Bila Tahu Khasiat Raja Buah Durian Ini, Gerenti Inginkannya Siang Malam

Share

Siapa yang tak makan durian, cuba hadamkan khasiat raja buah durian yang dikongsikan ini. Biarpun ada orang yang samakan bau durian ini bak keju busuk. Percayalah, ianya sebenarnya bukan sekadar ada rasa enak, malah penuh dengan khasiat kebaikan.

Jika tidak, masakan ketika wabak Covid tahun 2020, rakyat Malaysia telah makan lebih 303 juta kilogram durian. Yang mana, nilaian itu bersamaan 75,000 ekor gajah. Haa.. betulkan durian itu memang jadi ‘kecintaan’ rakyat Malaysia.

Walaupun sebegitu ramai yang ‘cinta’. Ada juga menjadikan durian punca ‘penjarakan sosial’. Gara-gara baunya, rasanya malah kandungan lemaknya yang tinggi buat sesetengah elak menikmatinya.

Jangan tak tahu ya, raja buah durian ini sebenarnya kaya manfaat yang bagus untuk kesihatan pemakannya. Nak tahu apa khasiat raja buah durian ini, jom hadamkan.

4 Khasiat Raja Buah Durian Untuk Kesihatan

Pertama : Kaya Dengan Nutrisi

Menikmati durian dengan banyak pada musimnya boleh mendatangkan rasa muak. Mungkin juga disebabkan makan dengan terlalu banyak, dan terkenang kata-kata yang durian itu tidak menyihatkan.

Hakikatnya, durian itu sendiri mewah dengan nutrisi. Sebiji durian saja mengandungi sejumlah besar lemak sihat seperti alpukat. Alpukat ini membantu tubuh menyerap vitamin A, D, E dan K.

Biarpun kaya nutrisi, durian tetap perlu diambil secara bersederhana.

“Pokok Durian Musang King dipercayai berasal dari daerah Gua Musang di Kelantan. Sebab itulah dipanggil Musang King”

Kedua : Ada Darah Tinggi? Anda Mungkin Perlukan Durian Lagi Dan Lagi

Antara lain, khasiat raja buah durian ini merupakan sumber potasium yang sangat baik. Makanan tinggi potasium amat penting dalam menguruskan tekanan darah tinggi. Yang mana, kekurangan viramin ini boleh menjadi penyumbang utama penyakit kardiovaskular.

Potasium juga membantu meredakan ketegangan pada dinding saluran darah. Seterusnya membantu menurunkan tekanan darah. Jadi, hargailah kesihatan jantung anda dengan dos sihat dari raja buah ini.

“Durian D24 juga dikenali dengan nama Sultan. Disebabkan susahnya mahu mendapatkannya dahulu, menjadikan Durian D24 secara tradisi dikhaskan untuk royalti.”

Ketiga : Alami Sakit Sendi, Ambillah Durian Sebiji Dua

Durian ini tinggi vitamin C berbanding buah-buahan tempatan yang lainnya. Penting untuk anda ketahui bahawa vitamin C ini adalah juara antara juara apabila membicarakan soal vitamin.

Kekurangannya boleh menyebabkan sakit sendi. Sebaliknya, pengambilan yang mencukupi boleh membantu mengurangkan risiko kesakitan yang disebabkan kanser. Haa.. bila dah tahu khasiat ini, bolehlah tamatkan ‘penjarakan sosial durian’ di kalangan ahli keluarga kita itu ya.

“Bentuk Durian Udang Merah seakan daging melengkung, warnanya pula kelihatan merah jambu muda. Nampak macam udang merah yang dimasak kan! Sebab itu namanya Durian Udang Merah. Comel kan?”

Keempat : Membantu Pergerakan Usus

Selain banyaknya serat pada seulas durian, buah ini juga kaya dengan gula semula jadi. Yang mana ia boleh menapai dengan baik selepas terdedah kepada bakteria usus semasa penghadaman.

Dengan kata lainnya, ia bertindak sebagai ejen prebiotik.

Memberikan makanan kepada banyak bakteria kecil dalam usus anda. Dan menyokong fungsi pencernaan dan kesihatan kolon.

“Variasi durian tempatan yang paling mahal bukannya Durian King. Tetapi Durian Hitam. Harganya saja boleh melebihi RM100/kg berbanding Musang King RM70/kg.”

Fakta Bonus ‘Lagi Mengenai Khasiat Raja Buah Durian’

Walau anda tak gemar atau elak makan raja buah durian sekalipun, jelas sudah buah berduri ini sebegitu kaya dengan khasiat. Cuma, perlu diingatkan sekali lagi, bahawa KESEDERHANAAN itulah kuncinya.

Bersempena musim durian ini, Grab ingin membantu rakyat Malaysia mendapatkan bekalan durian ke rumah anda secara berterusan. Jadi, marilah tamatkan ‘penjarakan sosial durian’ ini.

Baik pencinta mahupun hater, kesudian Grab membawakan buah durian segar, manisan berperisa durian malah pewangi cegah bau durian terus ke pintu rumah, perlu anda sambut dengan baik.

Jadi, buatlah tempahan sekarang dari rakan kongsi niaga Grab ini; Durian Man SS2, Best Durian, Ah Teik Durian dan ramai lagi.

Untuk mendapatkan maklumat selanjutnya, layari : #GrabDurian #EndDurianDistancing

Dan boleh layari : https://www.grab.com/my/campaign/grabdurian-2022/

Baca : Tip Diraja Makan Durian, Cara Ini Buat Tangan Tak Berbau

 

Published by
Netty Ah Hiyer