Bila suami dengar cakap isteru bukan sebab tiada ego, tetapi ianya hanyalah untuk kebaikan bersama. Apa salahnya mendengar antara satu sama lain, elakkan sengketa barulah aman rumah tangga.
Sebenarnya disebabkan ego, tidak kiralah suami atau isteri susah hendak terima teguran walaupun mereka tahu bahawa teguran itu adalah untuk kebaikan rumah tangga yang dibina.
Ikuti perkongsian Firdaus Shakirin dan hadam baik-baik ya mak, ayah:
Suami Susah Nak Dengar Cakap Isteri
“Orang perempuan ini, kalau dididik dan dibentuk elok-elok, dia mahu dengar dan jadi macam orang laki (suami) hendak juga…”
Suami suruh pakai tudung, dia boleh pakai… Suami suruh pakai baju longgar, dia boleh pakai…
Apa yang suami suruh, kalau untuk kebaikan dia dan juga suami, dia boleh ikut, boleh turut…
Tetapi, orang lelaki kalau isteri suruh, kalau isteri tegur, kalau isteri nasihat, dia melenting, dia marah-marah, dia makin menjadi-jadi… Dia siap cakap lagi,
“Aku tahulah jaga diri aku… Kau jaga diri kau sudah…”
Tak nak pula dia fikir untuk kebaikan dia ke, untuk masa depan dia ke, untuk hubungan dia dengan Allah ke… Kenapa?
Susah dibentuk ini bukan pada jantina… Susah dibentuk adalah pada ego yang merajai jiwa… Kalau perempuan itu egonya tinggi daripada lelaki, dia juga susah dibentuk… Kalau lelaki itu egonya tinggi dari perempuan, dia juga susah dibentuk…
Kenapa majoritinya lelakilah yang jadi susah bab-bab kena tegur dan nasihat ini…ditegur marah, dinasihat tak jalan…mudah, sebab dia suami, dia rasa kedudukan dia itu lebih tinggi daripada isteri… Oleh sebab itulah ego dia sama naik dengan kepala dia…
Dia tak suka diarah isteri, dia tak suka diperbetul isteri, dia tak suka isteri nasihat dia, tazkirah dan ceramah dia…
Bukan dia tak boleh fikir untuk kebaikan ke, masa depan ke… Dia tahu, tak solat dosa… Bukan dia tak tahu, cuma dia anggap, biar nanti dia rasa hendak solat, dia solat…
Teguran Untuk Kebaikan Bersama
“Kau jangan suruh, jangan tegur, jangan nak jadi ustazah… Ikut suka aku nak buat ke tak nak…”
Ads
Bab nafkah, bab curang, bab buat salah, bab dosa pahala syurga neraka semua dia tahu… Tak patut buat, tidak ada kebaikan pun kalau buat, tak mendatangkan manfaat pun kalau buat, ini dosa ni, tapi dia buat juga…
Dia tak hendak dihalang…
Bila Suami Dengar Cakap Isteri Bukan Sebab Tiada Ego
Lelaki ke, perempuan ke, kalau kita ini jenis yang boleh kawal ego kita, maka apa saja bentuk suruhan, teguran dan nasihat, kalau itu untuk kebaikan kita, maka kita akan terima…
Kita sayang diri kita, kita sayang pasangan kita dan kita hendak pelihara hubungan kita…
Kita “dengar” cakap pasangan bukan sebab kita ini tiada ego, tapi itu untuk kebaikan kita… Ego kita tolak tepi…
MW: Sebenarnya tidak perlu menuding jari kepada suami atau isteri, masing-masing ada ego sendiri. Oleh itu rendahkan ego dan terima teguran pasangan demi rumah tangga yang bahagia.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Ads
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Buat Aneka Kuih Frozen. Confirm sedap, laku keras. Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 10 Julai dan 24 Jukai 2021. Peserta diberi tunjuk ajur menyediakan beberapa jenis makanan sejuk beku yang laris di pasraan seperti donut, samosa, pizza dan banyak lagi. Sila klik pautan ini untuk pendaftaran //toko.ideaktiv.com/product/buat-aneka-kuih-frozen-confirm-sedap-laku-keras/
Wajib Join, Latihan Penyediaan Makanan. Ambil tahu dos and don’ts pada 25 Mei dan 19 Ogos. Peserta boleh memilih salah satu sesi yang diadakan pada tarikh tersebut. Kursus ini banyak membantu peserta yang terlibat dalam perniagaan makanan mengetahui perkara-perkara yang harus dielakkan semasa menyediakan makanan untuk pelanggan. Sila klik pautan ini untuk pendaftaran //toko.ideaktiv.com/product/wajib-join-latihan-penyediaan-makanan/
Anak adalah pertama hati tiap ibu bapa. Kalau boleh, tiap ibu bapa inginkan anak-anak sihat sentiasa namun ada juga anak-anak yang diuji dengan pelbagai penyakit kronik.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Setiap ibu bapa pasti mengharapkan anak-anak tersayang membesar dengan sihat. Namun, ujian menimpa Norhayani bt. Nayan, 39, dan suami, Ahmad Hafiez bin Garigis, 41, apabila anak keempat mereka, telah didignos penyakit buah pinggang. Kini, pada usia lima tahun, Muhammad Hanif, perlu menjalani Dialisis Peritoneal Automatik (APD).
Anak Yang Aktif
Menurut Norhayani atau mesra dipanggil Yani, penyakit Hanif itu tidak dapat dikesan daripada awal.
“ Hanif atau mesra dipanggil Anip, seorang anak yang lasak dan aktif walau pun sejak kecil dia menghidap asma, tapi terkawal. Cuma, dalam tempoh dua ke tiga bulan sebelum disahkan sakit buah pinggang, dia kerap jatuh sakit.
“ Pada satu hari, dia demam dan saya dan suami bawa dia ke hospital Alor Gajah. Doktor ambil ujian darah dan didapati HB dia rendah iaitu 5. Doktor kemudian pindahkan Anip ke Hospital Melaka untuk pemeriksaan lanjut. Di sana, sekali lagi dia menjalani ujian darah dan kali ini keputusannya lebih mengejutkan. Tarikh 28 Disember 2018, Anip disahkan menghidap penyakit buah pinggang.
“ Doktor beritahu kami, kretinen dan ureanya tinggi dan keesokan harinya Anip menjalani ujian ultrasound dan doktor sahkan dia ada masalah buah pinggang. Terdapat cyst di dalam buah pinggang kiri, iaitu polycystic left kidney. Cyst sudah penuh dalam buah pinggang kiri dia tapi buah pinggang kanan masih ok. Memandangkan Hospital Melaka tak ada pakar nefrologi kanak-kanak, doktor cadangkan Anip dihantar ke Hospital Tunku Jaafar, Seremban atau HKL.
” Akhirnya saya memilih Hospital Tunku Jaafar kerana lebih dekat dengan tempat tinggal saya di Melaka,” ujar Yani memulakan bicaranya.
Yani juga mengalami masalah batu di luar buah pinggang namun keadaannya tidak serius. Manakala suami dan anak-anak yang lain sihat. Empat lagi anaknya ialah Nurul Liyana, 14, Hafizul Rahman, 13, Mohammad Afiq Fitri, 7, dan Nordiyana Hani, 3.
Makin Sihat
Dialisis Peritoneal Automatik (APD) ialah mesin dialisis waktu tidur, 10 jam sepanjang malam. Bermula Mei 2019, Anif menjalani rawatan APD. Pertukaran atau kitaran larutan dialisis dilakukan oleh mesin semasa tidur. Sebelum tidur, kateter akan disambungkan kepada mesin APD yang diletakkan berhampiran katil. Setiap malam, suami akan menemani Anip sepanjang rawatan.
Menurut Yani, kesihatan Anip semakin baik selepas menjalani rawatan ini. Yani bersyukur kerana semua kos ditanggung oleh Hospital Tunku Jaafar Seremban. Anip bertuah kerana doktor nefrologi buah pinggang kanak-kanak iaitu Dr. Caroline dan Dr. Lee mencadangkan Anip untuk menggunakan mesin APD.
Mulanya Sukar
Yani mengakui, agak sukar pada mulanya untuk terima keadaan Anip. “ Tak ada ibu bapa yang boleh terima anak mereka menghidap penyakit kronik secara tiba-tiba. Tapi lama-kelamaan saya reda dengan keadaan Anip. Apabila lihat dia di dalam wad berseorangan, luluh hati saya. Hospital bagaikan rumah kedua, anak-anak lain ditinggalkan di rumah kerana saya perlu menjaga Anip di wad. Mujur ada mak dan ayah serta ahli keluarga yang lain yang jaga mereka di rumah.
