Bimbang, Andai Tak Bangun Semula Esok, Neelofa Buat 4 Amalan Ini Sebelum Tidur
Kredit Gambar : Instagram @neelofa/ @kasihneelofa

Bimbang dan takut andai diri tidak bangun semula dari tidur keesokan hari, Neelofa telah menjadikan habit atau rutin dalam mengamalkan 4 perkara sebelum melelapkan mata.

Melalui perkongsian Neelofa di Instagram @kasihneelofa, selebriti, pengacara dan usahawan berjaya ini, terdapat empat perkara yang dilakukan sebelum tidur.

Tulisnya, di dalam akaun Instagramnya,

“Empat perkara penting ini boleh kita lakukan mulai hari ini. Jadikan habit dan sebagai rutin.

“Andai diberi kesempatan bangun semula pagi esoknya, maka kita bersyukur.

“Andai dah tak bangun, sekurang-kurangnya kita sudah langsaikan segala sebelumnya.

IKLAN

“Mulai hari ini, okey, 1 Disember. Bismillah.”

Baca Ini lagi:
“Berat Tangan Ini Melepaskan Mu Sayang, Allah Kurniakan Pasangan Yang Baik” Doa Ibu Neelofa

Bimbang, Andai Tak Bangun Semula Esok, Neelofa Buat 4 Amalan Ini Sebelum Tidur
Kredit Gambar : Instagram @kasihneelofa

Berikut adalah 4 perkara yang akan dibuat oleh Neelofa sebelum tidur:

1-Selesaikan yang wajib (solat isyak).

IKLAN

2-Selesaikan semua konflik dengan manusia lain. Kalau tak boleh selesai, maafkan.

3-Ambil masa bercakap dengan Allah. Duduk seorang diri dan cakap apa yang kita lalui, Apa kita jumpa hari itu dan apa kita harapkan kebaikannya. Hanya bercakap sahaja.
Contoh: “ Ya Allah, hari ini aku berjumpa dengan seorang ini Ya Allah, baiknya dia, banyak dapat belajar daripadanya, lindungi dia Ya Allah.”

4-Selesaikan semua urusan besar. Tulislah pesanan atau wasiat bimbang-bimbang kita dah tak bangun esok hari.

IKLAN

Free Hair, Bertudung Fesyen Akhirnya Berniqab, Penghijrahan Neelofa Bukan Berlaku Satu Malam

Ibu Rasai Perasaan Luar Biasa, Ketika 9 Bulan Hamilkan Neelofa

Sumber/Foto: Instagram @neelofa / @kasihneelofa (Pertubuhan Kasih Neelofa).

Follow Mingguan Wanita
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI