Bila sudah ada anak, suami kenalah faham komitmen isteri bukan untuk dia seorang saja tetapi untuk anak-anak juga. Sudah pasti layanan untuk suami akan terkurang sikit berbanding masa berdua dahulu.
Sebaiknya sebagai suami anda perlu lebih memahami keadaan isteri, bantu apa yang patut. Ini tidak salah isteri tak sama macam dulu dan asyik utamakan anak. Bayangkan seorang anak pun, tugas isteri sudah bertamabah inikan pula empat, lima orang anak.
Masa hidup berdua, basuh tangan pun isteri boleh tolong… Potong kuku pun isteri boleh buat… Nak disuap makan pun tiada halangan…
Sebab tuntutan isteri ketika itu, saat itu, hanyalah untuk suami…
Namun bila ahli keluarga itu sudah makin bertambah, sudah ada kehadiran si anak, maka sebagai suami, kita kena faham situasi…
Ada Anak, Komitmen Isteri Bertambah
Isteri ada perkara baru untuk dia bagi perhatian, isteri ada perkara baru untuk dia dahulukan, isteri ada perkara baru untuk dia uruskan…
Jika seorang suami itu terlibat sama dlm urusan ini, maka dia akan faham…
Kenapa isteri lambat buka pintu, kenapa isteri lambat memasak, kenapa isteri tak sempat mengemas, kenapa isteri nampak serabut dan sebagainya…
Baca Juga Di sini:
Untuk info lebih menarik, klik saja
di sini. Komitmen Dia Bukan Untuk Suami Saja
Tapi sekiranya dia membiarkan isteri keseorangan dalam menguruskan pertambahan ahli dalam keluarganya, maka dia tak akan faham…
Dia hendak makanan ada on time, dia nak rumah sentiasa kemas dan teratur, dia mahu semua kerja-kerja rumah selesai sebelum dia balik…
Jika tidak, akan keluar ayat…
“Awak duduk rumah goyang kaki…?”
Ya, goyang kaki sebab anak-anak pergi sekolah, jiran yang hantar… Anak-anak makan tengahari, ketua kampung yang masak… Pakaian yang penuh sebakul, siak masjid yang jemur dan lipatkan… Rumah yang bersepah, adik-beradik yang datang kemaskan…
Rumah tangga yang baik ialah bila kita faham apa yang dilalui pasangan kita dan kita boleh bersama-sama dengannya untuk melaluinya…
MW: Bila saling membantu dan bekerjasama dalam menguruskan rumah tangga barulah suami lebih memahami apa yang dilalui isteri setiap hari, Isteri juga manusia biasa yang tahu erti penat, namun kadang-kadang dia ketepikan perasaan itu untuk keluarga. Jadi wahai suami janganlah khianati pengorbanan seorang isteri.