Bimbang Anak Masih Kecil, Ika Nabella Jadi Paranoid Sukar Tidur Malam

Share

Pelakon yang juga ibu kepada seorang anak, Ika Nabella akui kini dia masih berasa takut-takut untuk keluar bekerja dan melakukan aktiviti di luar rumah meski pun aktiviti penggambaran kini kembali berjalan seperti biasa.

Ika yang bakal muncul menerusi filem terbaru lakonannya yang berjudul, Takut Ke Tak, menerangkan buat masa ini dia hanya terlibat dengan penggambaran drama yang tertangguh semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), manakala untuk tawaran baharu, dia mengambil pendekatan untuk lebih selektif.

Puteri Aishah Positif Covid-19

“Terima Kasih Allah Memilihku Sebagai Pesakit Covid-19, Syukurku Merasa Nikmatnya” Ashraf Muslim

Seperti mana yang dipetik menerusi Sinar Plus Ika menerangkan;

“Buat masa sekarang saya hanya terlibat dengan penggambaran drama yang tertangguh disebabkan PKP.

“Untuk drama baharu, saya akui agak selektif memilih tawaran dalam situasi pandemik yang masih belum reda ini,” katanya.

Ika Nabella Takut & Risau

Malah Ika juga mengakui kini dia paranoid dengan berita berkaitan Covid-19

“Selepas mendapat tahu Ashraf Muslim dan Puteri Aishah disahkan positif Covid-19, saya terus rasa takut dan risau keadaan diri saya kerana turut terbabit dalam drama berkenaan.

“Walhal saya tidak terlibat dengan penggambaran di luar negara seperti mereka. Saya tiba-tiba jadi paranoid sehingga sukar nak tidur malam kerana banyak berfikir tentang perkara itu.

“Disebabkan itu, saya sehingga hari ini tidak boleh membaca berita tentang Covid-19. Hanya suami yang sesekali berkongsi tentang perkembangan pandemik itu jika ada yang perlu saya tahu,” sambungnya.

Pastikan Diri Dalam Keadaan Bersih, Barulah Ika Nabella Pegang Anak

Tambah Ika, dia juga tidak mahu memberi risiko kepada cahaya matanya, Muhammad Noah Zayn, yang kini beusia sembilan bulan dengan menghadkan aktiviti di luar rumah.

“Sejak kembali bekerja ini, setiap kali pulang ke rumah saya tidak akan terus pegang anak, sebaliknya akan pastikan diri dalam keadaan bersih dan selamat terlebih dahulu barulah saya mendekati anak.

“Walaupun saya lihat ramai dalam kalangan kita yang semakin relaks dalam fasa PKPP ini, saya tetap mengambil langkah berjaga-jaga kerana anak masih kecil,” beritahunya.

Bersama suami dan anak.

Sumber Foto: Instagram Ika Nabella
Sumber: https://sinarplus.sinarharian.com.my/hiburan
Untuk pautan yang lebih menarik sila ke Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita/

Published by
Norhayati Binti Suboh