Kecantikan

Bimbang Ada Risiko Covid-19, Boleh Buat Ujian Saringan Jangkitan Coronavirus Online

Share

Menerusi portal rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia, dicatatkan sehingga ke tarikh, 11 Mac 2020 sejumlah 149 kes Covid-19 disahkan positif, manakala 26 kes berjaya dipulihkan. Yang mana, tiada kematian dicatatkan.

Pagi ini, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan Covid-19 sebagai pandemik. Pandemik merujuk kepada penyakit berjangkit yang merebak melalui populasi manusia dan merentasi kawasan luas hingga melepasi sempadan negara dan benua, malah ke seluruh dunia.

Sekiranya, anda bimbang dijangkiti bawak Novel Coronavirus atau Covid-19 ini, boleh melakukan ujian saringan ringkas untuk mengetahui sama berisiko dijangkiti atau tidak.

Kementerian Kesihatan Malaysia dengan kerjasama portal DoctorOnCall telah menyediakan satu halaman khas bagi memudahkan rakyat Malaysia membuat ujian saringan penyakit Covid-19 ini.

Ujian Saringan Online

Sekiranya anda mempunyai simptom di bawah, segeralah berjumpa dengan doktor untuk dapatkan pengesahan.

1. Demam – Gejala ini tidak khusus hanya untuk 2019 Coronavirus Novel seperti yang anda ketahui. Demam boleh disebabkan oleh pelbagai kondisi perubatan seperti jangkitan kuman, sakit, kanser dan banyak lagi. Demam boleh muncul seawal 3-5 hari selepas seseorang itu dijangkiti dengan virus ini tetapi mungkin tidak dikesan oleh ramai orang jika suhu demam tidak terlalu tinggi.
2. Batuk – Seperti virus pernafasan lain seperti virus influenza, pesakit dengan 2019 Novel Coronavirus juga biasanya mempunyai gejala batuk kerana virus itu boleh menjangkiti saluran pernafasan dan menyebabkan kerengsaan.
3. Sesak nafas – Ini adalah hasil jangkitan saluran pernafasan yang lebih rendah atau radang paru-paru. Sesak nafas tidak boleh berlaku jika jangkitan hanya berada di saluran pernafasan atas seperti hidung dan tekak. Ini adalah salah satu gejala penting yang perlu diberi perhatian untuk orang yang berisiko tinggi terhadap jangkitan Novel Coronavirus 2019.
4. Sakit Badan – Gejala ini tidak diketahui sebab ia berlaku, tetapi ia boleh berpunca oleh pelbagai faktor seperti anemia (sel darah merah rendah), tekanan darah rendah atau disebabkan oleh jangkitan akut seperti jangkitan influenza.
5. Sakit Tekak – Sakit tekak tidaklah lazim berlaku dan bukan gejala utama untuk Novel Coronavirus 2019.
6. Sakit Kepala –

Sesetengah pesakit mungkin mempunyai gejala ini dan ianya tidak diketahui mengapa ia boleh berlaku.

Seseorang yang telah dijangkiti COVID-19 hanya akan menunjukkan gejala / tanda-tanda di atas selepas 14 hari. Namun sepanjang 14 hari itu, pesakit berpotensi menyebarkan penyakit tersebut.

Jika bimbang, adakah anda berisiko menghadapi jangkitan Covid-19, lakukan ujian saringan Coronavirus secara online di sini.

 

Tak Perlu Ke Hospital, Buat Ujian Pengesahan Covid-19 Di Rumah

Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan (KKM), Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menjelaskan orang ramai juga boleh menjalani ujian Covid-19 di rumah tanpa perlu pergi ke hospital. Pengambilan sampel akan dilakukan oleh pegawai perubatan dan paramedik swasta yang terlatih.

Sampel yang diambil akan dihantar ke makmal untuk analisis.

Perkhidmatan ini bagaimana pun tertakluk kepada bayaran yang dikenakan oleh pihak swasta. Difahamkan setiap ujian dikendalikan oleh tiga pegawai perubatan swasta melibatkan kos antara RM600 ke RM700.

Sekiranya, ujian mendapati positif Covid-19, pesakit akan dirujuk ke hospital kerajaan.

Di sini info lanjut bagaimana proses untuk ujian pengesahan Covid-19 dijalankan di rumah.

 

 

Senarai pihak swasta yang berkolaborasi dengan KKM untuk ujian pengesahan Covid-19 di rumah :

  • Bookdoc,
  • Pantai Premier Pathology Sdn Bhd,
  • Lablink (M) Sdn Bhd (KPJ),
  • Qualitas Medical Group Sdn Bhd,
  • Gleneagles Kuala Lumpur,
  • Hospital Pantai Kuala Lumpur,
  • Hospital Pantai Cheras,
  • Hospital Pantai Klang,
  • Hospital Pantai Ayer Keroh, Melaka,
  • Twin Tower Medical Centre,
  • KLCC dan
  • DoctorOnCall.

Anda hanya perlu memuatnaik aplikasi berkaitan dan layari laman web syarikat berkenaan untuk maklumat lanjut.

MW : Anda yang baru pulang dari luar negara, bolehlah cuba ujian saringan jangkitan Coronavirus online itu. Dan sebaiknya, mak ayah sentiasa amalkan langkah berjaga-jaga dan ikut saranan cegah Covid-19 sebagaimana yang disarankan oleh KKM ini.

 

 

Baca ini : Pesan ustazah, buat cara ini cegah Covid-19 bila berjumpa orang ramai.

Sumber/Foto : semakonline.com , doctoroncall.com.my, moh.gov.my, astroawani

Published by
Netty Ah Hiyer