Tak salah nak ajak isteri duduk sebumbung denga orang tua tetapi kena lah tahu isinya dulu. Mana yang dia kurang selesa, selesaikan dengan cara terbaik. Tak boleh ikut hati sendiri tanpa mengambil kira apa yang isteri rasa.
Macam situasi yang Firdaus Shakirin cuba sampaikan ini, siap ada selisih faham dalam rumah. Agak-agak isteri selesa tak nak duduk sebumbung? Nah, renungkan seminit!
Mengutamakan orang tua jangan sampai menganiaya isteri sendiri.
Tak semua perkara kita sebagai anak perlu angguk kepala dan tunduk patuh kepada bicara dan perintah mereka. Jika mereka merasakan sesuatu itu baik untuk mereka, tak semestinya sesuatu itu akan baik untuk kita juga dan jika mereka merasakan sesuatu itu tidak baik untuk mereka, tidak semestinya ianya juga tidak baik untuk kita.
Contohnya, kita dah pun beristeri tapi mertua berselisih faham dengan isteri kita, dia tak suka isteri kita sebab itu bukan pilihannya. Maka dia cari orang lain, dia suruh kita kahwin dengan perempuan tu. So, kita nak terus ikut? Nak kahwin dgn perempuan pilihan keluarga tu? Apa kesudahan dan pengakhiran untuk isteri kita?
Adakah kita rasa sesuatu yang baik untuk mereka akan baik untuk kita juga?
Kita nak tinggalkan isteri pilihan kita tu, cinta kita tu, yang dah bersusah payah dengan kita tu semata-mata untuk memuaskan kemahuan keluarga?
Same goes to if kita decide nak duduk asing, tak nak duduk sekali orang tua. Ianya bukan sebab kita terlalu mengikut cakap si isteri, tapi ianya merupakan salah satu daripada nafkah seorang suami kepada seorang isteri, iaitu menyediakan tempat tinggal yang selesa, yang boleh menjaga aurat isteri daripada pandangan ajnabi lain.
Tak semestinya kita kena cari rumah sampai berlainan negeri, berlainan negara, cukup sekadar sekampung atau taman sebelah daripada rumah orang tua kita. Kalau dapat betul-betul sebelah rumah orang tua kita lagi ok, asalkan bukan duduk sekali.
Kita still boleh buat tugas-tugas seorang anak, orang tua kita tinggal dalam lingkungan 10-20 minit je dari rumah kita. Isteri pun selesa di rumah yang kita tempatkan dia. Win-win situation right?
Halatuju rumahtangga kita, kita yang tentukan sendiri, kita nakhoda kepada kapal kita. Jangan biar orang lain yang kawal arah ke mana kapal kita harus berlayar.
Jadilah seorang suami yang bertanggungjawab, yang ada pendirian, yang tahu apa yang kita buat. Jangan smpai syurga yang kita cari, tapi neraka yang kita dapat.
Nauzubillah min zalik. Mohon dijauhkan.