Melakukan tugasan setiap hari dari celik mata dinihari hinggalah membawa ke tengah malam bukanlah satu tugasan yang mudah buat wanita yang bergelar ibu.

Bukanlah mengungkit atau berkira, namun bila suami dan anak-anak selalu bantu lakukan tugasan di rumah, hati isteri pasti berbunga. Terasa bahagia bila ada yang sudi mengurangkan bebanan kerja rumah yang tak pernah berkesudahan.

Ikuti perkongsian Puan Nurlia Mohd Nor dan hadam baik-baik penjelasannya:

Bila Suami Bantu Lakukan Tugasan Rumah

Semalam selepas Isyak saya on washing machine. Dan kemudian pukul 10 lebih saya dah terlelap.

Bangun awal pagi saya turun bawah siapkan menu sahur, sediakan ubat Abah dan keperluan lain. Sudah ready semua saya gerak (kejut) Abah dan si kembar yang tidur di ruang bawah. Tak lama kemudian encik suami turun dan sahur bersama- sama.

Selesai sahur dia bantu saya mengemas dapur, basuh periuk nasi dan sebagainya.

IKLAN

Suami Bantu Sidai Pakaian

Bila naik atas semula saya jenguk ke balkoni. Lega. Setel satu kerja. Encik suami ku dah siap sidai semua pakaian yang dibasuh semalam di ampaian. Tak pasti sama ada dia sidai semalam atau sebelum turun sahur tadi.

Ya, antara salah satu punca mood orang perempuan stabil adalah disebabkan perkara kecil seperti ini. Mungkin kecil bagi orang lain, tapi tidak bagi kami kaum wanita.

Bila ada yang membantu memudahkan tugasan di rumah hati cukup rasa berbunga- bunga.

IKLAN

Isteri Rasa Happy Bila Suami & Anak Membantu

Percayalah…

Apabila suami dan anak- anak selalu bantu melakukan tugasan rumah bersama ianya mengurangkan tugasan dan penat lelah kita seharian. Bila kurang tugasan, badan dan otak taklah penat dan ini membuatkan mood kita happy dan ceria.

IKLAN

Andaikata seorang ibu atau isteri secara tiba- tiba hilang mood, mungkin ini antara puncanya. Segeralah bertindak. Bantu dia melakukan tugasan rumah bersama- sama dan pasti anda akan lihat dia berubah menjadi individu yang 'normal' semula.

Bantu Hari-hari Lagi Happy

Sebenarnya kaum wanita bukanlah serumit yang disangka. Tak susah pun nak happy kan orang perempuan ni. Kalau bagi bunga atau hadiah satu hari saja happy, tapi kalau selalu bantu buat kerja rumah hari- hari jadi happy. Happy wife, happy lifeBila Suami & Anak Selalu BANTU Lakukan TUGASAN Rumah, Hati Isteri PASTI Berbunga.

Terima kasih kepada kaum adam yang ringan tulang membantu melakukan tugasan di rumah bersama. Tindakan sebegini cukup buat kami kaum hawa rasa disayangi dan dihargaiBila Suami & Anak Selalu BANTU Lakukan TUGASAN Rumah, Hati Isteri PASTI Berbunga

MW: Sesungguhnya mudah saja membeli jiwa kaum perempuan iaitu isteri, ringan tangan bantu serba-sedikit sudah memadai. Isteri tidak pernah meminta lebih, betul tak?

Sumber: Puan Nurlia Mohd Nor

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI