Suami yang baik dia akan benarkan isteri buat apa dia suka. Tanpa menghalang minat isteri. Malah, memberi galakan dan rangsangan baik sokongan emosi mahupun bantuan fizikal.
Dan inilah yang dilakukan oleh BroOhsem, Akhtar Syamir yang tak menghalang hasrat isteri mahu buat apa saja yang dimahukan. Lagi-lagi di musim PKP kena duduk rumah saja.
Ini Minat Isteri Saya, Suka Deko, Mengemas, Menyusun
Dinding rumah saya ni sudah dicat berkali-kali oleh kontraktor berbaju kelawar sorang ni. Tak cukup dengan itu, wallpaper pun dan 2 kali rasanya.
Dulu dia selalu buat bila saya keluar bekerja. Sekarang saya dah bekerja di rumah. Dia suruh saya duduk dalam bilik dan buat kerja. Tak mahu mengganggu dan tak mahu diganggu.
Inilah minat isteri saya. Suka mendeko, suka mengemas, suka menyusun. Kalau masa saya bekerja dulu, sedar-sedar bila balik kerja, ada je yang ditukarnya. Meja tukar tempat, sofa beralih, almari yang besar gedabak tu pun dia boleh alih sorang diri. Peti ais yang berat pun dia boleh tukar tempat banyak kali.
Memang tak sia-sia ikutkan kehendak selera makan dia. Kuat sungguh kederat dia. Haha..
Bila kita bagi isteri kita buat apa yang dia minat dan suka, kesannya akan berbalik kat kita tau. Terutamanya pada musim PKP yang ke lapan belas ni.
Ads
Tertekan Asyik Di Rumah
Nak bawa dia keluar jalan-jalan pun tak boleh. Jadi, dia akan terperap je kat rumah.
Dengan anak-anak yang celik mata je terus realisasikan perancangan sebelum tidur setiap malam untuk sepahkan rumah.
Tertekan sebenarnya asyik di rumah sahaja. Memanglah banyak benda boleh buat. Tapi ada kalanya dah puas buat.
Jadi, bila dia intro tunjuk gambar cat rumah warna itulah, warna inilah, saya dah faham dah.
Ads
Saya cakap kat dia, buatlah macam mana pun, saya setuju. Asalkan dia suka. Ade je masa cat yang dia pilih tu dia jadi tak suka lepas dah cat. Tapi biarlah, takde masalah pun. Yang mengecatnya dia, yang menukar catnya pun dia juga.
Bila Isteri Gembira Buat Apa Dia Suka, Kesannya Berbalik Pada Suami
Saya hanya minta dia senaraikan sahaja apa yang perlu dibeli dan senaraikan dengan lengkap. Jangan anggap yang saya faham apa yang dia fikirkan. Nak barang apa, tulis betul-betul dan cukup-cukup. Kalau takde, saya akan cari sampai ada.
Memang akan ada kos sikit, tapi kalau ini boleh buat dia gembira, apa salahnya. Sebab bila dia gembira buat apa yang dia suka, dia akan rasa puas. Dia akan rasa berbaloi apa yang dia buat tu. Dia jadi seronok. Dan akhirnya dia akan kembalikan semua perasaan yang bagus-bagus tu pada suami dan anak-anak.
Jangan tak percaya benda ni. Isteri yang gembira pasti akan menggembirakan.
Ads
Tanya apa isteri minat. Tanya betul-betul, ada tak benda yang dia nak buat. Pasti ada. Jauh di sudut hati itu ada hasrat yang dia pendamkan kerana tidak dapat diluahkan. Tetapi jika kita bukakan jalan, jika kita beri sokongan dan kebenaran, akan keluarlah semangat yang luar biasa dari diri mereka.
Kali ini memang cantik pilihan warnanya, saya pun suka. Semua dia cat sendiri. Tapi yang bestnya kali ini, anak saya Jasmine pun turut sama membantu.
Jika anda pernah tertanya-tanya “apa sebenarnya yang isteri aku ni suka?” Mungkin anda kena berhenti tanya diri sendiri dan mula tanya pada empunya diri.
Semoga penulisan ini dapat memberi manfaat. Nanti saya kongsikan hasilnya ye.
MW :Tak rugi pun kan bila suami beri keizinan pada isteri buat apa dia suka. Sebab macam mana pun, kesukaan isteri tu akhirnya akan berbalik pada suami dan anak-anaknya.
‘Tak tahan tengok dia dipukul hampir setiap hari.’ Syukur ramai sayang adik Alia termasuklah Yang Mulia Che Puan Khaleeda Bustamam.
Ketika video adik Alia didera ramai yang mengecam kenapa si perakam sanggup biarkan kejadian ini berlaku dan tidak berusaha menghentikan perbuatan tersebut.
Sebenarnya ada alasan yang tersendiri mengapa video itu sengaja dirakam, tidak lain tidak bukan kerana untuk membela nasib Adik Alia.
