper sleep, kurang stress levels, meningkatkan daytime performance & kurangkan pertelingkahan sebab well rested couple akan kurang bergaduh over small matters.
Banyak Mendatangkan Kebaikan?
“Mengikut Islam pulak DIBENARKAN dengan syarat TAK MENJEJASKAN HUBUNGAN SUAMI ISTERI tu & TAK MENGABAIKAN NAFKAH. If u ask me, sy kurang bersetuju dengan sleep divorce ni takut lama kelamaan jadi selesa dan biasa tidur cerai yg mengakibatkan real cerai.
“But then again kalau ada effective communication antara pasangan mungkin betul sleep divorce ni banyak mendatangkan kebaikan,” kongsi Dr Say.
Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.
Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.
“Wanita dicipta Allah dari tulang rusuk yang berdekatan dengan hati untuk disayangi dan dicintai” Ustaz Don Daniyal kongsi nasihat dan doa buat para isteri yang berhadapan masalah rumah tangga. Paling penting wahai para isteri jika masalah kamu melibatkan keganasan bukan hanya berdoa sahaja tapi laporlah pada polis segera! Sayangilah diri anda dahulu! Jangan biarkan diri hidup dalam tekanan.
Pelakon veteran Normah Damanhuri atau lebih mesra dengan sapaan Mak Normah mendedahkan dirinya tak pernah ‘engkaukan’ anak-anak. Malah ayat yang keluar dari mulutnya sangat berlapik dan penuh sopan santun hingga anak-anak sangat menghormati dirinya. Malah sejak anak-anak kecil Mak Normah sangat manjakan anak-anak hinggakan hubungan antara mereka sangatlah akrab.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Perlu diingat ya mak ayah, Rapid Test Kit (antibodi) tak boleh digunakan untuk pengesahan Covid-19, sebaliknya hanya ujian RT-PCR memberi pengesahan yang tepat.
Ini kerana, ada sesetengah individu yang tidak bertanggungjawab menjual kit sebegini di pasaran. Sedangkan tindakan itu salah di sisi undang-undang. Inilah yang didedahkan oleh Dr Mohd Izzar Anwari Datuk Seri Abdul Khani dalam instagramnya.
Pengalaman Doktor Guna Rapid Test Kit (Antibodi)
Ini Dr. Ikram. Kawan baik dari kolej. Seorang pemain bola hebat. Kitorang teammates sejak kolej lagi. Malah dia seorang penyokong kelab Manchester United. Memang bijak.
Dia bekerja di hospital. Semasa minggu oncall, dia berjumpa banyak pesakit yang ada pelbagai latar belakang termasuk yang ada sejarah travel. Tapi Dr. Ikram sudah tentu melindungi dirinya betul-betul sebelum merawat pesakit-pesakit tu. Memang banyak risiko dia di hospital merawat pesakit-pesakit, sebab salah seorang daripada mereka MUNGKIN ada Covid-19 tanpa diketahui Dr. Ikram.
Selepas minggu oncall, Dr. Ikram DEMAM, LEMAH-LEMAH BADAN, dan SAKIT TEKAK. Terus panik sebab kalau kena Covid-19, dia sendiri boleh menjangkiti rakan-rakan di jabatannya, pesakit-pesakit dan ahli keluarga!
Jadi, Dr. Ikram ke klinik GP dan dan membuat ujian Covid-19 menggunakan RAPID TEST KIT (RTK) antibodi. Kejap je dapat result. Dan keputusannya POSITIF ! Dua kali test tu. Cuak kawan.
Dia kemudiannya ke hospital dan membuat ujian Covid-19 menggunakan RT-PCR di mana sampel diambil dari tekak (nasofarinks & orofarinks). Keputusan keluar dalam masa 48 jam sebab diproses di makmal. Jadi Dr. Ikram mengasingkan diri daripada anak isteri sehingga result keluar. Memang menakutkan. Dan akhirnya result dia NEGATIF!!. Alhamdulillah. Selamat Dr. Ikram.
Ujian Covid-19 Tak Boleh Menggunakan Rapid Test Kit
Apa yang saya nak sampaikan ialah Rapid Test Kit (antibodi) TIDAK BOLEH digunakan untuk pengesahan COVID-19!! Hanya ujian RT-PCR memberi pengesahan yang TEPAT.
So bila nak pergi buat ujian Covid-19 tu, pastikan buat RT-PCR. Mahal sikit dalam RM600-700. Tanyalah harga mana-mana hospital swasta. Tapi KKM tengah berusaha untuk mendapatkan RTK (antigen) yang lebih tepat dan cepat.
Dan ada siap jual RTK kat media sosial apakes? Bukan staf kesihatan pulak tu jual. Memang satu kesalahan. Jangan ambil kesempatan nak scam orang pada masa-masa macam ni. Harap korang faham beza RT-PCR dan RTK (antibodi) supaya scammer tak ambil kesempatan kat korang
Thank you, Dr. Ikram. Semoga dia dan keluarga sihat sentiasa. Mari mendoakan keselamatan dan kesihatan kita semua juga. Aminn #drizzarshares
MW : Ingat tu.. dalam pada nak cari rezeki, janganlah sampai menganiaya orang lain. Tak berkat nanti.