Awal perkahwinan, semuanya indah belaka. Masuk tahun kelima, dah mula rasa lain macam. Mulalah, seorang pandang kanan dan seorang pandang kiri. Perasaan sayang makin lama makin pudar, yang tinggal hanya tanggungjawab pada pasangan dan keluarga.
Namun, ada juga yang sayangkan pasangan sampai terlampau-lampau hingga naik rimas dibuatnya.
Walaupun sayang kat pasangan, janganlah sampai ‘tundukkan’ pasangan dan tidak kurang juga yang pisahkan pasangan dengan keluarga untuk memastikan pasangan tidak beralih arah kepadanya. Malah, ada juga yang sanggup tundukkan pasangan kerana terlalu garang, baran dan kaki pukul.
Prof Madya Ts Dr Hj Mohd Nor Mamat, Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi Mara Malaysia (UiTM) mengula lebih lanjut tentang perkara ini. Katanya:
Isteri yang menghormati, pasti akan lebih disayangi suami. Isteri yang lembut dan menjaga kecantikan, pasti lebih disayangi suami. Ia perlu dipraktikkan jadi tabiat, agar kita disayangi dan dikasihani, bukannya dengan cara paksaan ataupun secara sihir dan ilmu hitam.
Dalam hal ini, ada sesetengah isteri yang sanggup berbuat demikian. Banyak faktor yang mendorongnya. Antara kes yang ditemui seperti faktor:
Bagi isteri yang mencari jalan pintas untuk mendapat perhatian suami, mungkin ia dilihat berjaya. Dengan menggunakan kaedah-kaedah sihir dan bantuan ilmu hitam, suami yang menjadi mangsa akan berubah menjadi lebih penyayang, mengikut kata apa sahaja yang diinginkan.
Sebenarnya banyak kaedah lain yang lebih praktikal, logik dan bersifat ilmiah. Dengan mengubah diri kita agar memiliki sifat-sifat yang menarik perhatian suami sebagai lelaki adalah lebih efektif dan berkekalan, tanpa perlu menggunakan kuasa sihir ataupun makhluk halus.
Contohnya, menjaga kecantikan diri, tunjukkan hormat pada suami, syukur dengan pemberian suami dan penuhi masa melayan suami dengan manja dan persekitaran seksi. Ini kerana fitrah suami sebagai lelaki, akan mudah tertarik dan sangat suka dengan kecantikan wanita, isteri yang menghormatinya, isteri yg tidak meminta-minta dan isteri yang seksi. Itu fitrah suami, bila dipenuhi, wanita itu akan disayangi. Tidak perlulah lagi bantuan sihir dan ilmu hitam
Kadangkala bila terdesak, manusia sanggup lakukan apa sahaja untuk keluar daripada masalah. Ilmu dan iman perlu seiring kerana dengan ilmu kita tahu sesuatu hukum dan untuk dorongan mengikuti hukum itu memerlukan iman.
Ketakutan kita kepada perkara syirik sebegini sepatutnya menjadi pendinding kepada kita daripada terjerumus. Dosa syirik adalah satu-satunya yang tidak akan diampunkan Allah. Kadangkala bukannya tiada iman, tetapi kedangkalan ilmu betapa cara sebegitu akan lebih merosakkan masa depan kita, bukan sahaja suami menjadi mangsa tetapi turut mengheret kita menjadi mangsa sebagai hamba ilmu hitam, ini juga menyebabkan kita tersilap langkah melakukannya.