Menerusi video yang tular kelihatan seorang wanita memukul seorang kanak-kanak yang dikenali dengan nama adik Alia, berusia 4 tahun dipercayai anak angkatnya telah mengundang rasa marah di kalangan warganet.
Kisah adik Alia ini dilaporkan oleh beberapa orang pekerja yang sudah tidak mampu melihat kanak-kanak ini terus-terusan dipukul dan didera ibu angkatnya.
Tidak dapat bayangkan bagaimana perasaan perakam bila terpaksa menahan perasaan bila melihat anak tak berdosa ini didera.’
Dikatakan wanita ini memukul adik Alia dengan batang penyapu dan menurut perakam video, pelaku telah mendera kanak-kanak terbabit hampir setiap hari.
Atas dasar perikemanusiaan dan tidak mahu kekejaman yang berlaku di depan mata berterusan, TikToker yang juga bekerja dengan wanita itu telah mengambil tindakan berani dengan membuat laporan polis bagi menyelamatkan kanak-kanak tersebut.
Perkongsian yang dibuat oleh pemuda dikenali dengan nama Aqil itu telah mendapat perhatian ramai termasuklah isteri Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim iaitu Che Puan Khaleeda Bustamam.
Menerusi Instagram Che Puan Khaleeda, baginda telah mengucapkan terima kasih di atas perkongsian video tersebut dan beliau berjanji akan mendapatkan maklumat berkaitan kes ini.
Justeru itu, Che Puan Khaleeda memaklumkan akan segera mendapatkan infomasi tentang hal tersebut dan akan memastikan pelaku tidak terlepas dengan mudah. Malah besar harapan beliau untuk mendapatkan keadilan buat adik Alia.
Baginda juga telah mengucapkan terima kasih kepada pihak polis Daerah Kajang atas tindakan pantas yang mereka dilakukan.
Setakat ini, pelaku telah ditahan polis untuk membantu siasatan. Justeru itu, Che Puan Khaleeda berharap agar adik Alia akan mendapat keadilan selayaknya.
Mingguan Wanita : Terkini, dikatakan mak angkat yang mendera Alia berdepan dengan depresi, oleh hal yang demikian dia tidak sepatutnya bertindak sebegitu rupa. Maah masalah yang dihadapinya tidak boleh dijadikan alasan untuk dia terus-terusan mendera adik Alia. Semoga ada sinar buat adik Alia. Insyallah.
Masih ramai pasangan yang suka bandingkan isteri dengan orang lain, bukan dari segi paras rupa saja tetapi cara uruskan rumahtangga pun sama.
Yang lagi menyakitkan hati golongan isteri, ada suami bandingkan isteri dengan ibunya. Tak kira lah dari sudut memasak dan cara melipat kai atau kemas rumah. Semuanya kurang sempurna di matanya.
Isyh, elok sangat ke perangai macam itu? Sebaiknya anda kena puji isteri dan terima seadanya. Sangat setuju dengan pandangan Puan Farizal Radzali ini, suami isteri kena saling menerima.
Tabiat Bandingkan Isteri Dengan Orang Lain
Sebuah perkahwinan adalah untuk saling melengkapi, bukan saling mengubah siapa pasangan kita menjadi seperti yang kita mahu tanpa fikir apa yang dia mahu.
Suami dan isteri hendaklah saling melindungi, saling mempertahankan. Bukan saling merendahkan, saling mengejek. Ada sesetengah suami atau isteri, suka memandang rendah pada pasangan mereka. Lagi sedih bila merendahkan pasangan mereka di hadapan orang lain.
Seperti bila berkumpul sesama ahli keluarga yang besar, bila makan bersama beramai-ramai, ada suami yang memuji masakan dan membandingkan masakan isterinya yang tak sedap. Tak sedih ke isteri tu? Walau dia tersenyum, sebenarnya dia cuma menyembunyikan perasaan terkilannya.
Ada juga yang bila berkumpul dengan kawan-kawan yang berjaya, berkedudukan tinggi, si isteri memuji kawan tersebut dan membandingkan dengan suaminya pula. Apa lah perasaan suami tu, seorang lelaki ada egonya.
Suami dan isteri tu berasal dari keluarga yang berbeza, jalan hidup yang berbeza. Maka dah tentulah setelah berkahwin dengan anda, sikit sebanyak sikap asalnya sebelum berkahwin dengan anda, akan ada sikit. Tak perlu bandingkan masakan isteri dgn masakan ibu anda, tak perlu bandingkan kekayaan suami dgn bekas kekasih anda, tak perlu kata isteri orang lebih cantik dan pandai bergaya, tak perlu kata suami kita tak sepandai kawan dia.
Jodoh tu Allah yang tetapkan. Walau bagaimana anda menyintai orang lain, tapi andai lain jodoh untuk anda, menangis air mata darah pun tetap kahwin dengan orang lain.
Ada Pro Dan Kontra
Namun Allah itu Maha Mengetahui. Setiap pasangan ada pro dan kontra.
