Kebiasaannya orang perempuan atau isteri akan mulai hilang teman rapat apabila mendirikan rumah tangga. Jika dahulu kawan-kawannya bersepah serata tempat, sekarang yang tinggal hanyalah beberapa orang yang betul-betul rapat.
Begitulah realiti kehidupan, isteri selalunya akan hilang kawan selepas berkahwin bila semakin banyak komitmen lain. Tiada niat untuk menjauhkan diri namun pelbagai halangan yang datang untuk mereka menjadi seperti “dahulu”. Betul tak mak-mak?
Ikuti perkongsian Firdaus Shakirin ini dan fahami situasi sebenar bila orang perempuan telah berkahwin serta berkeluarga:
Isteri Selalunya Hilang Kawan Selepas Berkahwin
“Hilang” kawan-kawan selepas berkahwin…
Perkara ini banyak terjadi dekat orang perempuan a.k.a isteri… Selepas mendirikan rumah tangga saja, kawan-kawan sudah makin menghilang, sudah tak ramai…
Bukan sebab bergaduh atau ada apa-apa yg berlaku antara dia dengan kawan-kawan, tapi sebab telah berkahwin…
Kadang-kadang jarak yang memisahkan dia dengan kawan-kawan… Dan kadang-kadang kesibukan sebagai isteri yang memisahkan dia dengan kawan-kawan…
Kadang-kadang ketiadaan masa sebagai ibu yang memisahkan dia dengan kawan-kawan…
Bukan kehidupan dia saja, kehidupan kawan-kawannya yang turut mendirikan rumah tangga juga berubah…
Ads
Bila salah seorang itu ada masa untuk berjumpa, seorang lagi tiada masa atau tak dibenarkan keluar rumah…
Manakala bila seorang itu ada masa untuk bercerita, seorang lagi sibuk dengan anak-anak dan kerja-kerja rumah…
Jarang dapat keluar dengan kawan-kawan, jarang juga dapat meluah pada kawan-kawan… Rasa macam masa dengan kawan-kawan itu sudah habis…
Sebelum berumah tangga ja boleh meriah, bersosial, bergelak tawa, ke sana sini dengan kawan-kawan…
Bila sudah berkahwin, sudah ada suami dan sudah ada anak-anak, masa bersama kawan-kawan itu tersangatlah dikenangkan… Rindu nak macam dulu…
Sedih Ke Tak Ramai Kawan Selepas Kahwin
Perlu ke kita nak sedih sebab sudah tak ramai kawan selepas kahwin?
Ads
Fasa hidup kita ini macam itu la… Ada fasa kita belajar, kemudian ada fasa kita berhibur, selepas itu ada fasa kita enjoy, selebihnya ada fasa kita dengan dunia kita dan ada fasa kita berkeluarga…
Bila sampai fasa berkeluarga, baik lelaki mahupun perempuan, fasa sebelum-sebelum ini sudah semakin terbatas, makin tak berpeluang untuk diulang…
Masing-masing sudah ada komitmen dan kewajipan lain…
Isteri Kena Utamakan Yang Lebih Penting
Yang perlu diutamakan dan didahulukan… Jangan sedih sebab kurang kawan atau kawan-kawan sudah hilang…
Chill dan relax, berkawan saja dengan sapa-sapa yang masih ada dengan kita, contact dengan kita…
Walaupun bilangan kawan kita itu kurang daripada 10 orang saja, tapi 10 orang itulah yang betul-betul mendatangkan manfaat dan faedah kepada diri kita daripada ada 100 orang kawan, tapi kesemuanya tiada tatkala kita memerlukan mereka…
Saya pun tak ramai kawan, tapi alhamdulillah masih juga ada kawan…
MW: Walaupun mak-mak sudah tak ramai kawan selepas berkahwin, tetapi itu bukan masalah yang besar kerana rata-rata hadap benda yang sama. Buat masa sekarang fokus pada perkara yang lebih penting, utamakan dahulu suami serta anak-anak.
Nak tanya pasangan pun malas? Allah… kalau terus dengan sikap ini, macam mana nak baiki hubungan suami isteri?
Ya, masih ramai yang anggap pasangan dah selesa dengan keadaan sekarang tetapi hakikatnya ada suami isteri makan hati dalam diam.
Contoh mudah ada dalam perkongsian saudara Akhtar Syamir kali ini, cubalah ajar diri tanya pasangan apa yang patut dibaiki dalam hubungan. Atau mungkin tanya dari sudut hati yang paling dalam.
Cuba Tanya Pasangan
Tanya. Terlalu penting perkataan ini. Dalam perhubungan suami isteri, jika tidak bertanya, belum tentu kita akan tahu apa yang bermain di fikiran pasangan.
Jangan cakap pasal faham memahami. Jangan cerita la dari pandangan mata kita boleh faham isteri atau suami. Tak semestinya dan tak selalunya betul.
Kena selalu bertanya. Soalan yang paling jarang kita tanya pasangan apabila sudah lebih 5 tahun berkahwin ialah apa yang pasangan kita mahukan. Keinginan dia semasa mula kahwin dengan selepas 5 tahun pastinya berbeza. Kita sendiri pun berubah selepas 5 tahun berkahwin. Sama ada ke arah lebih baik, atau ke arah lebih buruk.
Lebih baik apabila pasangan punya kemahuan semakin banyak dipenuhi. Yang buruk ialah apabila semakin hari, pasangan kita semakin memendam rasa. Ada yang tak kena. Tapi tak dapat diluahkan. Kerana pasangannya tidak pernah bertanya.
Tak Semua Mampu Meluah
Meluahkan bukan perkara yang mudah. Kita takkan tahu apa reaksi dari luahan kita itu nanti. Itu sebabnya ramai yang simpan perasaan itu dalam-dalam. Mungkin kita tak sedar, ada benda yang kita terlepas pandang sejak kita berkahwin. Mungkin juga ada benda yang kita buat semakin menjengkelkan pasangan kita.
Itulah sebabnya perlu bertanya.
“Sayang, boleh I tahu apa yang U nak?” “Sayang, ada tak benda yang U nak?”
Jika tiada jawapan atau dia mengelak, pandang tepat mata pasangan anda. Tanya dia lagi.
“Sayang, kalau ada apa-apa yang U nak, bagitau je”.
Dari sekecil-kecil permintaan, hinggalah ke sebesar-besar pendedahan. Dengar selepas bertanya. Jangan tanya dan biar ianya tergantung. Pasti ada yang boleh membuatkan perhubungan itu menjadi lebih erat.
Salah Seorang Kena Mulakan Dulu
Jangan marah jika pasangan tidak pernah bertanya, kerana tidak menjadi kesalahan jika kita yang bertanya dahulu. Ingatlah yang perhubungan ini adalah dua hala. Tak semestinya perlu gerak kedua-duanya serentak. Mungkin anda yang perlu mulakan dahulu.
Jangan pula marah bila ada benda yang perlu diubah atau diperbaiki. Nanti, soalan-soalan selepas itu pasti tidak akan dilayan lagi.
Tanyalah apa pun. Nak makan apa? Nak minum apa? Apa yang boleh anda bantu? Apa yang boleh menggembirakan pasangan? Apa yang membuatkannya tidak selesa? Apa yang disukainya. Bagaimana anda boleh memudahkan urusannya. Bagaimana anda boleh menenangkan jiwanya. Tanya sahaja. Jangan tunggu.
Jika pasangan menunggu terlalu lama, mungkin akan ada orang lain yang sudi bertanya. Berhati-hatilah.
Mulakan bertanya dari sekarang.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
“Salam mak, isteri Adib nak hantar anak rumah pengasuh. Macam mana ni mak? Boleh ke mak? Tak jadi apa-apa ke nanti?”
“Hello mak! Hari ni masak apa… kejap lagi Along nak datang rumah mak. Along pergi sorang saja. Tak apa, anak-anak dan maknya dah makan kat rumah. Along rindulah masakan mak…”
Alahai! Pening… stress.. tak tau nak luah kat siapa, bila suami kita jenis anak manja mak. Setiap keputusan semua nak dikongsi dengan mak. Habis tu, kita ni sebagai isteri, tunggul kayukah?
Pernah anda alami keadaan seperti ini? Dalam ratus-ratus ribu pembaca ni, mesti ada yang pernah jadi semacam ini. Baca info yang dikongsikan oleh Dr Ben Fadhil Mohd Salleh ini.
Senario Bercinta
Bila kenal lelaki yang rapat dengan mak, dalam proses nak mengenali hati budi pasangan, anda akan nampak pasangan seorang yang:
1. Ambil berat tentang maknya.
2. Bagus! Sebab dia seorang yang bertanggungjawab
Realiti Bila Dah Kahwin
Barulah tahu sikap sebenar suami yang terlalu manja dengan mak sampai balik kerja pun nak duduk bawah ketiak mak. Ini solusi perdamaian untuk kedua-dua belah pihak.
Suami anak manja mak pun kena baca, isteri yang sabar pun kena fahami. Jadi, bila dua-dua dah faham situasi masing-masing, konflik takkan timbul. Tak perlulah nak sentap-sentap sangat dengan mentua tu.
Wahai Suami, Ini Cara Yang Sepatutnya:
Kalau nak buat sebarang keputusan, bincanglah dengan isteri dan bukannya mak.
Berenggang dengan mak tidak bermakna anda berpisah dengannya. Ini kerana anda sudah ada keluarga sendiri. Jagalah perasaan isteri.
Setiap keputusan, berbincanglah dengan isteri bukan dengan mak.
Jangan kecilkan hati mak tapi katakan itu keputusan keluarga bukannya keputusan anda sendiri.
Jangan sesekali libatkan mak dalam sebarang perancangan. Cuma sekadar memberitahu saja. Sekurang-kurangnya mak tak rasa terpencil.
Isteri Cuba Fahami Suami:
Kena banyak bersabar dan berbincang. Kadang-kadang ada rasa sakit hati tetapi ingatkan suami supaya buat keputusan demi keluarga.
Jika boleh, jadilah rakan baik mak mentua dan berkongsi perasaannya terhadap suami. Nasihat yang akan diberi kepada isteri adalah nasihat yang sama yang akan di beri pada suami.
Guna perantaraan dengan suami dan mentua tetapi tidaklah memisahkan perasaan suami anda dengan maknya.
Sumber: Dr Ben Fadzil Mohd Salleh, Business Forencic Psychologist Grand master Hypnotherapist dari Practice Training & Consultancy di Asia Barat
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sudah menjadi kewajipan dan tanggungjawab suami dalam memberi nafkah pada isteri, lebih-lebih lagi pada isteri yang tidak bekerja. Bagaiamana pula dengan isteri yang bekerja dan mampu pegang wang sendiri.
Kebanyakan suami mula ambil sikap mudah bab-bab memberi nafkah pada isteri terutamanya bila isteri bekerja. Baginya, isteri sudah ada wang sendiri dan mampu belanja apa sahaja. Namun, jangan ambil kesempatan pula bila isteri bekerja dan mula cuai dalam menunaikan tanggungjawab ini.
Cuai Tanggungjawab
Menurut Prof Madya Ts Dr Hj Mohd Nor Mamat, Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi Mara Malaysia (UiTM) ada jawapannya. Terdapat beberapa faktor mendorong situasi kecuaian suami daripada bertanggungjawab terhadap nafkah keluarga iaitu:
Suami cuba mengambil kesempatan.
Berpunca daripada isteri yang bersetuju sedari awal untuk bekerja dan menyumbang pendapatannya untuk menampung nafkah keluarga. Dalam situasi begini, barangkali tidak menimbulkan sebarang masalah, namun secara tidak langsung tetap juga menggalakkan suami menjadi seorang yang tidak bertanggungjawab
Terdapat juga kes disebabkan oleh suami yang tidak mempunyai pekerjaan dan sumber pendapatan yang tetap.
