Melakukan tugasan setiap hari dari celik mata dinihari hinggalah membawa ke tengah malam bukanlah satu tugasan yang mudah buat wanita yang bergelar ibu.
Bukanlah mengungkit atau berkira, namun bila suami dan anak-anak selalu bantu lakukan tugasan di rumah, hati isteri pasti berbunga. Terasa bahagia bila ada yang sudi mengurangkan bebanan kerja rumah yang tak pernah berkesudahan.
Ikuti perkongsian Puan Nurlia Mohd Nor dan hadam baik-baik penjelasannya:
Bila Suami Bantu Lakukan Tugasan Rumah
Semalam selepas Isyak saya on washing machine. Dan kemudian pukul 10 lebih saya dah terlelap.
Bangun awal pagi saya turun bawah siapkan menu sahur, sediakan ubat Abah dan keperluan lain. Sudah ready semua saya gerak (kejut) Abah dan si kembar yang tidur di ruang bawah. Tak lama kemudian encik suami turun dan sahur bersama- sama.
Selesai sahur dia bantu saya mengemas dapur, basuh periuk nasi dan sebagainya.
Ads
Suami Bantu Sidai Pakaian
Bila naik atas semula saya jenguk ke balkoni. Lega. Setel satu kerja. Encik suami ku dah siap sidai semua pakaian yang dibasuh semalam di ampaian. Tak pasti sama ada dia sidai semalam atau sebelum turun sahur tadi.
Ya, antara salah satu punca mood orang perempuan stabil adalah disebabkan perkara kecil seperti ini. Mungkin kecil bagi orang lain, tapi tidak bagi kami kaum wanita.
Bila ada yang membantu memudahkan tugasan di rumah hati cukup rasa berbunga- bunga.
Ads
Isteri Rasa Happy Bila Suami & Anak Membantu
Percayalah…
Apabila suami dan anak- anak selalu bantu melakukan tugasan rumah bersama ianya mengurangkan tugasan dan penat lelah kita seharian. Bila kurang tugasan, badan dan otak taklah penat dan ini membuatkan mood kita happy dan ceria.
Ads
Andaikata seorang ibu atau isteri secara tiba- tiba hilang mood, mungkin ini antara puncanya. Segeralah bertindak. Bantu dia melakukan tugasan rumah bersama- sama dan pasti anda akan lihat dia berubah menjadi individu yang 'normal' semula.
Bantu Hari-hari Lagi Happy
Sebenarnya kaum wanita bukanlah serumit yang disangka. Tak susah pun nak happy kan orang perempuan ni. Kalau bagi bunga atau hadiah satu hari saja happy, tapi kalau selalu bantu buat kerja rumah hari- hari jadi happy. Happy wife, happy life.
Terima kasih kepada kaum adam yang ringan tulang membantu melakukan tugasan di rumah bersama. Tindakan sebegini cukup buat kami kaum hawa rasa disayangi dan dihargai…
MW: Sesungguhnya mudah saja membeli jiwa kaum perempuan iaitu isteri, ringan tangan bantu serba-sedikit sudah memadai. Isteri tidak pernah meminta lebih, betul tak?
Ujian rumahtangga sangat menyakitkan. Kita berdoa, moga Allah mudahkan ujianNya, tapi makin payah pula nak dilalui. Hati mula ragu-ragu, tak sayangkah Allah dengan kita? Jangan begitu mak-mak, ada sebab kenapa Allah tak beri apa kita nak.
Hadamkan persoalan cara berdoa dengan betul ini yang dikongsikan Perunding Psikologi Keluarga & Guaman Syarie, Puan Suzana Ghazali ini ketika berhadapan dengan konflik rumah tangga.
Puan Suzana Ghazali
Tolong Bagitau Doa Yang Kak Su Ajarkan Tu
“Salam. Kak Su, tolong bagitau semula doa yang Kak Su ajar masa kita bercakap malam tadi.”
Itu petikan mesej yang dikirim klien baru saya, kurang lapan jam selepas bertemu janji bersama saya menerusi telefon. Mungkin pembaca nak tau, apakah doa yang dimaksudkan klien saya itu?
Sebenarnya doa mudah menggunakan bahasa pertuturan harian memohon petunjuk kepada Allah sama ada perlu meneruskan hubungan bersama suami atau sebaliknya.