Bila suami seorang yg agresif, isterinya pasif. Bila isteri garang, suaminya lembut. Bila suami mulut lepas, isterinya menjaga tutur kata. Bila isteri boros, suaminya penjimat. Bila suami panas baran, isterinya penyabar.
Semuanya cantik susun aturnya. Cuma kita yang tak perasan. Bila melihat orang lain lebih bahagia, mulalah kita merasakan pasangan kita tak sehaluan dengan kita. Ketahuilah, setiap pasangan sama. Ada pasang surut dalam kehidupan. Bila kaya, ada yang tak bahagia. Bila bijak, ada pula yang curang. Bukan tak ada pasangan yang cacat, hidup miskin tapi mereka bahagia. Kerana mereka redho dengan ketentuan Allah kerana Dia lebih tahu segalanya.
Muhasabah Diri
Jodoh yang telah ditetapkan adalah yang terbaik untuk anda, kerana Allah tahu kemampuan anda. Anda tidak cukup sempurna untuk mengatakan pasangan anda tak sempurna dan orang lain sempurna.
Siapa pasangan anda adalah cerminan diri anda.
Memburukkan pasangan anda seolah membuka pekung di dada sendiri.
Selagi tiada kemudaratan dalam kehidupan, terimalah pasangan kita seadanya. Andai membawa mudarat, ikutlah jalan penyelesaian yang Allah dah atur dalam Al Quran.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Setiap wanita dambakan suami yang baik sikapnya tetapi dia sendiri masih gagal nak hormat suami. Bukan berniat mencari kesalahan golongan wanita tetapi andai bermimpi mahukan lelaki yang baik, sebaiknya diri sendiri dulu kena betulkan sikap yang kurang manis.
Carilah keredhaan dalam rumahtangga melalui perkongsian saudara Mohammed Ramzie ini dan percayalah tak rugi sedikit pun jika suami isteri saling memaafkan.
Dambakan Suami Sempurna
Untung ada suami, yang ada mata dia jaga pandangan pada pempuan lain.
Ada masa habis 80% masa hariannya dengan majlis ilmu dan ibadah.
Ada tenaga guna untuk bangun solat malam untuk Allah.
Ada ilmu, dia sampaikan kat isteri.
Ada ilmu dia selalu usha memperbaiki diri dia dengan Allah.
Utamakan solat di awal waktu.(beejemaah di masjid)
Jaga makan minum anak isteri
Soalan wujud kah lelaki ni ?
Jawapan: Memang wujud. Kadang lelaki macam ni ada dengan kita, tetapi kita tak nampak. Sebab kita tak tahu bersyukur.
Orang tak tahu bersyukur ni, orang yang dah ada segalanya tapi dia masih merasa tak cukup.
Tak Hormat Suami
Bukan kah Rasulullah di perlihatkan oleh jibrail pada malam israk mikraj yang mana neraka itu paling ramai penghuninya adalah wanita?
Mereka bukan tak tutup aurat.. mereka bukan tak baca quran.. tapi mereka golongan yang paling ramai dalam neraka, kerana mereka tidak menghormati/mentaati suami mereka.
Kita tak rugi bila kita merendahkan diri di hadapan suami, kerana jika kita fahami point Allah suruh taat suami adalah kita hakikatnya tengah merendah diri untuk mentaati perintah Allah.
Kadang ramai wanita lain di luar sana damba kan suami macam kita dapat, tapi nasib mereka tak sebaik kita, kita yang bernasib baik ni pula tak bersyukur dengan nikmat yang Allah beri. ( Betapa butanya kita untuk menilai keberutungan ahkirat yang Allah sudah sediakan melalui suami yang beriman)
Dalam dunia ni ada 2 sahaja DERHAKA.
1 derhaka ibu bapa.
2 derhaka pada suami.
Lain tak di sebut derhaka.
Jadilah wanita yang berjaya dunia ahkirat. Kita tak rugi merendah diri dan memperbaiki kesilapan serta membetulkan keadaaan. Orang yang sombong orang yang jauh dari Allah. Dan mereka kata Allah bukan penghuni syurga.
Kita belum lambat untuk memperbaiki diri, untuk apa kita baiki? Untuk Allah. Mencari redhanya Allah, redha suami adalah redhanya Allah terhadap kita. Itu tanda-tanda nya.
Taubat Dan Betulkan Keadaan
Ayuh wanita yang beriman, tempat kalian di syurga, jangan kerana emosi ego nafsu anda mencampakkan diri anda ke tempat yang hina. Kita masih sempat bertaubat dan membetulkan keadaan. Sesunguhnya benar Allah menyukai orang yang bertaubat.
Minta lah maaf dengan suami anda setiap masa. Tanda anda merendah diri di hadapan Allah. Seorang lelaki akan lembut hati dan lemah bila isteri kerap memohon maaf walaupun dalam keadaan tiba-tiba.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
“Ida Selalu Cakap Dia Segan Saya Layan Dia Sangat Baik, Sayang Ida” itulah antara luahan daripada Bonda Rozita terhadap menantunya Datin Seri Shahida Mohd...