Ada juga disebabkan suami yang selesa dengan bantuan nafkah daripada pendapatan isteri, lama-kelamaa nmenyebabkan terlalai dan mula salahgunakan pendapatannya untuk perkara lain, sedangkan nafkah keluarga terabai.
Bukan Trend
Dalam masyarakat sekarang ini, selalu mengandaikan situasi yang berlaku sebagai fenomena atau trend. Hakikatnya wanita bekerjaya bukanlah suatu trend. Tatkala perkara ini menjadi budaya, ia semakin sukar untuk diubah.
Tanpa menyalahkan mana-mana pihak, boleh jadi isteri pada peringkat awalnya tidak kisah kalau bakal suami tidak berharta atau berpendapatan rendah dan tawarkan diri untuk berkongsi menyara keluarga.
Namun selepas beberapa waktu, isteri fitrahnya dijaga, bukannya menjaga dan menyara suami. Lama-kelamaan akan timbul konflik kerana isteri akan terasa suaminya tak bertanggungjawab.
Bagi suami, mungkin awalnya berkongsi tetapi apabila selesa dengan saraan oleh isterinya menyebabkan terlalai dan mungkin akhirnya bersandar kepada isteri.
Tidak dinafikan ada kes disengajakan oleh suami untuk mengambil kesempatan ke atas isteri yang bekerjaya dan berpendapatan, tetapi ia tidak boleh berlaku sekiranya wanita tak membiarkannya berlaku dari awal.
Inilah situasi kenaifan tentang peranan dan tanggungjawab hakiki masing-masing atau pun sikap acuh tak acuh terhadap hak masing-masing sejak dari awal. .
Dalam masa yang sama, terdapat kes yang suami sengaja mengambil kesempatan dan melepaskan tanggungjawab pada isteri. Perkara ini berlaku disebabkan oleh:
Kerelaan oleh isteri, disebabkan kasih sayang yang keterlaluan
Keadaan yang terdesak pada pihak suami
Kenaifan isteri tentang hak dirinya dan tanggungjawab suami
Rasa Rendah Diri
Walau bagaimanapun, berdasarkan fitrah asas seorang lelaki dan suami, sebenarnya rasa rendah diri jika dia tidak mampu menyara keluarga ataupun disara oleh wanita. Sikap lelaki yang seronok bergantung kepada isteri untuk menyara hidupnya dan keluarga juga berkaitan dengan gangguan psikologi ataupun tidak normal.
Sesuatu yang harus dijaga juga, kemungkinan suami akan menjadi inferior dan rendah diri, manakala kemungkinan kesan isteri menjadi dominan dan superior juga wujud. Peranan masing-masing akan bercelaru sekiranya kesefahaman mulai terhakis.
Tip Suami Isteri
Seharusnya suami isteri kena jelas dari awal yang suami adalah penyara nafkah keluarga. Sebaiknya carilah pasangan suami yang layak dan berada untuk menyara keluarga.
Rancangkan sedari awal elemen-elemen yang berkongsi dibantu oleh isteri, contohnya bayaran kereta kedua atau bil eletrik, air dan sebagainya. Manakala saraan utama mestilah dikekalkan pada isteri.
Memang isteri bekerjaya perlukan izin suami, sebab itu, elakkan elakkan juga bekerja semata-mata untuk diri sendiri tanpa kaitan langsung untuk membantu suami dan keluarga. Pada masa yang sama, suami pula perlu faham bahawa pendapatannya adalah untuk nafkah keluarga manakala pendapatan isteri bukanlah untuk nafkah keluarga.
Sama-sama toleransi dan membantu dalam melaksanakan tanggungjawab tanpa meninggalkan tugas hakiki masing-masing yang saling melengkapi.
Penting juga untuk diberi perhatian supaya elemen sekufu atau setaraf itu dilihat ketika mencari pasangan. Persamaan taraf dan budaya hidup suami iateri akan lebih memudahkan lagi persefahaman untuk berkongsi pendapatan secara bersederhana.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!