Bila pasangan atau anak sekalipun teringin nak makan yang sebelum ini tidak pernah diberitahu, kalau boleh nak tunaikan. Tak kisah walaupun itu hanya biasa-biasa saja.
Bukan apa, kadang-kadang tanpa kita sedar, mungkin ini permintaan terakhirnya. Bila dah tiada dan pergi buat selamanya, ralat dan menyesal tak sudah. Minta dijauhkan.
Tapi itulah, kadang-kadang bila minta sediakan makanan atau apa sekalipun, kita endah tak endah. Mungkin ia hanya sekadar mengada-ngada.
Walau apa pun, kalau orang yang kita sayangi sama ada pasangan, anak atau ahli keluarga, sebolehnya tidak mahu mengecewakan permintaannya. Kecualilah kalau minta yang mahal atau di luar kemampuan, memang sajalah kan.
Inilah yang dikongsikan oleh Siti Suryani Yaakop tetang pasangan yang cukup ralat dan sangat menyesal dengan apa yang telah terjadi.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Pentingnya ‘Me Time’, ‘We Time’ Untuk Suami Isteri, Sebulan Sekalipun Dah Cukup!
Suami Isteri Ambillah Peluang ‘Pillow Talk’ Sebelum Tidur, Inilah Cara Kekalkan Momentum Cinta
Info Lebih Menarik DI SINI
Hari tu ada kawan saya kata dia mengantuk benar pagi tu. Geram pulak dengan suami dia. Pukul 2 pagi lapar. Minta nasi goreng. Dia suruh makan roti. Kawan tu tak nak. Terasa nak makan nasi goreng dia katanya.
“Kau buat tak?”.
“Habis tu. Buatlah jugak. Nasi goreng bodoh aku tu je. Tapi tu lah. Bersungguh. Licin”.
Baik kawan saya. Biasalah. Mulut bising tu biasa. Yang penting buat.
Bab macam ni teringat kisah seorang kenalan keluarga kami satu masa dulu. Mak saya cerita.
Isterinya tu dah masak siap dah untuk makan malam. Balik kerja suaminya bawa balik ketam.
Suruh masak kari. Si isteri ni pun kata lah dia dah masak. Dah ada lauk. Esok je lah masak kari tu.
Tapi rupanya tak sempat esok. Tengah malam nak ke pagi tu, suaminya sakit jantung. Meninggal. Tak sempat bawa ke hospital.
Sepanjang orang datang, isterinya asyik sebut hal suaminya minta kari ketam tu. Dia terkilan tak buat. Padahal tak pernah suaminya minta masak macam-macam. Tiba-tiba hari tu pulak bawa balik lauk suruh masak.
Saya sampai sekarang teringat kisah tu.
Patut ayah saya dulu saya ingat. Jangan sebut teringin nak apa-apa. Hujan ribut pun dia cari.
Ada sekali saya kata, sejuk-sejuk ni macam terasa nak sate. Sekejap tengok dia hilang dalam hujan-hujan tu. Rupanya cari sate.
Lepas tu tobat. Tak teringin nak minta apa dah. Takut digagaunya mencari nanti.
Kadang ye lah. Bab makan ni. Tiba-tiba tekak teringin sangat. Padahalnya benda tu bukan la apa pun. Ada masa teringin tu yang sambil lalu je. Takda pun takpa. Tapi ada masa memang teringin sungguh yang teringat tak habis-habis.
Tak dapat kadang boleh bawa merajuk hati.
Ni bukan pasal suami je. Isteri pun sama. Selagi laki bini kita ni bukan minta benda pelik-pelik, Insya Allah. Kita usahalah tunaikan. Sekarang lagilah senang. Kenderaan ada. Boleh pergi mana-mana. Main petik je semua. Tak nak petik, tekan. Laju je nanti sampai makanan.
Cumanya tinggal dua je. Kedera dan kesian.
Lain la dia minta sup daging gajah ke. Tenuk masak kari ke. Yang tu bolehlah diazankan dia.
Yang lakinya suka order milo panas dan biskut Hup Seng pukul 10 malam.
Mingguan Wanita : Mungkin kita anggap biasa dan ‘buang tabiat’, tapi sebenarnya inilah permintaan terakhir. Minta dijauhkan dan yang baik-baik saja,
Sumber: Siti Suryani Yaakop
#kaknis
Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita