Bila Tak Ada Air, Lima Perkara Ini Mak-mak Patut Dahulukan!

Share

Khas buat golongan mak-mak, antara air dan elektrik, mana satu anda rasa paling sengsara kalau bekalannya terputus??? Cer jawab, mungkin segelintir mak-mak lebih rela tak ada air daripada tiada elektrik. Saya pula memilih adalah lebih baik kedua-duanya tidak pernah terputus sesaat pun. Hahaha…

Sehari, dua ini mak-mak di sesetengah kawasan di sekitar Lembah Klang dilanda resah apabila bekalan air terputus. Bekalan air yang pada awalnya dijangka hanya terganggu selama tiga hari menjadi episod ngeri apabila menjadi enam hari. Golongan ibu terutamabnya memiliki anak yang ramai dan masih kecil antara individu paling cemas ketika ini.

Terpandang sahaja air, ibarat nak berlari maklumlah di rumah masing-masing bekalan air hanya bergantun g kepada tangki dan juga air tadahan yang sedang menyusut.

Saya sendiri tidak terkecuali, walaupun sejak telah mempersiapkan diri menadah air sama ada untuk mandi dan air tapis untuk diminum dan masak, tetapi akhirnya tidak cukup juga untuk bekalan dua dewasa dan empat kanak-kanak kecil di rumah.

Walaupun sedari awal, aktiviti memasak dihentikan serta-merta bimbang air tadahan habis, itu belum dicatu bilangan gayung untuk mandi dan meminta suami mandi di pejabatnya sebelum pulang ke rumah. Hari pertama hingga ke tiga, segalanya berjalan lancar.

Tetapi menjelang hari ke empat apabila air tangki habis langsung, dan tatkala membuka pili, hanya bisikan angin sahaja kedengaran. Aku selaku ibu rumah terus cemas secemasnya. Paling bimbang bila air untuk cebukkan anak habis langsung dan air minum untuk buat susu anak pula habis. Ini antara stok wajib air simpanan.

Dalam berfikir-fikir panjang, akhirnya kami suami, isteri sepakat untuk mandi di masjid bersama anak-anak. Jadi air tadahan yang sedikit itu boleh disimpan untuk buang air dan sebagainya. Hari ini mungkin saya akan mandi dahulu sebelum balik rumah petang nanti. Jadi kuranglah bahagian seorang, kikiki.

Antara tip yang perlu anda lakukan apabila tak ada air di rumah.

1. Hentikan acara memasak di dapur, beli sahaja untuk jimatkan air.
2. Basuh baju di dobi sahaja, jangan mengada-ngada cuci di rumah.
3. Simpan air secukupnya termasuklah dalam tong besar untuk mandi dan buang air.
4. Simpan jua air dalam botol mineral untuk mudahkan anak anda membawanya ke sekolah.
5. Gunakan pinggan, mangkuk pakai buang.

 

 

Published by
Syazwani Mehat