Bila berkahwin sedikit sebanyak pasti ada dugaan buat suami isteri. Asam garam kehidupan. Tapi, tidak bermakna dugaan itu membuatkan suami lupa kebaikan isteri selama ini dalam menguruskan rumahtangga.
Inilah yang sering berlaku dala kehisupn suami isteri. Lebih-lebih lagi bila suami mula merasakan isteri tidak sepadan dan cinta tiada lagi. Hilang segala kebaikan isteri yang selama ini berkorban.
Apa yang dilihat oleh suami tentulah segala kelemahan dan kekurangan yang ada pada isteri. Kebaikan isteri yang ada selama ini terus lenyap. Lebih-lebih lagi, bila suami sudah ada orang lain.
Janganlah begitu, setiap suami isteri ada kelemahan dan kekurangan masing-masing. Itulah yang melengkapkan kehidupan suami isteri. Bukan hanya kerana satu kelemahan, suami terus membenci dan hilang segala kebaikan isteri selama ini.
Sepatutnya, suami menutupi kekurangan dan kelemahan isteri. Inilah yang dikupas oleh Fadzli Aziz dalam perkongsiannya. Dalam rumahtangga bukan hanya sekadar cinta semata-mata. Terima dan perbaiki kelemahan isteri dan juga diri sendiri. Pasti rumahtangga bahagia selamanya.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Isteri Kena ‘Jampi’ Suami Untuk Menangi Hatinya, Bukan Bandingkan Dengan Pasangan Lain
Suami ORANG Nampak Stabil Sebab Banyak BEBANAN DiTanggung Bersama ISTERI, Maka Jangan Ganggu
Info Lebih Menarik DI SINI
Kebaikan Isteri, Iringi Dengan Doa
Apabila Suami Tidak Suka Pada Isteri…
Maka suami akan nampak semua keburukan isterinya. Ibarat mata lalat yang sentiasa fokus dan teliti dengan segala sampah dan kejijikan kerana itulah sumber makananya.
Begitu juga dengan rumahtangga. Segala kelemahan, kesalahan serta kesilapan isteri akan menjadi fokus si suami.
Kenapa jadi macam tu?
Kerana kita akan mencari segala bukti, petunjuk petanda yang akan mengukuhkan sangkaan, jangkaan dan kepercayaan kita bahawa pasangan kita bukan orang yang baik.
Keadaan bertambah teruk apabila si suami telah bertemu dengan orang yang lebih baik, yang memenuhi tangki emosinya berbanding pasangan halalnya.
Saya petik tulisan Dr Mohd Izhar Ariff berkenaan dengan satu hadis yang boleh dijadikan panduan buat suami.
JANGAN MEMBENCI ISTERI KITA
Nabi SAW bersabda,
لاَ يَفْرَك مُؤْمِنٌ مُؤْمِنَة إِنْ كَرِه مِنْهَا خُلُقًا رَضِيَ مِنْهَا آخَر، أو قال: غَيرُ
Bermaksud: Janganlah seorang mukmin (suami) membenci seorang mukminah (isteri). Sebab, bila ada satu hal yang dibencinya (dari isterinya itu) boleh jadi ia redha pada hal lainnya.
Hadith ini diriwayatkan oleh Abu Hurairah di dalam Sahih Muslim muka surat 1469 dan dinilai sebagai sahih.
Ia menjelaskan bahawa seorang suami tidak boleh untuk TIDAK MENYUKAI isterinya disebabkan oleh satu kekurangan yang dimiliki isterinya kerana di sana ada banyak lagi kebaikan-kebaikan yang dimiliki oleh si isteri yang pada hakikatnya adalah disukai dan diredai oleh si suami.
Hilangkan Amarah
Lumrah alam, apabila ada berlaku benda yang tidak disukai maka nafsu amarah menguasai diri. Pada waktu itu, mata amarah hanya nampak keburukan sehinggakan segala kebaikan yang dimiliki hilang tersembunyi. Kesedaran pada kebaikan hanya hadir kembali setelah amarah tersebut menghilang.
Sheikh Khalid Bin Uthman As-Sabt menyatakan bahawa para ulama secara umumnya bersetuju bahawa hadith ini adalah bersifat larangan. Larangan kepada suami yang tidak dapat melihat kebaikan isterinya disebabkan kekurangan yang dimiliki oleh isterinya itu. Beliau juga menyatakan bahawa hadith ini juga terguna pakai kepada kaum wanita kepada suami mereka.
Melihat kebaikan isteri ni bermula dengan niat dan tekad untuk sentiasa melihat kebaikan dan diiringi doa.
“Ya Allah, sesungguhnya aku sangat menyayangi isteriku keranaMu. Maka perkuatkanlah perasaan ini agar sentiasa segar dan mendalam.
Ya Allah, perlihatkan ku akan segala kebaikannya agar perasaan sayang ini terus mekar.
Tutupilah dan perbaikilah kelemahan isteriku ya Allah. Bantulah aku untuk memperbaiki kelemahan diriku agar dapat aku membantu isteriku memperbaiki kelemahannya”.
Elakkanlah terlalu membanding-bandingkan isteri kita dengan orang lain kerana dibimbangi akan muncul kelemahan yang sebelum ini kita tidak rasakan ia suatu kelemahan pun.
Tetapi akibat daripada selalu membandingkan, maka akhirnya ianya menyebabkan kita merasakan ianya suatu kelemahan yang memudarkan perasaan sayang kita pada isteri.
Kerana rumahtangga BUKAN SEKADAR CINTA.
Wallahu alam
MW: Paling terkesan, bila suami sudah nampak orang lain, hilang segala kebaikan isteri selama ini.
Sumber: Fadzli Aziz
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
https://t.me/bangkitwanitaMW
Antara kursus-kursus asas yang dijangka mampu melahirkan peserta yang berkemahiran dan boleh terus dipraktik dalam perniagaan ialah:
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti.
( https://toko.ideaktiv.com/product/jom-pandai-bakeri-buat-duit-jual-kek-dan-roti/ )
Cookies Viral Legend. Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan.
Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak.
( https://toko.ideaktiv.com/product/cookies-viral-legend-jual-cookies-paling-masyuk/ )
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI