Sakit hati kan, walau dah 5 tahun jadi suami tapi sikap tu tak pernah nak matang. Anak kecil-kecil minta perhatian, semua isteri buat. Urus anak, rumah.. suami lepas tangan. Tak ada sekelumit simpati pun nak ringan tulang bantu isteri dalam rumah.
Sakitnya hati isteri. Memendam perasaan sampai akhirnya jadi tawar hati dengan suami sendiri. Masuk anak tiga empat, lagilah langsung dah susah nak rasa sayang.
Gambaran yang dikongsikan BroOhsem, Akhtar Syamir ini sememangnya benar-benar terjadi dalam sesetengah rumah tangga. Bila mana lelaki ambil mudah bab tanggungjawabnya, maka terbebanlah segalanya di atas bahu isteri. Alahai!
Baru mula nak lena, anak menjerit-jerit tidak selesa. Rupanya lampin dah 5kg beratnya. Dalam kegelapan malam, anda memanggil si suami untuk bantuan.
“Sayang, anak nak tukar pampers ni.”
Diam membisu tanpa jawapan.
“Sayang, tolong la. I baru nak tidur ni, dari tadi dia merengek sambil menyusu.”
“I penat la, I pun baru je nak lena. Kacau betul. U buat je la
Pada waktu ini, tiada perasaan lain melainkan benci kepada suami. Jika anda pernah lalui situasi seperti ini, saya pasti anda takkan nafikan perasaan itu.
Esoknya.
“Sayang, tolong basuhkan berak anak tu. Dah nak keluar dari pampers dah tu, I tengah masak ni.”
“Alaa. Budak ni menyusahkan betul. Orang nak main game pun tak senang la!” sambil mengeluh kuat.
“Tak payah la. Biar sayang buat!”
“I dah stop dah. Biar I je yang basuh.”
“Tak payah. I dah tutup api dapur. Biar ikan tu terendam dalam minyak.”
Sambil ambil anak dan terus masuk ke tandas.
“Tadi suruh sangat orang cuci, sekarang tak payah pulak. Mengada-ngada.”
“Siapa yang mengada-ngada? U tu asyik main game je. I dah la tak cukup tidur jaga anak semalaman, tukar pampers dia la, bagi susu la. Dia bukan senang nak tidur, malam tadi dengan kembung perut, hidung tersumbat. U tido je tak tolong I langsung.”
“I penat tau tak? Penat. I ni keja, cari rezeki untuk u dengan anak-anak makan. Bukan macam U duduk rumah je.”
“Sampai hati U cakap macam tu? U ingat I ni tunggul ke kat rumah ni? Siapa yang siapkan anak, bagi makan, mandikan, siapkan pakaian dia semua? Ya.. siapa yang masak bagi u makan kenyang-kenyang? Siapa yang kemas rumah bagi tak terbalik macam kapal karam? Dan siapa yang basuh semua pinggan mangkuk tu? Siapa yang kemas dapur, basuh bilik air semua?
“Mengungkit memang pandai. Membebel je U ni. Tu kan memang keje U? Isteri memang kejenya buat semua benda tu.”
“Mana U belajar isteri kena jadi hamba macam ni? I bukan mintak banyak pun, sekali sekala tu tolong la. I ade 2 tangan je tau tak? Mana sempat nak buat semua. U balik kerja melepak je. Tak peduli langsung kat anak-anak. Bila anak nak duduk dekat pun U marah sebab kacau U. Hujung minggu pulak U keluar dengan kawan, lepak sana sini macam orang bujang.”
“Semua benda yang I buat, semua salah. Ini yang buat I bosan duduk rumah tau tak? Kawan-kawan I takde pun membebel kat I macam U ni.”
“Kawan-kawan U tu memang tak sedar diri. Yang dah kahwin pun menggatal macam tak kahwin, share gambar lucah, gambar perempuan seksi-seksi kat group Whatsapp, U ingat I tak tau?”
“U cakap baik-baik sikit, jangan nak perlekehkan kawan-kawan I. Diorang tu bergurau je. Ohh… Pandai godek telefon I ye? Telefon tu hak I. Itu privasi I. U takde hak nak sentuh telefon I. Hormat sikit. Tak payah nak queen control sangat.”
“Benda tu salah, bukan soal queen control”. I dah penat tau dengan U ni. Dari awal kahwin, sampai dah anak 3, sama je perangai. Tak matang-matang
.”“Bosan cakap dengan U ni, semua I je yang salah. U je yang betul. I nak keluar lepak mamak lagi tenang dari mengadap U ni.”
“I dah tak tahan dengan perangai U ni!”
“Diam la!”
Senario ini berlaku sudah bertahun lamanya. Bayangkan betapa semua itu memakan hati si isteri. Semakin hari, semakin si isteri membenci suaminya.
Berubahlah sebelum terlewat. Matanglah sebelum terlambat. Fahami tanggungjawab anda sebagai seorang suami dan ayah. Anak itu hasil dari gabungan suami dan isteri. Jadi, tidak adil jika ianya diuruskan oleh isteri sahaja.
Pertengkaran ini jika tidak dikawal boleh membinasakan. Si suami boleh menjadi agresif, si isteri boleh memberontak. Yang rugi dan paling terkesan nanti ialah anak-anak.
Berhenti menghancurkan keluarga anda dengan sikap tidak bertanggungjawab, malas dan kebudak-budakan.
Jadilah ayah dan suami yang matang.
Jika anda tidak faham isteri anda, bukan sebab isteri itu sukar difahami, tetapi anda sebagai suami yang tidak mahu faham.
Kongsikan senario ini buat semua.
MW : Jangan bebankan isteri urus anak mahupun rumah tangganya sendirian. Suami kenalah sama-sama ambil tanggungjawab.
Sumber/Foto : Akhtar Syamir
“Saya selalu menulis mengenai hubungan suami isteri, kekeluargaan dan isu semasa.
Jom join Supergroup Telegram BroOhsem Fans di mana kita boleh berinteraksi dengan lebih rapat lagi : http://t.me/broohsemfans