Tidak dinafikan, bila terlalu lama pasangan memendam rasa, jika berlaku perkara kecil pun akan diperbesarkan kerana hati telah lama tersakiti.
Selama ini segala masalah hanya dipendam, tidak diluahkan apatah lagi diselesaikan. Jadi hari demi hari, masalah yang kecil menjadi besar hingga memberi kesan kepada hubungan suami, isteri.
Hubungan yang sedia dingin menjadi semakin dingin hingga kadang-kadang hanya tinggal gelaran suami, isteri tetapi rasa kasih dan cinta itu sudah lama pudar.
“Hmmm, dia balik dah…”
Berapa ramai yang bila mana dia nampak atau tengok pasangan dia, dia rasa tenang dan tenteram?
Kemudian, berapa ramai pula yang bila mana dia tengok pasangan dia, dia rasa tak tenang dan meluat?
Allah menciptakan kita ini berpasangan dan di antara tanda kekuasaan Allah ialah bila mana kita tengok pasangan kita, kita rasa tenang dan tenteram disebabkan kasih sayang yang wujud antara kita dengan dia…
Jadi kalau kita tak tenang dan rasa meluat dekat dia, itu apa?
Hubungan kita banyak sangat masalah… Lepas satu, satu…
Tak selesai lagi masalah lama, sudah muncul masalah baru dan yang pastinya, setiap masalah itu tidak diselesaikan melalui kaedah perbincangan, bertentangan dua mata, duduk semeja…
Ada pihak yang memendam rasa…
Baca Juga Di Sini :
Boleh Nak Tunjuk Sweet Suami Isteri Di Media Sosial, TAPI Janganlah Keterlaluan
Demi Rumahtangga, ‘Maaf’ Mampu Rendahkan Ego Suami Isteri Tapi Belum Tentu Dapat Dilupakan
Amalan Orang Lama Eratkan Hubungan Suami Isteri, Perkahwinan Berkekalan Hingga Hujung Usia
Nak Rumahtangga BARAKAH, Suami Isteri Kena Berebut Buat KEBAIKAN Bukannya Banyak Komplen
Bila kita memendam rasa, bila ada yang tak terluah, maka sedikit sebanyak, setiap apa yang berlaku dalam rumah tangga kita, walaupun sekecil perkara, ianya akan diperbesarkan disebabkan hati sudahpun terluka atau terasa… Jadi semua perkara dikaitkan, diungkitkan…
Perasaan terhadap pasangan sudah mula berkurangan…
Kasih sayang itu tak wujud walaupun tinggal serumah… Macam ada dinding antara kita dan pasangan… Kurang berkomunikasi, kurang bergurau, kurang bermesra, kurang bersembang…
Penyebab kenapa kurang itu ini adalah kerana kita tak luangkan masa bersama atau berdua dengan secukupnya…
Kita dan pasangan buat hal masing-masing… Oleh sebab itu bila kita tengok muka dia, kita ada dengan dia, kita rasa tak tenang, kita rasa tak tenteram, kita rasa meluat…
Kehadiran dia tu membuatkan kita tak seronok dan tak gembira…
Macam mana hendak tahu sama ada kita dan pasangan ini ok atau tak?
Cuba tengok bila dia tidak ada, apa yang kita rasa…
Mingguan Wanita : Bila wujudnya masalah dalam rumah tangga, cuba selesaikan cara baik dan jangan biarkan mak ayah terjerat dengan dendam serta ego. Jika hubungan tidak dapat diteruskan, noktahkan saja dan jangan biarkan hati terluka.
Sumber : Firdaus Shakirin
Untuk dapatkan info berkaitan kursus keusahawanan anjuran Mingguan Wanita, join telegram BANGKIT Wanita : https://t.me/bangkitwanitaMW
Mingguan Wanita juga boleh diikuti di
YouTube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita
Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita