Bila tengok tanaman menjadi, bukan main seronok mak-mak. Mahunya siang malam akan perhatikan pokok, bimbang ada ‘tetamu’ tanaman yang tak diundang yang boleh merosakkan tanamannya.

Kalau boleh semua daun dan pokok ditilik satu persatu. Sebab ada ‘tetamu’ ini akakn duduk di celah-celah daun. Tanpa kita sedar, habis rosak tanaman dengan daun habis dimakannya.

Namun, tidak semua ‘tetamu’ atau serangga yang datang ini baik untuk pokok yang kita tanam. Ada sesetengah saja yang b oleh memberi manfaat pada tanaman kita. Selebihnya mungkin kita kena usaha menghalau dan hapuskan.

Inilah yang dikongsikan oleh Cherie Sis Noriza tentang serangga yang tidak boleh kita hapuskan bila ia datang menyinggah pada pokok tanaman kita.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Wanita Ini Kongsi Buat Sendiri Air Semburan Tanaman, Spray Saja, Barulah Hasilnya Berbaloi

Guna Bahan Dapur Ini Sebagai Semburan Tanaman, Mudah Dan Dijamin Selamat

Info Lebih Menarik Lagi DI SINI

Tetamu Tanaman, Jangan Hapuskan Serangga Ini

6 jenis haiwan ini jika terdapat di tanaman kita. Jangan hapuskan

1. MENTADAK MENTADU
Ia datang pada tanaman kita bukan untuk rosakkan pokok, tidak sama sekali. Tapi, ia datang untuk mencari makanan iaitu pepijat belalang lalat. Pelbagai serangga kiranya ia membantu hapuskan haiwan perosak tanaman.

 

 

Ads

Bila Serangga Ini Jadi ‘TETAMU’ Tanaman, Jangan Hapuskan Sebab Ia Beri Manfaat

2. LEBAH
Ia ini EJEN PENDEBUNGAAN yang baik. Apatah lagi jika ia ada pada tanaman tomato, cili timun, tembikai. Nanti cepatlah pokok yang kita tanam itu berbuah nanti. Selagi tidak merbahayakan, biarkan saja.

Bila Serangga Ini Jadi ‘TETAMU’ Tanaman, Jangan Hapuskan Sebab Ia Beri Manfaat

 

3. LADYBUG (LADYBIRD)
Ia nampak saja lembut tapi ganas. Ia akan makan semua serangga yang terlalu kecil dan tak terlihat oleh mata kasar.

 

Bila Serangga Ini Jadi ‘TETAMU’ Tanaman, Jangan Hapuskan Sebab Ia Beri Manfaat

4. RAMA RAMA
Ia memang hasilkan beluncas yang akan mengondolkan dedaun tanaman kita. Tapi, nanti ia akan tumbuh tunas-tunas baru yang lebih cantik. Ia juga AGEN PENDEBUNGAAN.

 

Ads

Bila Serangga Ini Jadi ‘TETAMU’ Tanaman, Jangan Hapuskan Sebab Ia Beri Manfaat

5. PEPATUNG (DRAGON FLY)
Ini pun penghapus serangga perosak seperti lalat buah, nyamuk, kupu kupu. Sangt membantu.

 

Bila Serangga Ini Jadi ‘TETAMU’ Tanaman, Jangan Hapuskan Sebab Ia Beri Manfaat

6. CACING
Ini memang terbaik dan ia akan menyuburkan lagi tanah tanaman kita, memulihkan struktur tanah dan tinja yang dihasilkan menambah nutrient untuk tanaman.

 

Bila Serangga Ini Jadi ‘TETAMU’ Tanaman, Jangan Hapuskan Sebab Ia Beri Manfaat

Ads

 

Mingguan Wanita : Ingat, tak semua serangga yang datang pada tanaman kita ini perosak, ada juga yang sangat membantu untuk suburkan tanaman kita.

Sumber: Cherie Sis Noriza

Bangkit Wanita Mingguan Wanita

Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan

https://t.me/bangkitwanitaMW

 

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI