“Bimbang anak mengamuk, hilang mood bergambar.” Ayah ini sanggup pakai rambut pink, berskirt tutu semata mata untuk menjaga mood anaknya yang mulai meragam.
Begitulah perangai anak anak, memang sukar diramal dan kadang kadang amat menguji kesabaran mak, ayah. Tindakan ayah ini mendapat pujian netizen kerana sanggup lakukan apa saja demi menjaga hati anaknya.
Seorang ayah di Manila, Filipina, sanggup memakai rambut palsu berwarna merah jambu dan berskirt tutu demi memastikan mood anak perempuannya tenang ketika satu sesi fotografi hari jadi, lapor portal Coconut News semalam.
Menurut Napoleon Soriano, anaknya iaitu, Felicity Isabella atau Ellie mula mengamuk ketika mereka sedang merakam kenangan sambutan hari lahir pertamanya, baru-baru ini.
Artikel Berkaitan:
Besarnya Pengorbanan, Biarkan Anak Ambil Dahulu, Lauk Yang Tertinggal Itulah Rezeki Ayah
Anak-anak Tak Minta, Tapi Ayahlah Kena Ada ‘Rasa’ Bawa Jalan-jalan
Aksi Soriano yang sanggup berpura-pura menjadi pari-pari demi mengembalikan keceriaan Ellie mendapat pujian pasukan jurugambar yang diupah bagi majlis tersebut.
Sungguh kental semangat ayahnya. (Faces Portraits / Napoleon Soriano).
“Tidak kira apa usaha ibu bapa untuk memastikan gambar cantik sempat dirakam, jika kanak-kanak mengamuk dan tiada mood, kami tidak mampu berbuat apa-apa.
“Namun ayah ini sangat kental, dia tidak mahu persiapan comel ini sia-sia maka dia sendiri yang jadi bahan prop,” tulis jurugambar itu di laman Facebook.
Menurut Soriano, kesediaannya menjadi ‘pari-pari’ dalam gambar majlis hari jadi anaknya hanyalah sekadar gurauan.
“Saya fikir daripada membazir lebih baik gunakan semua prop yang ada dan rakam kenangan tersendiri.
“Lagipun upah jurugambar dan perancang majlis adalah tidak murah,” jelasnya. – Agensi
Mingguan Wanita : Begitulah kasih ayah hingga ke hujung nyawa. Apatah lagi dengan anak perempuan, sang ayah pasti sanggup lakukan apa sahaja.
Sumber : Kosmo Online
Follow kami di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita