Sebelum buat perangai, fikir panjang-panjang. Bila suami buat perangai, dia bukan sahaja kehilangan isteri tapi anak-anak juga.
Hubungan anak-anak yang cukup rapat dengan ibunya akan membuatkan mereka turut membenci ayah mereka jika sang ayah buat perangai. Ikuti perkongsian Firdaus Shakirin ini dan hadam baik-baik.
Bila saya buat perangai, bila saya buat hal, saya bukan hanya akan “kehilangan” isteri saja, tapi anak-anak juga…”
Maka oleh sebab itulah, saya jaga tingkah laku dan perbuatan saya sebagai seorang suami dan juga ayah…
Kita nampak macam apa yang kita buat ini, tidak akan mempengaruhi anak-anak kita… Kita anggap yang mereka itu dibesarkan oleh ibu mereka, lebih dekat dengan ibu mereka, maka mereka tidak akan terkesan dengan sikap dan sifat kita…
Apa yang kita tak tahu adalah, anak-anak selalu meletakkan kita yang sebagai ayah ini, contoh teladan untuk mereka ikuti…
Anak-anak tengok apa yang kita buat… Macam mana layanan kita terhadap ibunya… Pembawakan diri kita dalam rumah tangga…
Baca Juga Di Sini:
Seksanya Bila Salah Pilih Suami, Bukan Saja Isteri, Anak-anak Terkesan Sama
Jika Suami Pandai Beli Jiwa, Salah Suami Besar Gajah Pun Pasti Isteri Ampunkan
Info Lebih Menarik, klik saja di sini.
Jangan anggap anak-anak yang tidak berkata apa-apa itu tandanya mereka tidak ada masalah dengan sikap dan cara kita… Apa yang tak sampai ke pengetahuan kita ialah :
“Ibu, kenapa ayah selalu dengan handphone, jarang bermain dengan adik…”
“Ibu, ayah tak suka duduk rumah? Balik rumah, tukar baju, selepas itu keluar pulak…”
“Ibu, kenapa ayah cakap kasar dengan ibu? Ibu buat salah apa…”
“Ibu, kenapa ayah suka marah-marah, tengking ibu…”
“Ibu, kenapa ibu menangis, ayah buat perangai lagi ke…”
Pertalian dan hubungan seorang ibu dengan anak itu lebih kukuh dan rapat berbanding dengan seorang ayah yang tidak menjaga perangai, tingkah laku serta layanannya terhadap ibu mereka…
Untuk lelaki sebegini, jika berlakunya sesuatu dalam hubungan itu, jangan direbutkan anak-anak kerana mereka hanya akan memilih untuk terus kekal bersama ibu mereka…
Mereka sendiri bencikan ayah mereka dek kerana cara layanan ayah mereka terhadap ibu mereka…
So, fikir-fikirkanlah… Kita bukan hanya akan kehilangan pasangan, tapi juga anak-anak… Jangan jadikan anak-anak sebagai rebutan kerana ketika masih bersama, kita tidak mahu menjadi contoh dan teladan yang baik untuk mereka ikuti…
MW: Renung-renungkan ya suami semua, sebelum buat perangai fikir dahulu. Sikap buruk anda bukan hanya dibenci isteri tetapi anak-anak juga. Jadilah contoh yang baik kepada anak-anak dan hargailah isteri sebaiknya.
Sumber: Firdaus Shakirin