Siapa yang tak makan durian, cuba hadamkan khasiat raja buah durian yang dikongsikan ini. Biarpun ada orang yang samakan bau durian ini bak keju busuk. Percayalah, ianya sebenarnya bukan sekadar ada rasa enak, malah penuh dengan khasiat kebaikan.
Jika tidak, masakan ketika wabak Covid tahun 2020, rakyat Malaysia telah makan lebih 303 juta kilogram durian. Yang mana, nilaian itu bersamaan 75,000 ekor gajah. Haa.. betulkan durian itu memang jadi ‘kecintaan’ rakyat Malaysia.
Walaupun sebegitu ramai yang ‘cinta’. Ada juga menjadikan durian punca ‘penjarakan sosial’. Gara-gara baunya, rasanya malah kandungan lemaknya yang tinggi buat sesetengah elak menikmatinya.
Jangan tak tahu ya, raja buah durian ini sebenarnya kaya manfaat yang bagus untuk kesihatan pemakannya. Nak tahu apa khasiat raja buah durian ini, jom hadamkan.
4 Khasiat Raja Buah Durian Untuk Kesihatan
Pertama : Kaya Dengan Nutrisi
Menikmati durian dengan banyak pada musimnya boleh mendatangkan rasa muak. Mungkin juga disebabkan makan dengan terlalu banyak, dan terkenang kata-kata yang durian itu tidak menyihatkan.
Hakikatnya, durian itu sendiri mewah dengan nutrisi. Sebiji durian saja mengandungi sejumlah besar lemak sihat seperti alpukat. Alpukat ini membantu tubuh menyerap vitamin A, D, E dan K.
Ads
Biarpun kaya nutrisi, durian tetap perlu diambil secara bersederhana.
“Pokok Durian Musang King dipercayai berasal dari daerah Gua Musang di Kelantan. Sebab itulah dipanggil Musang King”
Kedua : Ada Darah Tinggi? Anda Mungkin Perlukan Durian Lagi Dan Lagi
Antara lain, khasiat raja buah durian ini merupakan sumber potasium yang sangat baik. Makanan tinggi potasium amat penting dalam menguruskan tekanan darah tinggi. Yang mana, kekurangan viramin ini boleh menjadi penyumbang utama penyakit kardiovaskular.
Potasium juga membantu meredakan ketegangan pada dinding saluran darah. Seterusnya membantu menurunkan tekanan darah. Jadi, hargailah kesihatan jantung anda dengan dos sihat dari raja buah ini.
“Durian D24 juga dikenali dengan nama Sultan. Disebabkan susahnya mahu mendapatkannya dahulu, menjadikan Durian D24 secara tradisi dikhaskan untuk royalti.”
Ketiga : Alami Sakit Sendi, Ambillah Durian Sebiji Dua
Durian ini tinggi vitamin C berbanding buah-buahan tempatan yang lainnya. Penting untuk anda ketahui bahawa vitamin C ini adalah juara antara juara apabila membicarakan soal vitamin.
Kekurangannya boleh menyebabkan sakit sendi. Sebaliknya, pengambilan yang mencukupi boleh membantu mengurangkan risiko kesakitan yang disebabkan kanser. Haa.. bila dah tahu khasiat ini, bolehlah tamatkan ‘penjarakan sosial durian’ di kalangan ahli keluarga kita itu ya.
Ads
“Bentuk Durian Udang Merah seakan daging melengkung, warnanya pula kelihatan merah jambu muda. Nampak macam udang merah yang dimasak kan! Sebab itu namanya Durian Udang Merah. Comel kan?”
Keempat : Membantu Pergerakan Usus
Selain banyaknya serat pada seulas durian, buah ini juga kaya dengan gula semula jadi. Yang mana ia boleh menapai dengan baik selepas terdedah kepada bakteria usus semasa penghadaman.
Dengan kata lainnya, ia bertindak sebagai ejen prebiotik.
Memberikan makanan kepada banyak bakteria kecil dalam usus anda. Dan menyokong fungsi pencernaan dan kesihatan kolon.
“Variasi durian tempatan yang paling mahal bukannya Durian King. Tetapi Durian Hitam. Harganya saja boleh melebihi RM100/kg berbanding Musang King RM70/kg.”