Kenapa Doa Allah Belum Makbulkan
Saya yakin, memang ramai yang berdoa kepada-Nya bila berdepan dengan pelbagai ujian. Tapi tak ramai yang benar-benar berserah kepada-Nya bagi menentukan keputusan yang terbaik.
1. Ramai yang lebih suka memohon agar hajat hati atau kemahuan fikiran sendiri diperkenankan oleh Allah SWT walau tidak pasti sama ada hajat atau kehendak tersebut terbaik untuk diri sendiri, pasangan dan anak-anak atau sebaliknya.
Sebab itulah ada tikanya bila doa yang diminta daripada Allah SWT dimakbulkan oleh-Nya, masalah dan ujian masih ada malah ada tikanya lebih parah dan payah.
2. Ada juga yang berdoa memohon yang terbaik daripada Allah SWT tetapi tidak betul-betul berserah atau mulut lafaz mohon yang terbaik tetapi minda telah ditetapkan dengan sesuatu kehendak.
Lantaran, ramai yang mengeluh telah berdoa mohon yang terbaik tetapi jawapan daripada-Nya tetap tidak berpihak ke arah yang terbaik.
3. Bagaimana nak betul-betul berserah? Jangan letak sebarang keputusan atau pendirian terhadap masalah anda. Terus berdoa mohon Allah berikan jawapan yang terbaik untuk diri dan jika ia melibatkan urusan perkahwinan; berdoa mohon yang terbaik untuk diri, pasangan dan anak-anak.
4. Jangan mohon yang terbaik untuk diri sahaja sebab yang terbaik untuk anda belum tentu yang terbaik juga untuk pasangan dan anak-anak anda.
Ini Cara Doa Yang Betul
1. Doa Perlu Diiringi Usaha
Bukan sahaja, doa tetapi perlukan juga usaha walau masih tidak pasti jawapannya.
Sebagai contoh; perkahwinan sedang hadapi saat getir sebab suami gagal laksanakan tanggungjawab memberi nafkah zahir malah ada tikanya bertindak memukul isteri jika isteri enggan bantu berikannya wang yang diminta tetapi suami adalah lelaki yang penyayang dan romantik jika masalah kewangan tidak diambil kisah oleh isteri.
Dalam erti kata mudah; suami boleh jadi baik kalau kegagalannya jalankan tanggungjawab memberi nafkah tidak dipersoalkan atau tindakannya meminta wang daripada isteri tidak dipertikaikan.
Fakta penting: kes ini adalah contoh kegagalan hikmah perkahwinan yang dianjurkan oleh syarak.
Bila berdepan keadaan seperti ini; usaha lakukan kehendak syarak iaitu biar suami jalankan tanggungjawabnya yang wajib dan jangan penuhi kehendak suami yang meminta wang.
Jika suami bertindak memukul, segera buat aduan kepada pihak berkuasa; pihak polis, dapatkan pengesahan doktor (walau hanya lebam-lebam biasa) dan laporkan juga kepada Unit Aduan dan Kaunseling di pejabat agama yang berdekatan.
2. Usahakan Dengan Solat Istikharah
Sama juga dengan isu solat istikharah sebagai antara usaha dan doa untuk mendapat petunjuk.
Saya pernah ditanya, bentuk jawapan yang boleh dipercayai hasil solat istikharah sama mimpi atau kata hati? Saya tak dapat berikan jawapan yang tepat sebab solat istikharah itu sendiri perlu dilakukan dengan penuh adab dan syarat.
Menurut ulama, jawapan akan diberikan melalui mimpi dan ada juga menerusi kata hati bermaksud rasa hati anda lebih menjurus kepada sesuatu kehendak.
Cuma, sama seperti berdoa, paling penting bukan berapa banyak solat istikharah yang anda lakukan tetapi yang utama ialah sejauh mana kebergantungan anda kepada Allah untuk memohon petunjuk dan bimbingan?
Luahkan segala isi hati berbicara dengan-Nya sama seperti anda meluahkan keresahan anda kepada sahabat baik anda. Gunakanlah bahasa yang anda faham! Tak perlu hafaz doa dalam Bahasa Arab yang anda tak faham. Allah Maha Mengetahui dan Memahami apa saja bahasa yang anda gunakan.