“ Setelah menjalani rawatan APD, Anip jadi lebih sihat dan aktif serta menjalani hidup seperti biasa. Cuma dia kena elakkan yang berkaitan air, contohnya mandi kolam. Kawasan yang dipasang dengan tiub di perut tak boleh terkena air untuk menggelakkan risiko jangkitan.
Menurut Yani, emosi Anip lebih sensitif sejak dia sakit. Disebabkan dia seorang yang aktif, Yani juga perlu mengawasi Anip supaya adik beradik yg lain tidak tersentuh kawasan perut ketika bermain. Kebersihan tempat rawatan juga perlu dititikberatkan supaya mengurangkan risiko jangkitan.
Selain daripada itu, saya kena memantau ubat-ubatan yang perlu diambil, juga pengambilan jumlah air harian iaitu 700ml. Banyak juga yang Anip perlu pantang terutama makanan bergaram dan yang tinggi fosfat.
“ Say mencari kekuatan dengan melihat orang yang lebih susah daripada saya. Ia telah memotivasikan diri supaya lebih tabah dan kuat supaya dapat membantu Anip lebih sihat serta boleh menjalani kehidupan seperti kanak-kanak yang lain,” akhiri Yani menutup perbualan.
Payah nak jadi orang yang pemaaf bila hati selalu disakiti. Nak-nak pula bila kepercayaan yang pernah diberi dikhianati berulang kali.
Tetapi bak kata Hajjah Rohana Saad, kalau payah sangat nak maafkan dan berdendam… Itu maknyanya kita selari dengan sikap iblis.
Nauzubillah… Nah, jemput renungkan nasihat ini sejenak.
Tak Rugi Jadi Pemaaf
Semua pengalaman lalu kita sebaiknya di ambil pengajaran dan dicari hikmah daripadanya. Namun sebahagian dari kita kebingungan, bersedih, mengeluh bahkan menyalahkan dan berdendam dengan sesiapa yang terlibat dalam pengalaman tersebut. Ternyata pengalaman di beri ALLAH, adalah guru yang paling baik, tetapi kebanyakan dari kita tidak bersedia dan tidak mahu menjadi murid yang baik .
Renungkan nasihat dari seorang Ulama : ” Tak Ada Makhluk yang paling dendam, terkecuali IBLIS dendam kepada NABI ADAM alaihi’salam”. Jadi, kalimat ini bermakna :
1. Masih berdendam ertinya kita mengikuti langkah IBLIS menuju API NERAKA
2. DENDAM merosak JIWA, IMAN dan PAHALA.
3. DENDAM tidak berhujung kerana yang paling MAHA ADIL hanyalah ALLAH TA’ALA.
Jadi, serahkan masalahnya pada ALLAH sahaja, kerana kelak setiap manusia diminta pertanggungjawab pada perlakuan masing-masing.
Malaikat Cintai Orang Pemaaf
JADILAH PEMAAF dan memaafkan kerana SYURGAnya ALLAH merindukan orang yang pemaaf. MALAIKAT mencintai orang pemaaf dan banyak taubatnya.
Dendam apabila dipendam ia menikam dan melukakan. Tapi kemaafan membebaskan sebuah hati daripada terus terluka.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Mak mentua sering kali dikatakan tidak mempunyai hubungan baik dengan menantu perempuan. Entah di mana silapnya. Ia sering kali terjadi sedangkan sepatutnya hubungan itu umpama emak dan anak kandung. Sebenarnya banyak faktor penyebabnya.
Kecil Hati Dengan Sikap Mak Mentua
Kali ini, seorang wanita yang ingin dikenali sebagai Sya saja, ingin berkongsi luahan rasa terhadap sikap mak mentua terhadapnya.
Kenali aku sebagai Sya, berusia 30-an. Aku merupakan seorang suri rumah tangga, ibu kepada empat orang cahaya mata yang kini berusia 17, 15, 14 dan 10 tahun. Suami bekerja di sebuah syarikat swasta, berpangkat pegawai. Syukur, hidup kami serba cukup walau pun hanya suami yang bekerja.
Aku bersyukur kerana memiliki suami yang penyayang. Dia melayanku dengan baik. Sering kali membantuku menguruskan hal rumah tangga. Cuma yang sering kali membuatkan diriku rasa sedih dan tertekan adalah sikap maknya iaitu mak mentuaku sendiri.
Aku menantu kedua dalam rumah tangga. Suami anak kedua. Yang sulung perempuan dan empat lagi adik iparku semua lelaki. Bermakna mak mentuaku ada lima orang menantu perempuan dan seorang menantu lelaki.
Sebenarnya sudah lama ku perhatikan sikap mak mentua terhadap diriku. Bila aku balik kampung, aku yang akan dikerah ke dapur, buat itu dan ini. Berbanding menantu-menantu lain. Bukan aku kisah sangat kerana aku memang suka masak. Tapi kadangkala kata-kata mak mentua buat aku kecil hati. “ Alah, biar je Sya masak. Dia bukan kerja.”
Nasib baik biras-birasku memahami. Turut membantu di dapur. Di saat itu juga biasa kami akan bertanya khabar sambil memasak.
Mak Mentua Masakkan Makanan Kesukaan Menantu Lain
Kalau balik rumah mentua, macam-macam aku bawa makanan yang ku masak balik. Aku seronok bila anak-anak saudara makan. Kebetulan kakak ipar sekeluarga tinggal di sebelah rumah mak mentua dan boleh dikatakan sepanjang masa berada di rumah nenek mereka.
Kakak dan abag ipar selalu puji aku pandai masak. Tapi mak mentua hanya mencebik saja. Katanya mestilah aku kena pandai masak. Dah tak kerja. Banyak masa di rumah. Buat apa kalau tak asah bakat memasak.
Mak mentua pun pandai masak tapi tak pernah nak masakan makanan kegemaranku. Tapi kalau menantu-menantu lain, siap masakkan bila balik.
Tiap kali ada kata-kata yang menguris hati, aku diam saja. Aku bernasib baik kerana suami sangat memahami. Dia sentiasa akan tenangkan aku. Mungkin kerana itu juga aku mampu bersabar dan bertahan.
Berhenti Atas Pilihan
Cuma aku pernah kenakan syarat pada suami, paling lama aku boleh bertahan tiga hari saja duduk di rumah mentua. Sebabnya sabarku makin nipis bila asyik diperli mak mentua. Seolah tak suka dengan aku yang tak bekerja.
Agaknya dia lupa, aku bukan tak berpelajaran. Aku lulusan universiti dan pernah bekerja, makan gaji. Tapi aku berhenti atas kemahuan sendiri kerana nak fokus pada anak-anak. Suami juga bersetuju.
Mak mentua pantang kalau tengok aku pakai baju baru atau suami belikan barang kemas baru. Pasti berdesing telingaku disindir. Katanya aku membazir dan tahu menghabiskan duit suami saja! Ya Tuhan, aku tak pernah minta suami belikan hadiah mahal. Cuma bila ada rezeki lebih, suami akan belikan.
Cuba Jimat Cermat
Aku cermat orangnya. Dan aku akan masak sendiri dan jarang makan di luar kecuali nak meraikan apa-apa hari istimewa. Aku tak nak membazir dan selagi boleh aku cuba berjimat. Tapi bila tahu kami makan di luar, mak mentua pasti marah-marah. Katanya membazir. Suruh je aku masak sebab aku kan tak kerja.
Aku tak faham kenapa mak mentuaku bersikap begitu. Dia sendiri pun suri rumah tangga dan arwah ayah mentua dulu pencen kerajaan. Jadi, dia tahu bagaimana hidup suri rumah tangga seharian. Apakah kerana aku tak mampu belikan dia hadiah seperti menantu lain? Entahlah.
Mak Mentua Marah Suami Bantu Kerja Rumah
Begitu juga kalau dia ke rumah kami, aku takkan benarkan suami membantuku buat kerja rumah. Sebabnya nanti dimarahi mak mentua. Katanya kenapa susahkan suami yang penat kerja. Akulah yang kena buat semua sebab aku tak kerja. Sekali lagi, aku hanya diam. Malas nak menjawab.
Cuma, aku tak tahu sampai bila aku boleh bersabar. Aku takut nanti bila kesabaranku hilang dan aku melenting, buruk jadinya. Sebab itu aku sentiasa berdoa pada Tuhan agar aku terus dikurniakan kesabaran.
Apa pun, dia tetap mak mentua yang perlu aku hormati dan sayangi. Namun terus terang, sikapnya itu tak membuatkan aku rasa sayang padanya. Yang ada cuma rasa hormat sebagai ibu kepada suamiku. Jahatkah aku?
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.