Fakta Bonus ‘Lagi Mengenai Khasiat Raja Buah Durian’
Walau anda tak gemar atau elak makan raja buah durian sekalipun, jelas sudah buah berduri ini sebegitu kaya dengan khasiat. Cuma, perlu diingatkan sekali lagi, bahawa KESEDERHANAAN itulah kuncinya.
Ads
Bersempena musim durian ini, Grab ingin membantu rakyat Malaysia mendapatkan bekalan durian ke rumah anda secara berterusan. Jadi, marilah tamatkan ‘penjarakan sosial durian’ ini.
Baik pencinta mahupun hater, kesudian Grab membawakan buah durian segar, manisan berperisa durian malah pewangi cegah bau durian terus ke pintu rumah, perlu anda sambut dengan baik.
Jadi, buatlah tempahan sekarang dari rakan kongsi niaga Grab ini; Durian Man SS2, Best Durian, Ah Teik Durian dan ramai lagi.
Untuk mendapatkan maklumat selanjutnya, layari : #GrabDurian #EndDurianDistancing
Pengacara dan pelakon Siti Elizad Mohamad Sharifuddin memanfaatkan waktu duduk rumah dengan menghabiskan bacaan Al-Quran. Dan hari ini dia berkongsi rasa bahagia, apabila berjaya khatam Al-Quran di musim PKP ini.
Kongsinya di instagram miliknya, yang merakam gambar berdua dengan suami tercinta, Shamsul Baharin Rahman.
Tulisnya,
“Alhamdulillah, I got a chance to Khatam Quran untuk ‘musim PKP’ sesambil WFH (Work From Home). Inshaallah esok boleh mula yang baru pula untuk Ramadhan ni.”
“Aaaa, macam tak percaya lusa dah nak puasa. May this Ramadhan be successful for all of us & provide us with good & wealth.”
Doa Ini Tak Pernah Lekang Dari Kami – Siti Elizad
Siti Elizad dan suami sudah lima tahun mendirikan rumah tangga, dan masih berusaha untuk menimang cahaya mata. Malah, pengacara ini juga sudah pun menjalani rawatan IVF untuk mendapatkan zuriat.
Katanya, setiap masa doanya agar Allah memberikan rezeki anak tak pernah putus dari bibirnya. Malah doa inilah yang selalu dibaca oleh mereka berdua.
Wahai Tuhanku , Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik sempurna : sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan.”
“Selain doa-doa yang lain, inilah doa yang tak pernah lekang dari kami berdua.”
Harapannya sentiasa ada agar Allah memberikannya anak, sekurang-kurangnya seorang cahaya mata.
Pelakon, Yatt Hamzah berkongsi rasa hati. Betapa tak mudahnya mahu kekal dalam keputusan selepas ‘hijrah’. Meninggalkan dunia penuh glamour, istiqomah dengan memakai tudung, itulah keputusannya yang tak akan berubah.
Namun, untuk kekal dalam keputusan itu tidak mudah. Yatt berkongsi panduan, bagaimana dirinya mengatasi rasa terumbang ambing yang pernah dilalui sebelum ini.
Ada Yang Tanya, Ada Tak Rasa Nak Buka Tudung Balik?
Ramai sangat yang tanya, “Macam mana boleh Istiqomah lepas Hijrah?” “Susah tak nak istiqomah?” JAWAPANNYA, NAK BERUBAH JADI BAIK PUN DAH SUSAH. NAK ISTIQOMAH LAGI LAH SUSAH.
Tu belum lagi masuk yang bertanya masa awal-awal dulu, “Tak sayang ke dunia glamour?” “Ada tak rasa nak buka tudung balik?”
Allahu, dalam mimpi pun saya tak rela, tak sanggup. Wallahi.
Benar kata-kata Ulama, nak berubah kena kuat. Kena berkorban. Terlalu banyak pengorbanan. Kalau tak Hijrah dulu, pasti masih ligat dengan dunia hiburan lagi sekarang. Pasti masih lagi hanyut dan leka.
Alhamdulillah Allah sayang, Allah bantu hamba-hambaNya yang benar-benar serius dan tekad nak berubah. Berubah kerana Allah semata-mata, bukan sebab lain. Tiada motif lain. NO, tak boleh ada motif lain melainkan LILLAHITAALA.
Ini Cara Yatt Hamzah Mantain Hati Istiqomah
Caranya? Seriously tak mudah. Tapi buat sikit-sikit, pelan-pelan janji selalu buat. Mantain buat. 1st yg saya buat dulu.
Cari kawan-kawan yang Soleh Solehah. Bila ada dengan diorang memang akan ikut style diorang. Betul kata Nabi SAW, akhlak kita ditentukan oleh akhlak kawan kita.
Cara fikir, cara cakap, cara pakai, cara tulis mereka memang terkesan pada kita. Kalau boleh nak jadi sama baik atau lebih baik dari mereka.
Prof Muhaya kata, takpe berlumba-lumba dan bersaing dalam soal kebaikan. Ada dengan mereka ni, hati tenang, jaga solat, jaga Quran, jaga lisan, selalu ke masjid, cari ilmu.
Memang confirm akan istiqomah selagi kita bersama dengan mereka ni. Sebab kita akan saling tegur dan mengingatkan teguran Allah.
So cari kawan Soleh Solehah ni dulu. Tak perlu ramai dapat satu pun jadilah. Kalau dah jumpa jaga mereka ni betul-betul sampai bila-bila, jangan pernah lepaskan. Sebab kebaikan-kebaikan lain akan menyusul satu-satu. Carilah. Percayalah. In Shaa Allah.
Hijrah Dan Istiqomah Tak Mudah, Tapi Jangan Pernah Mengalah
The moment kita mengalah, SYAITAN IBLIS DAH MELOMPAT GEMBIRA, MISI MENYESATKAN DAH TERCAPAI. JALAN KE SYURGA DAH KEMBALI SAMAR.
Doakan kita semua kuat. Berubah jadi lebih baik dan ajak ramai lagi jadi baik bukan pandang rendah dan kondem orang sesuka hati. Gunakan the POWER OF LOVE yang Nabi SAW ajar. Sama-sama nak masuk Syurga kan.
Nikmati makanan tinggi kalori setiap hari, untungnya wanita ini masih kurus & sihat! Tak semua wanita bernasib baik seperti wanita ini, jarang-jarang berlaku.
Nikmati Makanan Tinggi Kalori Setiap Hari
Seorang wanita dari Britain menjadi sensasi internet kerana menikmati pelbagai makanan yang mengandungi sehingga 5,000 kcal kalori sehari namun dalam masa sama, masih mengekalkan saiz badan yang kurus, lapor akhbar Metro UK semalam.
Sabrina Moore, sering berkongsi di TikTok tentang bagaimana dia membelanjakan hampir £900 (RM5,107) sebulan untuk menikmati pelbagai makanan berkalori tinggi.
Tabiatnya itu bagaimanapun seolah-olah tidak memberi kesan kepada kesihatannya kerana dia mempunyai Indeks Jisim Badan (BMI) sebanyak 21 dengan ketinggian 180.3 sentimeter.
Untungnya Wanita Ini Masih Kurus & Sihat!
“Saya seorang yang kuat makan. Saya sering cuba untuk makan dalam kuantiti banyak seperti bapa kerana dia ialah idola saya. Keluarga kami merupakan penggemar makanan.
“Saya sering membungkus makanan atau keluar makan setiap hari pada waktu minum petang. Saya juga banyak memakan snek selain menikmati beberapa bar coklat selepas bersarapan,” katanya.
Selain itu, Moore berkata, dia sememangnya seorang yang kurus secara semula jadi.
“Saya memang kurus secara semula jadi dan tidak perlu pergi ke gimnasium,” ujarnya.
Disebabkan tabiat pemakanannya itu, Moore mengumpul lebih 341,000 pengikut di TikTok yang kagum dengan penampilannya. – AGENSI
Mingguan Wanita : Kurus bukan keutamaan, yang penting sihat. Paling penting dalam pengambilan makanan, jangan berlebihan bimbang kesihatan terjejas jika tidak dikawal dalam masa jangka panjang.