3. Agar Doa Makbul, Jangan Tinggal Solat 5 Waktu
Tak cukup hanya usaha dan doa tetapi paling penting, anda perlu tunaikan dan dirikan solat. Tak penting solat hajat atau istikharah tetapi yang lebih utama ialah solat lima waktu.
Segala masalah atau ujian datangnya daripada Allah, bukan saja sebagai kifarat dosa tetapi juga sebagai tanda kasih sayang-Nya, bukti kita di bawah perhatian-Nya.
4. Fahamkan & Rasai Maksud Hikmah Di Sebalik Ujian
Hanya Dia yang tahu hikmah di sebalik ujian yang diberikan-Nya lantas sucikan hati, bersihkan minda dan berserahlah sepenuhnya kepada Allah SWT mohon yang terbaik.
Berdoa tanpa jemu, tanpa mengeluh atau persoalkan bila doa akan dimakbulkan. Doa anda akan dimakbulkan juga dan hikmahnya akan anda rasai bila tiba waktunya nanti.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Bila tengok rumah ada kecil bersepah, janganlah tahu nak kritik. Bukannya mak ayah selesa duduk dalam rumah yang penuh dengan mainan tetapi selepas kemas dalam 10 minit pun bersepah balik segala barang permainan.
Malah kadang mana ada masa nak susun barang dengan rapi, nak layan karenah anak lagi. Tetapi kalau ada yang rasa rimas dan tak puas hati, jemput renungkan perkongsian Puan Surina Shahril Rayyan ini…
Bila Rumah Ada Anak Kecil
Bila rumah ada anak kecil jangan lah terlalu menggunung tiggi harapan yang rumah kamu tu akan bersih 24jam…sebab anak-anak ni dia belajar ketika bermain. Sambil makan nasik time tu laa die nak buat renjis-renjis di pilis…. habis di renjis nasi ke sana sni… kau pkir mak kau duduk kat kusi ni tengah tunggu pegantin lelaki ke dik.
Bila rumah ada anak kecil ruang tamu tu ibarat syurga anak-anak…sebab apa? Sebab luas…punya besooo ruangan tu makin banyak laa akal die….mse tu la tetibe korng akn jumpe mainan tecabut tayar laa…kertas tekoyak2 la..pensel color patah patah laa…silap-silap baldi pun blh ade kat ruang tamu tauu…sebb die punya explore 1 rumah tu mmg x tercapai dek akal..dengan benda-benda tu la dia bina kereta..bina keretapi la..tepijak mainan die yg kecil-kecil tu pun benda biasa.
Bila rumah ada anak kecil bilik air pulak ibarat sunway lagoon utk mereka…kalau di biar mandi sendri sila prepare dri supaya x btukoo ijoo…sila prepare diri supya x terpacul suara bang sajat sebb anak-anak ni kalau die mandi sorang2 mmg depa lupa tu bilik air bknnya wet world… habis die basuh 1 blik air..tu blm lagi die habis kn 1 botol shampoo..1 botol sabun….air belayar2 kat lua blik air..silap2 nko pun blh tegolek jatuh (ok penah alami)
Rumah yang ada anak kecil ni memang selalu besepah…susah nak jumpa yang tak bersepah….10x kemas pun tetap besepah..tu bukan LUAR BIASA..tu BIASA!
Salah Ke Kalau Marah?
Kita marah sikit-sikit boleh tapi jangan marah sampai menyentak emosi mereka…sebab bermain sambil belajar tu mmg sikap anak-anak…mereka x paham pun pasal sepah-sepah tu lagi-lagi kalo usia below 3y..cakap la mcm mana pun mmg mereka tak paham.
Kite beruntung rumah bersepah tu tandanya rumah kita di serikan dengan anak-anak kecil… jika di beri plihan kepada mereka yg tiada anak pasti jawapan mereka” tak kisah rumah besepah asal dikurniakan anak…dapat 1 pun jadi lah”
Jadi redha laa rumah anda besepah… walau mak kau ni dik kadang-kadang da bukan ijoo da muka…Kelabu..itam hanguss smuaa ada bila tgk ko sepah kn rumah…. yang penting mak kau walau singaaa tp hati mak kau suweet.
Masa Yang Sesuai Nak Kemas
Sebenarnya kalau nak kemas rumah yang ada anak kecil ini ada caranya, jangan kemas waktu si comel sedap memunggah tapi elok simpan segala mainan waktu malam. Senang cerita, waktu anak dah tidur. Jadi… waktu malam sajalah waktu mak-mak nak tengok rumah cantik tersusun. Mudah, kan?
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
[Video] Wah! Riangnya Hairul sekeluarga dijemput Tan Sri Vincent Tan naik jet peribadi.
Seronok apabila melihat keluarga selebriti yang sering mencuri tumpuan ramai, Hairul Azreen dan Hanis Zalikha bersama anak-anak yang berpeluang menaiki jet peribadi dan kapal layar mewah dalam memenuhi jemputan daripada jutawan terkenal, Tan Sri Vincent Tan.
Seperti mana komen salah seorang pengikut setia di laman sesawang mereka yang bernama Bidadari Bahagia, “Ya.. rezeki kena belanja, hati rasa berbunga-bunga.. Alhamdulillah..”.
[VIDEO] Wah! Riangnya Hairul Sekeluarga Dijemput Tan Sri Vincent Tan Naik Jet Peribadi
Cukup beruntung dan bertuah menerusi paparan video berdurasi seminit menunjukkan Hairul dan Hanis bersama anak mereka, Yusof Iskandar, 5, dan Alisa Aisyah, 3 menerima layanan istimewa daripada Tan Sri Vincent Tan.
“Saya Berasa Gembira Dan Sangat Teruja” Hanis Zalikha
Malah Hanis juga meluahkan perasaan girangnya apabila berpeluang menikmati percutian mewah ini. Malah dirinya juga berasa sangat berbeza apabila dapat merasai kenikmatan apabila ada yang sudi berkongsi rezeki dengan menawarkan percutian mewah ini.
“Sebab ramai tanya perasaan. Kita pula dah jarang gambarkan perasaan.
“Saya berasa gembira dan sangat teruja. Berbeza perasaan dengan kita berbelanja sendiri. Sebab bayangkan, Allah gerakkan hati orang lain, untuk gembirakan kita.
“Selalu tak terdetik? Bila orang belanja kita, secawan kopi. Dia tak perlu pun belanja, tapi dia NAK. Hati dia NAK.
“Rezeki kita tu Allah salurkan melalui orang lain.
“Orang tu dapat kebaikan buat kita gembira. Kita pun dapat bahagia yang Allah bagi. It’s beautiful.
Seronoknya Hati Isteri
“Suami isteri pun macam tu. Walau isteri boleh beli apa yang diidamkan, tapi bila suami yang “takpe saya bayarkan” “sayang nak yang mana”, seronoknya hati isteri tu kan.
“Staff pagi-pagi belanja bos roti canai. Orang beratur depan tiba-tiba bayarkan gula-gula anak kita kat kaunter. Berbunga hati!
“You can belanja just ANYONE. And the reward is actually for YOU,” luah Hanis menerusi perkongsian di akaun rasmi Instagramnya.
Rata-rata pengikut pasangan ini di laman sosial Instagram memberikan komen yang cukup positif dan tumpang gembira dengan rezeki yang diperolehi oleh Hairul sekeluarga.
thewhitekitchen123 – Your writing put a smile on my face.. betul tu bile orang belanja hati kite berbunga2, bile kite sedekah pada orang hati kita pulak rasa bahagia takde kata2 boleh gambarkan
dedaun_keladi – Betul tu, Allah dtgkan rezeki dlm pelbagai cara. Bergantung kpd penerimaan kita sama ada bersyukur atau tidak. Btw, happy sgt tgk ur family
sitianiee – Sangat setuju. Rezeki hadir dalam berbagai bentuk, waktu dan keadaan. Orang yang sentiasa bersyukur Allah akan tambahkan nikmat BAHAGIA, TENANG Dan KAYA kepadanya. Itu janji Allah.
jihannazira – Beautiful family…beautiful vibes.. thanks for inspires me..
Annezahier – A total Inspiration buat pasangan lain supaya lebih mghargai setiap moment juga ❤️ and YES i agreed with ‘the reward is actually for YOU too’. Baik.
Mingguan Wanita : Seronoknya dan syukur dengan setiap rezeki yang hadir.
Sumber / Sumber Foto : Instagram Hairul Azreen dan Hanis Zalikha